Nuffnang Ads

Sunday, January 30, 2011

Hujan Rahmat dari Nya??

"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan hendak dikatakan sebagai cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?(termasuk la aku)

  • Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.
  •  Alahai, hujan laaagiiiii
  • Tiap-tiap hari hujan, susah la macam ni.
  • Payah nak buat apa-apa kalau hujan.
  • Tak boleh nak balik lagi, hujan!(Padahal bukan balik jalan kaki.Ada kereta yang berbumbung.Aku la slalu cakap cam ni)

Badan Segar, Wajah Berseri.. Innershine..

pics from en google

Innershine prune plus..Satu produk yang best.Terasa prune nya. Yang mana kita tau bahawa buah prune sangat bagus untuk kulit dan penghadaman yang sempurna. Aku pernah try produk ni. Satu botol tu, bila dah dibuka haruslah dihabiskan. Penutupnya tak akan boleh tutup macam penutup botol yang lain. Memang dikhaskan untuk habis minum satu botol kecil tu.

Tahun ni, pelakon cantik molek, Maya Karin menjadi duta produk Innershine Prune Plus. Cantik betul orangnya..Suka je tengok..

pics from budiey.com
"Petikan Dari Harian Metro"

SEBAGAI pelakon popular dan pengacara TV, jadual seni Maya Karin nyata sangat padat. Justeru, penting baginya menjaga kesihatan diri supaya wajah sentiasa tampak berseri. Sekalipun, tiada mekap, Maya tetap kelihatan berseri dan menawan.

Jadi, apakah ‘rahsia’ di sebaliknya? Jawapan aktres jelita ini, dia hanya mengamalkan minum pati InnerShine Prune Plus setiap hari sebelum tidur. Maya berkata, memandangkan dia terbabit dalam karier seni, maka wajah yang sihat adalah aset dirinya. “Memiliki wajah berseri walaupun tanpa mekap adalah kelebihan yang tidak ternilai. Umpama ungkapan yang biasa didengar, “kita adalah apa yang kita makan”. Pada saya, memang ada kebenarannya selepas menikmati InnerShine Prune Plus.

“Seperti kebanyakan wanita moden kini, jadual harian saya begitu padat. Sehingga ada kalanya, saya tiada masa mengamalkan diet seimbang. Namun, saya akan sentiasa pastikan Inner Shine Prune Plus pada setiap hari sebelum tidur.


“Ini kerana, ia bertindak semasa saya tidur dengan mengurangkan toksin, memperbaiki dan yang penting sekali membantu menjadikan wajah kekal berseri. Bagaimana saya tahu ia berkesan? Buktinya selepas meminumnya selama 12 hari,” katanya.

Menurut Maya, dia berasa lebih segar dan wajahnya pula jelas berseri. InnerShine Prune Plus diamalkan membuatkan saya lebih yakin dan nampak berseri setiap hari. Katanya seperti dia, wanita lain yang bekerjaya juga boleh memilikinya.

“Jika mahu menjadi seperti saya, berikan kulit anda santapan semula jadi bermula malam ini. Caranya sangat mudah dengan meminum sebotol InnerShine Prune Plus setiap malam,” katanya yang juga duta InnerShine.

Jelas Maya lagi, perubahan ketara berlaku pada sistem penghadaman. Kulit akan mula kelihatan lebih gebu, berseri dan terhidrat. Inner Shine Prune Plus adalah satu formula minuman kecantikan yang dipertingkatkan dan mengandungi pati prun yang bersari dengan tambahan kulit dan isi pulpa.

“Mempunyai rasa enak dengan isi prun serta kandungan serat yang lebih tinggi. Vitamin C yang diperkayakan meningkatkan pengeluaran semula kolegen untuk membantu mengekalkan keanjalan kulit sekali gus membuatkan wajah kelihatan muda.

“Prun juga mengandungi dua kali ganda ‘Antioksida’ berbanding buah-buahan lain untuk membantu melambatkan proses penuaan. Secara semula jadi, buah prun cukup kaya dengan serat, Inulin, dan Oligofruktosa iaitu khasiat kebaikan melancarkan penghadaman,” katanya.

Maya berkata InnerShine Prune Plus juga selamat dan terjamin untuk diminum setiap hari kerana tidak mengandungi tambahan gula, bahan pewarna dan pengawet. 


Makeover 2011..Rancangan bual bicara APAKATA WANITA

pics from zamzarina.com
Tengahari tadi aku ada tengok rancangan APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA. Hari ni topiknya Makeover 2011. Tajuknya membuatkan aku tertarik untuk setia menonton tanpa beralih ke stesyen TV yang lain. Tetamu yang dijemput ialah Datin Sharifah Shawati.. Dah dapat gelaran Datin yer bekas personaliti TV3 ni..Makeup yang digunakan untuk makeover ni ialah FCC (Farmasi Cosmetic). Ok gak. Warnanya nampak natural.. Baju yang ditaja oleh The Executive. Outletnya ada di Pavilion Level 4. 

