Nuffnang Ads

Thursday, December 2, 2010

Betul ke Minyak RON 95 membuatkan kereta mudah terbakar?


Hari ni aku nak citer la pasal minyak ni. Ye la kan,hari-hari kita nak g keje mesti la ada minyak dalam tangki keter kan. Setiap kali aku g isi minyak,(aku guna RON 95, murah ler)mesti akan terbau minyak yang sangat kuat walaupun smua tingkap keter tutup n ofcoz la enjin dah matikan.Tapi bila dah settle isi,n jalan.waaahhh bau macam bau perfume keter plak.Pening..baunya kuat,terpaksa la bukak cermin tingkap keter bagi hilangkan baunya. Nape yer?So,terpikir la aku nak cari info betul ke minyak RON 95 ni tak bagus untuk enjin keter n mudah terbakar?

Sebabnya la kan,akhir-akhir ni ada je kes bila keter x-cident atau terlanggar sesuatu..mudah sangat ler terbakar.Ngeri betul aku. Sampaikan la mak aku kata, guna la minyak RON97.Mahal skit tak per.. Yerla, kita ni mesti la nak berjimat kan. Nak guna hari-hari,mestila cari yang murah je.Tapi bila tanya tokei kedai minyak,diorang kata tak de apa.Ok je..Ala..depa nak jual barang kan mesti la kata smua nya ok. Tapi aku macam nak tau gak skit2 pasal benda ni. Tak puas hati. So,aku pun search la... Jom kita baca sesama k..

Apakah yang membezakan antara RON92, RON95 dan RON97 ?

ROAD OCTANE NUMBER atau singkatannya ialah RON ialah ukuran bagi ketahanan bahan api daripada ketukan enjin (engine knocking). Ketukan enjin terjadi apabila campuran udara dan minyak di dalam silinder meletup berbanding proses pembakaran yang sepatutnya.

Secara ringkas, lebih tinggi gred sesuatu minyak, lebih tinggi rintangannya kepada ketukan enjin.
Adakah penggunaan minyak RON yang lebih rendah menyebabkan prestasi enjin merosot ?

Harus diingatkan bahawa nilai oktana tidak ada kaitan dengan kandungan tenaga di dalam bahan api, ataupun kelajuan bagi api palam pencucuh untuk sampai merentasi kebuk pembakaran. Ia hanya ukuran ketahanan bahan api terhadap nyalaan sendiri.

Oleh itu, ia sepatut tidak menjejaskan prestasi enjin. Namun begitu, anda masih perlu memeriksa keperluan gred minima bagi enjin kereta anda. Difahamkan Enjin Campro boleh menggunakan RON95 tanpa sebarang masalah ketukan enjin.

Kesimpulannya,
Aku rasa, tak leh salahkan jenis minyak je.Tapi cara pemanduan pun kena amik kira. Orang zaman skang ni bawak keter macam nak kejar apa ntah, Laju berdesup kemain..tak kira la keter enjin besor ke kecik ke,,sama je aku tengok. So, bagi aku la..nak guna RON 95 pun ok..tapi kena la hati-hati la di jalan raya. Tepuk dada, tanya selera k..


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...