Nuffnang Ads

Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011!!!


2011..
TAHUN BARU
AZAM BARU
Apa azam aku tahun ni????

Ronasutra Mineral Powder..




Bedak ni baru je beli. Saje gatal nak try. Ni la akibat pengaruh. Baca testimoni macam best kan.So, aku beli natural buff. Sponge muka tu beli kat Sin Ma dalam RM3 je. Loose powder. ok la.Aku rasa macam bedak yang penah aku beli kat Zai's Beauty Formula. Best gak..

Aku baca info kat internet la..kata macam best. Terpedaya aku,sampai carik kat kedai..

INFO..

Apakah Ronasutra Mineral Foundation & Powder?
Bedak solekan lengkap yang diperbuat 100% dari bahan galian dan mineral. Ia bebas dari sebarang talkum,pewangi,pengawet,bahan kimia, ekstrak haiwan atau tumbuhan dan juga minyak. Ia berfungsi sebagai `foundation', bedak dan pelindung matahari.

Menaikkan seri dan menyempurnakan wajah anda
Tekstur bedak yang padat, tebal dan `creamy' tetapi halus menghasilkan kemasan/solekan yang semulajadi dan tidak bertepung/bertepek atau melebamkan.

Hanya perlu gunakan sedikit sahaja
Satu sapuan mampu menyembunyikan cela,parut serta kedut halus.Kilauan semulajadi batu galian menampakkan wajah anda yang remaja, segar dan berseri terutamanya jika anda berwajah lesu dan pucat.

Tahan sehingga 16 Jam
Tidak cair, berminyak atau menyumbat pori-pori kulit walaupun dalam cuaca panas atau selepas aktiviti riadah.

Lain dari yang lain!
Formula dan kandungan yang suci, halal dan bebas pewangi. Boleh dipakai pada waktu solat atau ketika menunaikan ibadat Haji/Umrah tanpa sebarang was-was.Boleh dipakai di waktu tidur tanpa menyebabkan pemudaratan pada kulit.Warna-warna dicipta khas untuk kulit Asia (tanpa penggunaan pigmen biru yang lazimnya terdapat dalam bedak solekan lain)

Tiada tarikh luput
Boleh disimpan-pakai sampai bila-bila tanpa rosak atau ditumbuhi kulat.Sesuai untuk semua jenis kulit dan umur. Boleh digunakan oleh perempuan atau lelaki.

Hanya satu produk untuk memenuhi keperluan anda!

Bila dah baca pasal info tu,aku pun mula la tertarik.Tapi kena pakai pelembap dulu. Muka aku ni kering. Bila dah letak pelembap,baru la guna bedak ni. Aku nak tengok,suai ke tak dengan muka aku ni ataupun jadi hiasan atas meja je nanti..

Shopping..Melaka..

Bila pegi jalan,mesti la ada barang yang dibeli.. Masa kat Melaka ni,kitorang pegi Melaka Mall dulu.Sebabnya akak aku nak beli kan swimming trunks untuk anaknya. Lepas tu keeseokannya,kitorang pegi Dataran Pahlawan. Jalan sana n aku nak carik seluar pallazo.Dulu aku ada beli kat situ.Carik kat tempat lain tak sama yang aku beli kat Dataran Pahlawan ni. Carik la..alih-alih ada tinggal satu je..so aku amik la. Sempat tu tinggalkan no phone kat butik tu. Kalu ada restock barang kontek bagitau. Nanti boleh la aku borong kaler-kaler yang ada.

Lepas tu,kitorang ke Mahkota Parade..Kat sini, aku dapat tambah 1 lagi hand bag.. So, untuk tahun baru nak masuk kejer ni aku dah ada 2 beg tangan.Memborong blouse sebanyak 3 pasang..

Sachs..Diskaun 50+20%..untuk hari krismas je..

Sembonia. J Cards Day MidValley..50%.. Bag ni aku tgk kat Mahkota Parade, tak de less langsung. Tak rugi aku beli ari tu..
Tresor in Love, Lancome

Flora By Gucci.. Best bau dia

Lady Million,Paco Robanne. Bau pun best..

Thursday, December 30, 2010

Muzium Cheng Ho,Melaka..



