Nuffnang Ads

Thursday, December 16, 2010

Rapunzel..A Tangled Tale..






Jumaat lepas, aku rasa nak g tengok wayang.Untuk buang masa n hiburkan diri kerna terlampau lama menjaga exam SPM..Sampai je,,usha la citer apa yang ada,tapi yang ada citer Rapunzel yang blom abis tiketnya lagi.Yg lenlain full house.Hmm ok je la kot layan citer ni. Ada versi 3D,tapi mahal beb tiketnya.RM18 yer..So,aku amik yg biasa nya je la.First time tengok wayang citer kartun. Tapi aku rasa berbaloi gak la.. Layan jer..:)
Jom la baca sinopsis citer ni. Tapi aku suka la..watak-wataknya smua cute2 belaka.Especially Rapunzel..Cute sangat..
cute kan..
Sinopsis:

Rapunzel adalah seorang puteri raja yang dilarikan dari istana oleh seorang perempuan tua iaitu Mother Gothel yang mengetahui rahsia bunga Rapunzel yang cuma ada satu sahaja di dunia yang boleh menjadikan dirinya kekal muda. Ketika nak melahirkan Rapunzel, bondanya sakit tenat dan macam takde harapan untuk disembuhkan tapi akhirnya dengan khasiat bunga tersebut, dia dapat diselamatkan. Disebabkan bunga yang menjadi sumber untuk dirinya kekal muda dah takde lagi, Mother Gothel telah menculik Rapunzel disebabkan rambut emasnya tlah mewarisi kehebatan bunga yang telah diambil tadi.

Sehinggalah besar, Rapunzel tinggal di menara tersembunyi bersama Mother Gothel yang dia dianggap sebagai ibu yang telah membesarkannya dan juga bersama Pascal, seekor iguana yang menjadi teman yang setia dan teman dia berbual. Rapunzel dilarang sama sekali untuk melihat ke luar menara atau turun dari menara, kerana Mother Gothel yang busuk hati tu mengatakan bahawa dunia luar penuh dengan penjahat dan tipu daya manusia. Tapi Rapunzel yang ala ala nakal tu selalu curi curi pandang keluar terutamanya pada setiap kali hari jadinya kerana ribuan tanglung yang cantik akan dilepaskan ke udara sehingga ia menarik minatnya dan dia memasang impian untuk pergi sendiri ke tempat tanglung tanglung itu dilepas seterusnya mencari jawapan apakah benda yang dilihatnya setiap tahun itu sebenarnya. Tanglung tanglung itu adalah simbol bahawa ayah dan bonda dan seluruh rakyat masih mengingati dirinya dan berharap dia akan balik semula ke istana satu hari nanti.

Dengan pertolongan Flynn Rider,akhirnya Rapunzel dapat tau yang dialah sebenarnya puteri yang hilang tu dan akhirnya mereka hidup bahagia. Riwayat Mother Gothel tamat lepas rambut Rapunzel telah dipotong menjadi pendek n dia hilang kawalan lalu terjatuh dari menara tinggi yang telah menyorokkan Rapunzel dahulu. Rapunzel pulang ke istana n hidup bahagia..

Best gak citer ni.Penuh warna warni...:)


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...