Nuffnang Ads

Sunday, November 28, 2010

Susu Kambing HiGoat memang best.

Aku dah minum Susu Kambing HiGoat ni hampir setahun. Sangat ok.. Ini pun mak aku yang bagi try. Sebabnya aku ni ada masalah nak g toilet. Lepas je try sekotak ada efek gak skit kat aku seperti batuk n selsema. Mungkin sebab aku ni ada resdung. Sangat la seksa bila kita kena selsema kan. Tapi aku terus je minum. Waktu pagi tu aku akan bancuh susu kambing higoat ni dengan oat. Memang perut rasa kenyang la. Boleh la tahan sampai masa nak tunggu lunch time tu.

Susu kambing HiGoat ni pun sebenarnya buang toksik yang ada dalam badan kita. Contohnya kalau pas minum ada kesan gatal-gatal ke.. memang Ok,jangan risau.Nanti lama kelamaan, ianya akan hilang. Lagi satu, susu ni kalau nak buat basuh muka atau masker pun sangat elok. Bancuh kan satu peket atau ikut suka yang nak..kalau nak jimat amik separuh la.Bancuh dengan air yang agak sedang-sedang je,kacau n boleh la lumurkan kat muka atau badan. Susu kan bagus untuk cerah dan haluskan kulit kita.. Tapi ikut kemampuan la.Kalau dapat seminggu sekali pun ok..sebulan sekali pun ok.. Sebab harga sekotaknya RM36.60 dengan satu kotak ada 15 sachet sahaja. Tapi kalau jadi ahli,murah la kan..aku ni amik harga ikut harga mak aku. Dia jadi ahli. Harga sangat beza yer bila kita jadi ahli.Murah la skit kan.. Meh la jadi ahli ..:)


Aku ada sedikit info tentang kebaikan susu kambing HiGoat ni. Jom la baca...

Kelebihan Susu Kambing
- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

Khasiat Susu Kambing
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu
- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


Info di atas di ambil dari http://www.kedaibestari.com/2010/08/higoat-minuman-susu-kambing-berkhasiat.html

Awas memilih kosmetik..

Gambar kat atas ni menakutkan kalau kita tengok. Rasa-rasanya tak de sorang wanita pun nak muka jadi macam tu. Tadi aku terbaca akhbar Utusan Malaysia Bahagian Kesihatan.. Tajuknya membuatkan aku tertarik nak baca dan kongsi kat sini. Artikel tu boleh lihat kat link ni >>http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Banyak bahan bahaya yang terkandung dalam kosmetik masa kini. Berikut dihuraikan serba sedikit mengenai bahan pencerah dalam kosmetik seperti Arbutin, Asid Kojik, Hidroquinon, Asid Azelaic, Retinoids, Niacinamide, Aleosin dan Asid tranexami. Itu antara bahan yang ada dalam kandungan kosmetik yang merbahaya digunakan. Mungkin ada lagi yang kita tak tau pun. Bahasa-bahasa sains yang ditulis pada kandungan botol atau kotak memanglah tidak ramai pengguna yang tau dan faham. Termasuk lah aku ni.




Aku suka tengok muka Lisa Surihani ni. Cun..kulit mulus je.. So untuk tidak terjerumus dari memilih kosmetik yang salah..apa kata kita amalkan info kat bawah ni untuk kelihatan cantik.. :) Memang la tak jadi cam lisa tu.. Tapi bersih dan bercahaya tu mesti la ada kan bila orang lain pandang.

INFO

Cantik melalui ibadat





  • Kecantikan bermula daripada dalam diri, justeru elemen pemakanan dalam Islam amat dititik beratkan terutama pengambilan banyak buah-buahan dalam diet harian dan mengharamkan alkohol.





  • Amalkan makan tamar Nabi Ajwa. Pengambilan kurma itu sebanyak tujuh biji sebelah pagi dan petang, dapat mengelakkan diri daripada terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak terurus dirinya. Kajian sains menunjukkan khasiat dalam kurma itu amat tinggi dan dikatakan ejen keremajaan kerana individu yang mengamal pemakanannya, kelihatan muda dengan kulit wajah lebih tegang dan muda.





  • Islam menggalakkan umatnya berpuasa kerana ia mendatangkan kebaikan kepada mental dan fizikal. Justeru amalan berpuasa sunat selain mendapat pahala, akan turut mampu memancarkan kecantikan dalaman dan terserlah daripada luaran.





  • Kesan solat lima waktu amat menakjubkan. Air sembahyang yang diambil menerusi bacaan bismillah serta turutan merata ke anggota badan, boleh mengubahkan molekul air kepada bentuk cantik, yang memberi kesan kesegaran kepada kulit. Gerakan dalam solat mempunyai hikmah kesegaran kepada individu, justeru orang yang kerap bersolat, wajahnya lebih tenang, redup dan berseri.