Sebelum nak balik kampung, akak aku ni nak g Jonker Street Melaka.So layan je..Awal pagi kitorang g. Aku memang la tak penah nak sampai sini.Yer la,nak buat apa kan. Kalau setakat g Melaka,shopping kat Mahkota Parade atau Jusco tu perkara biasalah.. So,sambil jalan-jalan kaki tu,ternampak signboard Muzium Cheng Ho. Masuk la..Tengok2 kat dalam tu. Tiket nya untuk dewasa RM10 n kanak-kanak RM5. Sebanyak 8 buah rumah yang diambil untuk membuat muzium ni..

Dalamnya banyak menceritakan sejarah Melaka n mengenai pelayaran Laksamana Cheng Ho. Dia buat macam atas kapal. Yer la,orang dulu-dulu kan naik kapal je. Mana ada kapal terbang macam skang ni. So memakan masa yang lama untuk sampai satu-satu destinasi. Banyak la yang ditunjukkan dalam muzium ni..

Nak beli tiket kat sini,nanti ada la yg tukang bawak tunjukkan sekitar dalam muzium ni.


ada gak barang yang untuk dijual kat sini.

Gambaran melaka pada masa dulu..

Gambaran melaka pada masa dulu..



Pasu macam ni sebijik yang kena curi kat rumah mak aku. Ishhh sayang giler. Saper la yang curik..Sakit hati.Payah tau nak dapat balik. Barang antik. Kalau pencuri tu jual..Dalam RM200 pun boleh dapat tau.. Pasu tembikar ni cantik.Ada ukiran naga. Geram kat pencuri...

Kat atas muzium. Jonker Street..

Kat sini ada peta pelayaran Cheng Ho.Banyak negara dia dah belayar. Sampai Mekah pun ada.

 JONKER STREET..

Lepas kitorang kuar muzium, pegi la jengah Jonker Street. Dah alang-alang dekat. Sini majoritinya adalah orang Cina. Kitorang kuar masuk satu-satu kedai.Tak beli apa pun. Cuma nak tengok apa yang ada. Ada la masuk kedai barang antik.Jumpa lak set pinggan mangkuk sebijik macam kat umah aku ada. Ya Allah..bila tengok harga,terkujat ko. RM 1800. Yang kat rumah mak aku tu, tak de sape nak tengok. Ambik pun tak nak. Kat sini,jual mahalnya... Bila balik je rumah mak,aku citer..cakap dengan mak aku,ni kira dah pinggan mangkuk antik.Jangan buang. Ada gak yang ayah aku dah buang. Banyak sangat.menyemak rumah je...

Ni la rupanya set pinggan mangkuk yang sebijik sama kat rumah mak aku.Dijual dengan harga RM1800.
Almari ni plak ada kat rumah atok aku. Tapi perabot lama kan,memang tahan lama. Aku rasa kat rumah atok aku ada nak dekat 100 tahun lebih kot.. cantik lagi.Macam dalam gambo ni.
Ni antara kedai kat Jonker Street. Dia tak bagi amik gambo.Tapi selamat snap 1 je.Sebab cantik la..
Tu je la..pas tu kitorang cau..Tak tahan dah.panas,perut dah berbunyi..Balik semula ke kampung halaman.. Ok la,puas hati. Shopping pun sakan kat sini.. :)

MELAKA RIVER CRUISE..

Minggu lepas,25 hb 12,Hari Krismas yang lepas,aku n kakak2 ku plan g melaka.Saje jalan2 Melaka. Melihat perkembangan Melaka,yang mana aku penah sekolah dulu kat sini masa form 4 n 5 kat SM Teknik Melaka Tengah,Bukit Katil. Lama dah tak round2 secara detail.Biasanya kalau aku g sini,pegi untuk kursus atau jalan kejap-kejap je.

Masa kat melaka ni kitorang dok kat homestay yang merangkap rumah pak sedara aku kat sana. Hari yang first tu,kitorang naik river cruise. Ramai betul manusia yang nak naik bot ni. Harga tiket untuk dewasa ialah RM10 n untuk kanak-kanak,harganya RM5. Bagi aku ok la..tapi yang tak menahan tu.bunyi bising betul. Mana taknya,sebelum nak naik bot ni,ada la jual mainan yang macam bunyi trompet tu. Gamatnya la.. asik la ditiupnya bila selisih dengan bot lain. Bising sangat.. So,kita layan gambar je la..

