Nuffnang Ads

Sunday, November 28, 2010

Awas memilih kosmetik..

Gambar kat atas ni menakutkan kalau kita tengok. Rasa-rasanya tak de sorang wanita pun nak muka jadi macam tu. Tadi aku terbaca akhbar Utusan Malaysia Bahagian Kesihatan.. Tajuknya membuatkan aku tertarik nak baca dan kongsi kat sini. Artikel tu boleh lihat kat link ni >>http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm

Banyak bahan bahaya yang terkandung dalam kosmetik masa kini. Berikut dihuraikan serba sedikit mengenai bahan pencerah dalam kosmetik seperti Arbutin, Asid Kojik, Hidroquinon, Asid Azelaic, Retinoids, Niacinamide, Aleosin dan Asid tranexami. Itu antara bahan yang ada dalam kandungan kosmetik yang merbahaya digunakan. Mungkin ada lagi yang kita tak tau pun. Bahasa-bahasa sains yang ditulis pada kandungan botol atau kotak memanglah tidak ramai pengguna yang tau dan faham. Termasuk lah aku ni.




Aku suka tengok muka Lisa Surihani ni. Cun..kulit mulus je.. So untuk tidak terjerumus dari memilih kosmetik yang salah..apa kata kita amalkan info kat bawah ni untuk kelihatan cantik.. :) Memang la tak jadi cam lisa tu.. Tapi bersih dan bercahaya tu mesti la ada kan bila orang lain pandang.

INFO

Cantik melalui ibadat





  • Kecantikan bermula daripada dalam diri, justeru elemen pemakanan dalam Islam amat dititik beratkan terutama pengambilan banyak buah-buahan dalam diet harian dan mengharamkan alkohol.





  • Amalkan makan tamar Nabi Ajwa. Pengambilan kurma itu sebanyak tujuh biji sebelah pagi dan petang, dapat mengelakkan diri daripada terkena sihir yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak terurus dirinya. Kajian sains menunjukkan khasiat dalam kurma itu amat tinggi dan dikatakan ejen keremajaan kerana individu yang mengamal pemakanannya, kelihatan muda dengan kulit wajah lebih tegang dan muda.





  • Islam menggalakkan umatnya berpuasa kerana ia mendatangkan kebaikan kepada mental dan fizikal. Justeru amalan berpuasa sunat selain mendapat pahala, akan turut mampu memancarkan kecantikan dalaman dan terserlah daripada luaran.





  • Kesan solat lima waktu amat menakjubkan. Air sembahyang yang diambil menerusi bacaan bismillah serta turutan merata ke anggota badan, boleh mengubahkan molekul air kepada bentuk cantik, yang memberi kesan kesegaran kepada kulit. Gerakan dalam solat mempunyai hikmah kesegaran kepada individu, justeru orang yang kerap bersolat, wajahnya lebih tenang, redup dan berseri.





  • Individu kerap berjaga malam dengan bersolat dan membaca al-Quran turut membantu kekuatan dalaman, justeru kehebatan itu terserlah pada muka dan tingkah lakunya. 



  • Info di atas di ambil dari petikan akhbar berita harian  http://www.bharian.com.my/articles/Mimpingeri/Article/


  • 0 idea dari anda:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...