Nuffnang Ads

Sunday, January 30, 2011

Hujan Rahmat dari Nya??

"Cuaca buruk je akhir-akhir ni ye.." Soalnya, kenapa hujan hendak dikatakan sebagai cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan?(termasuk la aku)

  • Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je.
  •  Alahai, hujan laaagiiiii
  • Tiap-tiap hari hujan, susah la macam ni.
  • Payah nak buat apa-apa kalau hujan.
  • Tak boleh nak balik lagi, hujan!(Padahal bukan balik jalan kaki.Ada kereta yang berbumbung.Aku la slalu cakap cam ni)

Bukankah elok kalau omelan diatas tu kita ganti dengan doa :

"Allahumma syaiyiban nafi'a" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Tanpa kita sedari, sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya yang kadangkala kita buat tidak
endah seperti:

1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan 

Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab.Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf dan ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun ada juga mengingatkan kita tentang kebijaksanaan Allah. Lihatlah firman Allah yg bermaksud :

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
 "Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepadaNyalah dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

Petikan diambil dari SINI


1 idea dari anda:

Anonymous said...

виртуальное казино онлайн играть бесплатно в хорошем качестве [url=http://pro-show.ru/uploads/storage/artists/new456.html]покер qiwi кошелек[/url] виртуальное казино отзывы [url=http://pro-show.ru/uploads/storage/artists/new1566.html]игра рулетка на деньги qiwi адреса[/url] видеопокер играть онлайн бесплатно mail, мираж казино [url=http://pro-show.ru/uploads/storage/artists/new174.html]покер старс на деньги для андроид[/url] игровые автоматы фрукты 2 [url=http://pro-show.ru/uploads/storage/artists]Нарды Азартная Игра[/url]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...