Nuffnang Ads

Thursday, December 2, 2010

Putera Katak - Slot Lagenda TV3


Slot Lagenda TV3 yang terbaru citer Putera Katak. Dengar tajuk pun memang dah tau citer dongeng alam fantasi. Macam cerita omputih tu kan.."The Frog Prince". Aku start tengok citer ni macam best je nak layan walaupun ntah apa-apa. Untuk tontonan ringan ok kot bagi aku. Drama ni start bermula 29 November, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 4.30 petang di TV3. Sebab skang ni aku jaga exam SPM,kadang-kadang sampai umah pun dah nak kul 5 lebih..so,aku tengok la siaran ulangan pada jam 8.30 malam di TV9. Layan je la kan..

Cute je tengok hot mama Nora Danish ni.. Pics from google
Sinopsis

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan. Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora. Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana masih perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya.
Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya. Setelah Puteri Ixora mengetahui tentang rancangan Puteri Zadora, dia telah datang ke bumi untuk membunuh Amar. Bagaimanakah Putera Amar dapat memberitahu Trisha tentang identiti sebenarnya? Adakah mereka ditakdirkan untuk bersama?

Haa...untuk tahu apa la sudahnya citer ni,jom la layan slot drama lagenda tv3 ni ..Mana la tau kot-kot boleh hilangkan tekanan lepas penat seharian bekerja.. Enjoy watching :)

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...