Oh, dia ada pilih 3 peserta dari studio. Ada 3 kategori. Kurus, sederhana dan badan besar. Dia kata, tak semestinya orang yang berbadan besar tak boleh bergaya. Kena pandai membuat pilihan warna agar yang kurang dapat disembunyikan dan kita tonjolkan kelebihan pada apa yang kita ada. Yer..aku setuju dengan kata-katanya.. Orang yang kecik,kurus lak janganlah pilih baju yang besar atau gelebeh. Kena ikut badan, barulah cantik.Tapi bukan lah yang sendat-sendat gitu..

Perkara-perkara seperti ini yang kita kena tanamkan dalam diri. Mesti berkeyakinan tinggi.. /wahaha
Kalau kena dengan topiknya, memang best layan rancangan ni. Dapat info, dan boleh diaplikasikan..



Saturday, January 29, 2011

Lucky Bunny Drive

pics from en google

pics from en google

Cute je tengok pendrive Kingston Limited Edition ni kan..Bersempena dengan Chinese New Year 2011, Kingston mengeluarkan produk edisi terhad Lucky Bunny Drive. Tahun ni, mengikut zodiak China, arnab adalah yang keempat dalam kitaran 12 binatang dalam kalendar Cina. Tahun Arnab dianggap tahun keamanan yang akan membawa kesejahteraan sepanjang tahun. 

Lucky Bunny Drive adalah tambahan terkini kepada pemacu Kingston DataTraveler USB. Dikeluarkan dalam dua pilihan samada 4GB dan 8GB. Ianya serasi dengan sistem Windows 7, Windows Vista, Windows XP, Mac OS dan Linux. 

Boleh la jadikan Lucky Bunny Drive Kingston ni sebagai koleksi. Bukan selalu dikeluarkan ni../wahaha


Friday, January 28, 2011

Majalah PC


Setiap bulan, memang aku beli Majalah PC. Memang dah menjadi koleksi ku sebagai bahan bacaan.. Tajuk besar untuk keluaran Februari ialah "TABLET UNTUK PRODUKTIVITI".

Manakala subtitle nya "TABLET TAKLUK CES 2011"  dan juga "TABLET ATASI NETBOOK 2012?"

Ni kira dah jadi trend gadget tahun ni kan?
 

Tupperware..

Hii... /hihi Tambah lagi koleksi ku. Tapi ini dari seberang sana punya koleksi..


pics from Tupperware 1 Malaysia

pics from Tupperware 1 Malaysia

Tapi koleksi ni belum dapat lagi. Nak kena tunggu tokei kedai Tupperware 1 Malaysia poskan dulu. Beli melalui fesbuk. Banyak gak kuasa alam maya ni kan.. Berbisnes melalui maya je..

Penat...



Hari ni banyak sangat kerja yang nak kena selesaikan. Disebabkan hari ni last sebelum bermula cuti panjang Tahun Baru Cina, kerja macam lipas kudung. Hari Jumaat ni rasa masa singkat sangat. Bermula dengan agenda :
  • pagi yang kena bermesyuarat, 
  • kelas berderet-deret, 
  • settlekan bayaran yuran pelajar
  • lengkapkan fail panitia
  • taksir kerja pelajar tingkatan 5
  • minit mesyuarat yang nak kena hantar
  • haaaa siapkan buku rekod mengajar
  • lengkapkan senarai nama dalam register 
  • tutup register kelas untuk bulan Januari
  • fuuhhhhh, pengsan...
Ada lagi kerja yang belum selesai, alamatnya...nama je cuti, TAPI????? Sendiri jawab la yer .. / hmm


Pics from en google..

Thursday, January 27, 2011

HAPPPPPPPPPYYYYYYY!!!!

HAPPY!!!!!!



Wednesday, January 26, 2011

Khasiat Ayat Kursi..


Khasiat Ayat Kursi

Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

..."Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.

Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.

" Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.

Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.

Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. Barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Coklat penawar batuk..




Ha..bila sebut coklat....ramai yang suka makan dan ramai juga yang takut nak makan. Takut badan akan naik, jadi besau.. /wahaha  Tadi masa aku baca majalah Harmoni, ada satu petikan tu tulis, yang mana coklat ni penawar untuk batuk. Ye atau tidak, sendiri buat ujikaji. Mungkin ada yang sesuai dan mungkin juga tidak.

