Nuffnang Ads

Thursday, December 30, 2010

Muzium Cheng Ho,Melaka..



Sebelum nak balik kampung, akak aku ni nak g Jonker Street Melaka.So layan je..Awal pagi kitorang g. Aku memang la tak penah nak sampai sini.Yer la,nak buat apa kan. Kalau setakat g Melaka,shopping kat Mahkota Parade atau Jusco tu perkara biasalah.. So,sambil jalan-jalan kaki tu,ternampak signboard Muzium Cheng Ho. Masuk la..Tengok2 kat dalam tu. Tiket nya untuk dewasa RM10 n kanak-kanak RM5. Sebanyak 8 buah rumah yang diambil untuk membuat muzium ni..

Dalamnya banyak menceritakan sejarah Melaka n mengenai pelayaran Laksamana Cheng Ho. Dia buat macam atas kapal. Yer la,orang dulu-dulu kan naik kapal je. Mana ada kapal terbang macam skang ni. So memakan masa yang lama untuk sampai satu-satu destinasi. Banyak la yang ditunjukkan dalam muzium ni..

Nak beli tiket kat sini,nanti ada la yg tukang bawak tunjukkan sekitar dalam muzium ni.


ada gak barang yang untuk dijual kat sini.

Gambaran melaka pada masa dulu..

Gambaran melaka pada masa dulu..



Pasu macam ni sebijik yang kena curi kat rumah mak aku. Ishhh sayang giler. Saper la yang curik..Sakit hati.Payah tau nak dapat balik. Barang antik. Kalau pencuri tu jual..Dalam RM200 pun boleh dapat tau.. Pasu tembikar ni cantik.Ada ukiran naga. Geram kat pencuri...

Kat atas muzium. Jonker Street..

Kat sini ada peta pelayaran Cheng Ho.Banyak negara dia dah belayar. Sampai Mekah pun ada.

 JONKER STREET..

Lepas kitorang kuar muzium, pegi la jengah Jonker Street. Dah alang-alang dekat. Sini majoritinya adalah orang Cina. Kitorang kuar masuk satu-satu kedai.Tak beli apa pun. Cuma nak tengok apa yang ada. Ada la masuk kedai barang antik.Jumpa lak set pinggan mangkuk sebijik macam kat umah aku ada. Ya Allah..bila tengok harga,terkujat ko. RM 1800. Yang kat rumah mak aku tu, tak de sape nak tengok. Ambik pun tak nak. Kat sini,jual mahalnya... Bila balik je rumah mak,aku citer..cakap dengan mak aku,ni kira dah pinggan mangkuk antik.Jangan buang. Ada gak yang ayah aku dah buang. Banyak sangat.menyemak rumah je...

Ni la rupanya set pinggan mangkuk yang sebijik sama kat rumah mak aku.Dijual dengan harga RM1800.
Almari ni plak ada kat rumah atok aku. Tapi perabot lama kan,memang tahan lama. Aku rasa kat rumah atok aku ada nak dekat 100 tahun lebih kot.. cantik lagi.Macam dalam gambo ni.
Ni antara kedai kat Jonker Street. Dia tak bagi amik gambo.Tapi selamat snap 1 je.Sebab cantik la..
Tu je la..pas tu kitorang cau..Tak tahan dah.panas,perut dah berbunyi..Balik semula ke kampung halaman.. Ok la,puas hati. Shopping pun sakan kat sini.. :)

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...