Nuffnang Ads

Sunday, January 23, 2011

My Tupperware Collections..

Tupperware ye bukan tipu ware. Hahaha, sebenarnya aku mula-mula serius kumpul tupperware dalam tahun 2008. Beli sikit-sikit je. Aku tak penah jadi ahli pun. First beli dengan arwah cikgu Hamidah. Beli je ikut mana yang suka n ada promosi harga murah. Ada la dapat harga murah skit.. Tapi selepas tak de kaki nak dapat harga murah kat skul,aku kurang skit beli.

Tak berapa lama pas tu, ada plak yang sama geng dengan aku, iaitu pengumpul tupperware gak, kata dia ada kawan yang boleh bagi harga murah. So bermula la pengumpulan koleksi aku. Memang mula-mula ingat nak jadi ahli. Tapi bila banyak sangat fikir, terus tak jadi. Aku hanya gunakan nama kawan aku n nombor ID nya sahaja. So, dapatla harga less 20%. Sampai la skarang ni.

Antara sebab aku suka beli n kumpul kerana kaler yang cantik n warna-warna yang terang. Banyak kegunaannya. Aku suka tengok barang-barang kat rumah aku tersusun cantik je. Bila dah susun, membuatkan aku nak tambah lagi koleksi. Bukan setakat simpan yer. Aku beli sebab memang untuk digunakan.. Entah berapa agaknya duit yang aku dah laburkan. Makan ribu jugak kot. huhuhu...

Mungkin bila aku dah pindah rumah sendiri nanti,nak sediakan satu almari khas untuk koleksi aku ni. Bila la rumah aku nak siap ni kan... Tak sabar rasanya.. :)/wahaha

Masih dalam kotak, plastik.Sebab tak de space nak letak..

Koleksiku.


Freezer mate set. Aku dah ada starter set n Medium set.

Freezer mate set. Ada separuh dalam peti ais ye.. cantik je susun dalam freezer.

Modular mate essential set. Ntah ada 3 set kot aku beli.. Patern 4 segi,bila susun cantik je..

Koleksi pelbagai. Caca marba. Smua ni guna k.. Yg paling best tapau set tu..
Koleksi aku untuk simpan air.

Bekas simpan air untuk ke skul..

Yang bekas air 14 liter tu sangat berguna. Masa aku beli,ada promosi. RM100 sahaja sekali dengan tupperware yang gambar kat bawah tu..Banyak kegunaannya.

Sangat kiut n colourful..cantik sangat...

Midget. Ada 4 biji, RM9 je.. Murah sebab beli set modular mate essential set.
Macam-macam warna kan.. Cantik je tengok.
Hmm,ni nak kena buat kabinet untuk letak my collections ni.. Mesti tersusun cantik je dan senang nak cari barang nanti..

2 idea dari anda:

sayahappyslalu said...

saya pun minat tupperware jugak! kebanyakannya beli murah sebab jadi ahli.. kenapa tak jadi ahli? banyak faedah lain, selain diskaun, dapat jugak komisyen.. :)

Nur Hanani said...

saya dah jadi ahli.. :) Jom membeli-belah barangan tupperware..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...