Nuffnang Ads

Sunday, January 30, 2011

Makeover 2011..Rancangan bual bicara APAKATA WANITA

pics from zamzarina.com
Tengahari tadi aku ada tengok rancangan APA KATA WANITA BERSAMA ZAMZARINA. Hari ni topiknya Makeover 2011. Tajuknya membuatkan aku tertarik untuk setia menonton tanpa beralih ke stesyen TV yang lain. Tetamu yang dijemput ialah Datin Sharifah Shawati.. Dah dapat gelaran Datin yer bekas personaliti TV3 ni..Makeup yang digunakan untuk makeover ni ialah FCC (Farmasi Cosmetic). Ok gak. Warnanya nampak natural.. Baju yang ditaja oleh The Executive. Outletnya ada di Pavilion Level 4. 

Oh, dia ada pilih 3 peserta dari studio. Ada 3 kategori. Kurus, sederhana dan badan besar. Dia kata, tak semestinya orang yang berbadan besar tak boleh bergaya. Kena pandai membuat pilihan warna agar yang kurang dapat disembunyikan dan kita tonjolkan kelebihan pada apa yang kita ada. Yer..aku setuju dengan kata-katanya.. Orang yang kecik,kurus lak janganlah pilih baju yang besar atau gelebeh. Kena ikut badan, barulah cantik.Tapi bukan lah yang sendat-sendat gitu..

Perkara-perkara seperti ini yang kita kena tanamkan dalam diri. Mesti berkeyakinan tinggi.. /wahaha
Kalau kena dengan topiknya, memang best layan rancangan ni. Dapat info, dan boleh diaplikasikan..



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...