Coklat sering dijadikan hadiah tatkala menyambut 'Hari Kekasih'.Coklat bukan sahaja berkuasa dalam menimbulkan perasaan gembira dan menghilangkan stres pada individu tetapi juga dapat dijadikan penawar batuk.

Para saintis mempercayai keampuhan coklat dalam merawat batuk berpunca daripada kandungan theobromine yang terdapat di dalamnya. Theobromine dipercayai efektif dalam menghambat pembakaran yang tidak diperlukan di saraf vagus yang merupakan punca utama batuk berpanjangan.

Disebabkan kehebatannya, para saintis kini sedang berusaha menghasilkan ubat batuk berasaskan coklat yang selamat untuk diminum oleh individu dewasa dan kanak-kanak. Dikenali sebagai BC1036 ubat batuk berasaskan coklat itudijangka berada di pasaran selewat-lewatnya tahun hadapan.

**Petikan diambil dari majalah Harmoni.
     

Tuesday, January 25, 2011

Lisa Surihani.. soooo beautiful..

Hai /hihi , ini entry saje suka-suka sebab tadi aku beli majalah Harmoni. Tengok-tengok cover depan nya ada Lisa Surihani, Tiz Zaqyah dan Fida. Sangat la cantik mereka ini. Terutamanya Lisa. Aku suka la tengok muka dia..Alahai,cute..cantik.. /omg hmmm.







Smua gambar-gambar ni dapat bila aku search en Google..

Sunday, January 23, 2011

Picture dari twitter Dato' Siti Nurhaliza..Part2

Jom tengok../please

halus mulus je kulitnya.


Pic pembaca berita tv3 kahwin.Pelaminnya sangatla cantik.
Klik sini untuk picture Part 1

/bye


My Tupperware Collections..

Tupperware ye bukan tipu ware. Hahaha, sebenarnya aku mula-mula serius kumpul tupperware dalam tahun 2008. Beli sikit-sikit je. Aku tak penah jadi ahli pun. First beli dengan arwah cikgu Hamidah. Beli je ikut mana yang suka n ada promosi harga murah. Ada la dapat harga murah skit.. Tapi selepas tak de kaki nak dapat harga murah kat skul,aku kurang skit beli.

Tak berapa lama pas tu, ada plak yang sama geng dengan aku, iaitu pengumpul tupperware gak, kata dia ada kawan yang boleh bagi harga murah. So bermula la pengumpulan koleksi aku. Memang mula-mula ingat nak jadi ahli. Tapi bila banyak sangat fikir, terus tak jadi. Aku hanya gunakan nama kawan aku n nombor ID nya sahaja. So, dapatla harga less 20%. Sampai la skarang ni.

Antara sebab aku suka beli n kumpul kerana kaler yang cantik n warna-warna yang terang. Banyak kegunaannya. Aku suka tengok barang-barang kat rumah aku tersusun cantik je. Bila dah susun, membuatkan aku nak tambah lagi koleksi. Bukan setakat simpan yer. Aku beli sebab memang untuk digunakan.. Entah berapa agaknya duit yang aku dah laburkan. Makan ribu jugak kot. huhuhu...

Mungkin bila aku dah pindah rumah sendiri nanti,nak sediakan satu almari khas untuk koleksi aku ni. Bila la rumah aku nak siap ni kan... Tak sabar rasanya.. :)/wahaha

Masih dalam kotak, plastik.Sebab tak de space nak letak..

Koleksiku.


Freezer mate set. Aku dah ada starter set n Medium set.

Freezer mate set. Ada separuh dalam peti ais ye.. cantik je susun dalam freezer.

Modular mate essential set. Ntah ada 3 set kot aku beli.. Patern 4 segi,bila susun cantik je..

Koleksi pelbagai. Caca marba. Smua ni guna k.. Yg paling best tapau set tu..
Koleksi aku untuk simpan air.

Bekas simpan air untuk ke skul..

Yang bekas air 14 liter tu sangat berguna. Masa aku beli,ada promosi. RM100 sahaja sekali dengan tupperware yang gambar kat bawah tu..Banyak kegunaannya.

Sangat kiut n colourful..cantik sangat...

Midget. Ada 4 biji, RM9 je.. Murah sebab beli set modular mate essential set.
Macam-macam warna kan.. Cantik je tengok.
Hmm,ni nak kena buat kabinet untuk letak my collections ni.. Mesti tersusun cantik je dan senang nak cari barang nanti..

Tutti Frutti Frozen Yogurt

Hari ni, aku ke Bangi. Ada satu branch Tutti Frutti yang baru buka ari ni kat seksyen 8 Bangi. Untuk ari ni ada less 20% tak silap aku. So,aku g umah my sis la. Tak tahu pun sebenarnya ada cawangan baru nak buka. Kebetullannya buka ari sabtu ni. Lama dah nak g makan ni. Tapi sebabkan kebanyakkan kedainya di kawasan area KL,jadi niat tu terbantut la skit.