Ni la rupanya bot tu..cute je..


Saturday, December 18, 2010

Kismis tinggi khasiat..

kismis
KISMIS TINGGI KHASIAT..kalau tak caya, jom baca.


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan ditimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

 KEBAIKAN KISMIS..
  • Melindungi hati
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Memperbaiki tona dan kekenyalan kulit
  • Menentang pembentukan bakteria yang menjadi punca masalah gigi
  • Mencegah penggumpalan darah dan kurangkan pertambahan kolestrol jahat.


Roti Gardenia..Choco Raisin n Butterscotch...

Choco Raisin..

Butterscotch..
Stok roti gardenia ni memang akan ada kat rumah aku la.Tapi 2 jenis roti yang aku slalu beli ni dia selang 2 hari berganti.Maknanya takkan ada serentak la. Strategi baik punya.. Dua-duanya memang best. Kalau beli ni,tak yah nak sapu marjerin ke kaya ke..Makan gitu je lagi sedap..kenyang lak tu. Harganya pun memadai la..RM4 je.Dalam nya ada kismis. Kebetulan plak,smalam aku beli majalah Harmoni. Dalamnya bahagian selera Anak,ada topik Kismis,tinggi khasiat. Bila aku baca artikel tu,terpikir la nak tulis kat blog aku ni. Bagus sangat untuk pengetahuan..Memang terbaik la roti ni...fuhhhh sedap. :) Slalu cepat abis.. makan gitu je sampai tak sedar abis..

Thursday, December 16, 2010

Shopping...J Card Members at Mid Valley..

pic from gocari.blogspot.com
Hari ni g shopping lagi...yeehaaa..J Card Member's Day di Mid Valley. Last week dapat sms ngatakan ada sale ni..So, apa lagi..amik kesempatan untuk meronggeng la jap.Pergi dalam tengahari, ingat kan senang la nak cari parking.Waktu keje kan.. Tapi,ramai nya yang amat. Nak carik parking pun bukan main susah. 5 kali tawaf la..
Dalam minda ni memang ingat nak cari lipstick je la..Tapi bila dah masuk dalam JJ..waaahhh rugi kalo tak membeli.Sale sampai 70%.Berbaloi2..

Senarai hasil belian aku hari ni..
1. T-shirt Schwarzenger sebanyak 4 helai.
2. T-shirt Diadora sebanyak 3 helai.
3. T-shirt Kiko 1 helai je.
4. Seluar Kiko 1 helai je.
5. Handbag Sembonia
6. Kasut hitam Valentino Rudy Italy
7. Lipstick MAC Pro Longwear Lipcreme A60. (best betul kaler dia.Natural gitu)

Jom layan gambar..
hmm mood hari natal..

patung beruang tu sangat best dipeluk.Besar gile..

cantik..

ni la lipstick MAC yang aku dok carik..

dia guna kan kantung tu ganti plastic bag.. banyak gunanya beg tu..
Lepas habis ronda-ronda, masuk mana-mana shop lot yang berkenan..isi perut lak. Masuk Kenny Rogers la.. lama dah tak makan sini. So apa lagi..layan perut lak.. Ohhh lupa lak nak story. Jumlah pembelian aku kat Jusco tadi membolehkan aku dapat voucher RM30. So ingat pas ni nak gunakan la kat mana-mana Jusco yang terdekat.Rugi beb kalo tak guna  masa tengah ada jualan murah ni.. Seronok..
Sambung shoppping lagi la pas ni nampaknya..atau pun jamu mata je la pas ni.Nak kena simpan duit lak untuk bercuti..:)

10 MUHARAM

***10 Muharam bersamaan dengan 16.12.2010 iaitu hari Khamis..

10 Muharam juga dinamakan sebagai hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.


14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa / belanja anak isteri : fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin  : fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

3. Menahan marah  : fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha

4. Menunjukkan orang sesat  : fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim  : fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di
    syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah  : fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang
    tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin
    di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri  : fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat  : fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.

9. Bercelak  : fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali  : fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti

11. Sembahyang sunat empat rakaat  : fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca  "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru"
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini ***semak dengan ustaz/pakar rujuk

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Mari la kita sama-sama melakukan perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura..

Rapunzel..A Tangled Tale..






