Nuffnang Ads

Wednesday, January 26, 2011

Coklat penawar batuk..




Ha..bila sebut coklat....ramai yang suka makan dan ramai juga yang takut nak makan. Takut badan akan naik, jadi besau.. /wahaha  Tadi masa aku baca majalah Harmoni, ada satu petikan tu tulis, yang mana coklat ni penawar untuk batuk. Ye atau tidak, sendiri buat ujikaji. Mungkin ada yang sesuai dan mungkin juga tidak.

Coklat sering dijadikan hadiah tatkala menyambut 'Hari Kekasih'.Coklat bukan sahaja berkuasa dalam menimbulkan perasaan gembira dan menghilangkan stres pada individu tetapi juga dapat dijadikan penawar batuk.

Para saintis mempercayai keampuhan coklat dalam merawat batuk berpunca daripada kandungan theobromine yang terdapat di dalamnya. Theobromine dipercayai efektif dalam menghambat pembakaran yang tidak diperlukan di saraf vagus yang merupakan punca utama batuk berpanjangan.

Disebabkan kehebatannya, para saintis kini sedang berusaha menghasilkan ubat batuk berasaskan coklat yang selamat untuk diminum oleh individu dewasa dan kanak-kanak. Dikenali sebagai BC1036 ubat batuk berasaskan coklat itudijangka berada di pasaran selewat-lewatnya tahun hadapan.

**Petikan diambil dari majalah Harmoni.
     

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...