  • Individu kerap berjaga malam dengan bersolat dan membaca al-Quran turut membantu kekuatan dalaman, justeru kehebatan itu terserlah pada muka dan tingkah lakunya. 



  • Info di atas di ambil dari petikan akhbar berita harian  http://www.bharian.com.my/articles/Mimpingeri/Article/


  • Friday, November 26, 2010

    SPM Examination..

    Exam SPM dah seminggu bermula. Start dari 23/11/2010 hingga lah 20/12/2010.. Berbagai ragam yang dapat dilihat sepanjang aku jaga exam ni.. Waaa aku tak der cuti panjang.Kena jaga exam la plak.. Bosan tau..nak nak kalo paper 2 jam setengah dan hari petang..adoiiii mata nak kena tahan laaa..


    Kepada anak-anak murid ku..cikgu doakan kamu semua dapat jawab soklan exam dengan baik yer.. Terutamanya paper Grafik tau..Saper dapat A..akan ada ganjaran untuk mu.. Haaa..apa lagi, sahut la cabaran cikgu ni.. Good Luck K..

    School Holiday... Yahooo....:)



    Waaahhhh start je 19/11/2010 sampai le 2/1/2011 smua bebudak sekolah cuti panjang.. Seronot la yer..
    Macam-macam la aktiviti yang dibuat nanti. Yang mana nak gi bercuti tu..selamat bercuti la yer..

    Thursday, November 11, 2010

    Fly to Kota Kinabalu..

     
    Masa nak menunggu flight lambat, so dok la tengok orang-orang kat sini. Pas tu bosan,g la jenjalan. Masuk lak kedai perfume kat sini. ERAMAN. Ada promosi,barangan yang dibeli lebih RM200 akan dapat diskaun RM20. Contoh kalo beli barang harga RM200, kena la bayar RM180 je. Ok la.kat sini mana ada jual yang tak Ori, yang gred AAA kan. Bagi aku, boleh la dibeli. Bukan selalu. 


     Terbang......


    Sampai je kat airport,mesti la cari transport dulu kan. Masa kat KK aku stay kat hotel budget je.  Namanya Seri Borneo .Tak de masa nak pk n tak tau pun . Tak de plan kan. Kalo dari airport KK tambang teksinya RM30. Tapi aku rasa, sape yang pernah g KK tau kot tempat ni kat mana. Dekat sangat ngan Pasar Filipina. So dengan tak de kederaan kat sana, sangat suai kalo stay kat sini la. Itupun kalo tak kisah, n tak high class orangnya. Bak kata empunya tempat ni, every Saturday n Sunday mesti full.Hmm dasyat tul orang Malaysia ni..mesti datang sini nak sopping kot.:) Dari sini,boleh jalan kaki je nak g pasar Filipina. Tapi kalau nak g tempat lain, kena la sewa keter atau naik teksi.

    Seri Borneo
    Ni la rupa Pasar Filipina.Bebiasa je.Tengok kat gambo ni dah dapat agak camno rupanya kat dalam bangunan ni.Kat sini la jual gelang , mutiara sabah n cenderahati yang memurah kalo pandai tawar harga. Sebabnya dalam ni kan banyak sangat orang jual benda yang bih kurang sama. Kat sebelah bangunan pasar Filipina ni ada jual barang-barang basah lak.Contoh cam ikan bilis,kuih tradisional sabah iaitu kuih cincin n apa ntah lagi,tak tau nama, pelbagai barangan makanan la.
    Pandangan depan Pasar Filipina
    Dalam ni la banyak jual cenderamata

    Ni la pelbagai jenis makanan yang ada kat sini
    mutiara...

    mutiara lagi

    ha...pilih le
    pandangan dari luar pasar

    t-shirt pun banyak.Tinggal pilih je.
    Bila nak balik tu, kat airport ni ada ga jual makanan basah. Macam-macam ada. Siap buat packaging cantik n elok supaya makanan tu tahan la sampai destinasi.Tak yah beli kat pasar pun boleh. Cuma tang harga la tak tau murah ke mahal..Tengok gambo je la..




    Mungkin lain kali akan g sini lagi tapi dengan kunjungan ke kawasan yang lagi menarik.Masa ni tak dan.. Ada kejer kan.. Nice KK.. :)

    Tuesday, November 9, 2010

    My First...


    <WELCOME>
    Hari ni saya merasmikan penulisan pada blog saya.Hmm dah lama nak buat,tapi dok le tertangguh...
    Apapun..ianya berjaya juga direalisasikan. Alhamdulillah..akan dimanfaatkan dengan sebaiknya.

    Monday, November 8, 2010

    Sitemap





    Sunday, November 7, 2010

    Ping Feedburner

    http://feedburner.google.com/fb/a/ping




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...