Jumaat lepas, aku rasa nak g tengok wayang.Untuk buang masa n hiburkan diri kerna terlampau lama menjaga exam SPM..Sampai je,,usha la citer apa yang ada,tapi yang ada citer Rapunzel yang blom abis tiketnya lagi.Yg lenlain full house.Hmm ok je la kot layan citer ni. Ada versi 3D,tapi mahal beb tiketnya.RM18 yer..So,aku amik yg biasa nya je la.First time tengok wayang citer kartun. Tapi aku rasa berbaloi gak la.. Layan jer..:)
Jom la baca sinopsis citer ni. Tapi aku suka la..watak-wataknya smua cute2 belaka.Especially Rapunzel..Cute sangat..
cute kan..
Sinopsis:

Rapunzel adalah seorang puteri raja yang dilarikan dari istana oleh seorang perempuan tua iaitu Mother Gothel yang mengetahui rahsia bunga Rapunzel yang cuma ada satu sahaja di dunia yang boleh menjadikan dirinya kekal muda. Ketika nak melahirkan Rapunzel, bondanya sakit tenat dan macam takde harapan untuk disembuhkan tapi akhirnya dengan khasiat bunga tersebut, dia dapat diselamatkan. Disebabkan bunga yang menjadi sumber untuk dirinya kekal muda dah takde lagi, Mother Gothel telah menculik Rapunzel disebabkan rambut emasnya tlah mewarisi kehebatan bunga yang telah diambil tadi.

Sehinggalah besar, Rapunzel tinggal di menara tersembunyi bersama Mother Gothel yang dia dianggap sebagai ibu yang telah membesarkannya dan juga bersama Pascal, seekor iguana yang menjadi teman yang setia dan teman dia berbual. Rapunzel dilarang sama sekali untuk melihat ke luar menara atau turun dari menara, kerana Mother Gothel yang busuk hati tu mengatakan bahawa dunia luar penuh dengan penjahat dan tipu daya manusia. Tapi Rapunzel yang ala ala nakal tu selalu curi curi pandang keluar terutamanya pada setiap kali hari jadinya kerana ribuan tanglung yang cantik akan dilepaskan ke udara sehingga ia menarik minatnya dan dia memasang impian untuk pergi sendiri ke tempat tanglung tanglung itu dilepas seterusnya mencari jawapan apakah benda yang dilihatnya setiap tahun itu sebenarnya. Tanglung tanglung itu adalah simbol bahawa ayah dan bonda dan seluruh rakyat masih mengingati dirinya dan berharap dia akan balik semula ke istana satu hari nanti.

Dengan pertolongan Flynn Rider,akhirnya Rapunzel dapat tau yang dialah sebenarnya puteri yang hilang tu dan akhirnya mereka hidup bahagia. Riwayat Mother Gothel tamat lepas rambut Rapunzel telah dipotong menjadi pendek n dia hilang kawalan lalu terjatuh dari menara tinggi yang telah menyorokkan Rapunzel dahulu. Rapunzel pulang ke istana n hidup bahagia..

Best gak citer ni.Penuh warna warni...:)


Wednesday, December 8, 2010

Tudung Ohh Tudung... PEARL HAYA..


Pearl Haya Gallery merupakan butik tudung untuk wanita muslimah. Pelbagai pilihan dapat kita miliki disini. Aku skang ni dah jatuh cinta gak dengan kualiti, bentuk yang sangat cantik. Memang puas hati membeli disini. Dah banyak jenama aku ada. Ariani, Sri Munawwarah Design, Hajaba, Kimi'sOnWeb, D'Haja. Smua ni memang ok la..Aku saje je nak menambah koleksi Pearl haya plak.Tengok design macam-macam. Kalau masuk butik dia..hmm memang rambang mata. Susah nak pilih.