Sedang tengah belek-belek suratkhabar,terbaca la yang ada satu cawangan baru buka kat bangi. Dan dan tu juga aku ajak my sis. Dia ok je. Lepas amik anaknya kat skul, kami terus tuju ke sana. Ramai tul orang. Yerla first day kan. Dah la ada makan-makan. Kedainya cute. Ruang terhad. Disebabkan kita kena pilih sendiri pilihan yogurt yang kita nak,jadinya beraturnya panjang la..

Harga mengikut kiraan timbang,bermula dengan RM5.30 untuk 100gm. Haaa budget budget la beratnya yer..Kang sampai harga RM20 lak satu cup.. Ada pelbagai perisa. Coklat,vanila,peach,kiwi,strawberi, red velvet dan lagi 2 apa ntah. Tadi aku try mix vanila n peach. best..My sis, try mix strawberi n kiwi. Masam tul... Total kitorang bayor tadi ialah RM27.. Mahal gak la... Tapi ok,puas makan..

Pilih la nak perisa apa..pic by google

Pilih top up yang nak..lagi banyak letak,lagi tambah berat,lagi mahal la.. pic by google

Ramai tul orang. Lagi pun ruang nya terhad..First day opening kan..

Ini yang aku beli tadi. Sedap..
Ok,lepas ni kalo nak g lagi senang la..dekat sikit dengan rumah.. Now in happy mood.. :)



Cross country 22 Januari..

Hari sabtu minggu ni (22 Jan 2011) skul ganti untuk CNY. So skul aku buat aktiviti rentas desa. Ok la kan.Tak de la P&P. Lagipun,kebiasaannya hari sabtu ni ramai budak yang tak datang.. Aku merupakan guru untuk rumah sukan Dato' Isa (Biru). Kami Juara rentas desa dengan pungutan mata yang agak banyak juga. Dalam 700 mata gak la.. Handal anak-anak murid ku berlari. Jangan lari dari rumah dah la yer..
Skang ni tunggu hari sukan lak yer.. Boleh jadi juara gak ni. Mata untuk rentas desa akan dibawa ke hari sukan nanti.. Majulah Sukan Untuk Negara.. :)

Senaman regangan dulu.Nanti injured plak..

Tunggu masa nak dilepaskan je. Abang polis trafik ni tolong jagakan laluan rentas desa.

Ok..mula larian..

Antara yang sampai dulu..

Semua gambar-gambar ni diambil oleh photographer profesional skul ku..credit to cikgu Saiful ..

Thursday, January 20, 2011

Corelle..

Setiap rumah mesti memerlukan set pinggan mangkuk kan.Tak kisah la,jenama ke tak ke. Tapi bagi aku ikut kemampuan la kan.. Jangan pulak bergaya,tapi papa.. No,No,No..Konsep salah tu.Mau makan diri sendiri nanti. Last year,aku ada beli set Corelle dari facebook je..kenal orang yang jual pun tak. Segala transaksi adalah melalui maya n Maybank sahaja..Ikut naluri la,boleh percaya orang ni.. Harganya amat murah berbanding kalo g kat Jusco n Parkson..

KENAPA AKU NAK CORELLE????
Pinggan ni ringan, aku suka sangat. Memang la mahal..tapi berbaloi-baloi..
First set yang aku beli ari tu ialah SECRET GARDEN from USA..Macam gambar bawah ni. Cuma aku tak beli la mug tu.Set aku beli tu, 6 pinggan makan, 6 piring besar, 6 piring kecik untuk kuih dan 6 mangkuk.. Dengan harga brape ntah. Kalau tak silap RM400 je kot..
SECRET GARDEN

Tapi skang ni ada satu kedai, iaitu Kedai Corelle Ku, ada buat promosi lagi la banyak murah..Aku ingat nak tambah koleksi set SECRET GARDEN aku.Tapi Tuan kedai jual set sebanyak 76 pieces dengan harga RM737.50. Murah banyak sangat tu.. Tapi ada gak koleksi lain yang cantik2..

MUNGKINKAH INI???
CAMELIA

ATAU INIKAH???

SPRING PINK
ATAU INI???
PRETTY PINK

OR...
NEO LEAF
ATAU YANG INIKAH????
CHUTNEY

Hmm kalau ikut hati,yg gambo pertama tu la rasanya yg lebih aku nak amik..
Gambar-gambar ni aku amik dari website CORELLE dan juga facebook KEDAI CORELLE KU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...