Harga memang la kalau ikutkan mahal..tapi kalau ada kad ahli..kita akan dapat 10%. banyak gak tu. Tapi kalau nak lagi banyak,.tunggu la besday yer. Hari tu aku dapat 30% hanya pada hari besday aku. Boleh beli sampai 20 pasang tudung plak tu. Memang berbaloi. Korang bayangkan harga selai RM99,lepas less 30% ko akan bayar hanya RM69.30 sahaja..Haa pilih la baper banyak yg ko nak..Tapi kena apply kad ahli dulu la yer.Bayar RM25 aje n jangka hayat kad ni setahun je.Tapi hanya dapat digunakan di Pearl Haya Gallery Senawang n Shah Alam aje.. Sebab butik ni ada kat tempat ni je..Tapi kalau agen banyak la.Tapi tak leh la guna kad ni.
kad PH


Jom la layan gambar..
 
design cun,visor lawa

design ni aku ada beli

yang ni pun aku ada.kain denim.cun
Cun kan.Ada kaler pink.

Nice hijau..

sweet purple..

Red.Cun nya...
style selendang panjang pun ada.Memang cantik.
Gambar ni aku amik dari website http://pearlhaya.com/

Aku akan menambahkan lagi koleksi aku.. Tapi kalau nak oder melalui intenet pn ok..Klik je kat link atas tu. Korang leh pilih kat situ.Antara sebab aku jatuh cinta tudung PH ni kerana:

  • Jahitan sangat kemas
  • Visor cun,terletak je bila pakai.Aku ni muka bulat.Tapi bila kenakan tudung ni,nampak ok je..
  • Kain yang digunakan berkualiti
  • Design yang pelbagai. Ada antara nya yang membuatkan leher nampak tinggi.Contoh macam gambar kat atas tu.

Memang la banyak tudung macam ni kat luar dengan harga murah.Aku ada beli gak..tapi lain rasanya. Alih-alih beli gak tudung yang mahal ni. Kepuasan yang berbeza.Banyak gak yang tiru ala-ala macam Pearl haya..tapi beza la..Sape yang ada minat tu..singgah le tgk website nya.. :)





SALE lagi....


Pics from http://www.jakel.my/

Hari sabtu yang lepas,aku ke Jalan TAR n tujuan utama adalah untuk ke JAKEL.. Saje je jalan-jalan cari pasal. Masa time tiba sana, orang tak la ramai,biasa je. Masuk je..penuh dengan iklan half price..Memang syiok ye..Ronda aras bawah dulu..memang rambang mata..dah sudah membayar ..naik ke aras 1 lak. Ini lagi best. Kain kapas yang mana masa dulu aku nak beli..berkira-kira tengok poket.La ni memang berbaloi beli. Bayangkan la..harga yg semeter RM58 boleh dapat RM29 je..Apa lagi..pilih la.Pejam mata je bayar. Bukan slalu kan. Kain kapasnya memang la first class. Takkan renyok seribu atas mengecut k kain nya.. Kalo tak sale,memang aku tak beli la. :) So, aku bawak balik 4 pasang kain je. Mungkin pas ni akan g lagi kot. Selagi sale tak abis..ada je yg nak dibeli.

Masa aku dok belek-belek kain tu,ada la sorang pmpn ni..memang la cantik.Aku tengok dia dok pilih-pilih kain n ada la salesgirl yg dok layan dia. Memang cun yer.Tetiba kan..aku bleh dengar suara jantan yg kuor dari mulut dia.Terperanjat aku..hahaha,gelak dalam hati je  la.Pakaiannya mak oooiii.Seluar pendek ketat.baju t-shirt.Kasut tinggi seii...Memang nak toleh 2,3 kali la..Rupa-rupanya nyah ko..Dia tak de perasaan pun..lagi dia cakap banyak ada la..Dia suka kalo org toleh-toleh tgk dia.. Boleh dia kata kat salesgirl tu nak buat baju kurung g keje..Hahaha..Manusia,manusia..Orang macam ni kan memang ramai kat bandar-bandar besar ni kan..Aku je yg jarang nampak.

Kebetulan g hari sabtu, so pasar malam pun dah ada yg buka gerainya. Bila time kuar je dari Jakel(Ada kat dalam Jakel je nak dekat 3 jam yer.Tak perasan pun masa tu berjalan.Patut la lapo perut). So, sambil-sambil jalan nak g parking keter,cuci la mata ni skali. Tgk umat manusia ramai betul la hai...Tak larat aku nak jalan lagi. Hmm dok kat KL ni,kalau tak kuat iman..poket boleh koyak rabak..Kalau nak tahu info bebanyak pasal sale ni..g la klik sini http://www.jakel.my/

Jakel..aku akan terjah mu lagi pas ni.. Tunggu yer..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...