Nuffnang Ads

Sunday, January 23, 2011

Tutti Frutti Frozen Yogurt

Hari ni, aku ke Bangi. Ada satu branch Tutti Frutti yang baru buka ari ni kat seksyen 8 Bangi. Untuk ari ni ada less 20% tak silap aku. So,aku g umah my sis la. Tak tahu pun sebenarnya ada cawangan baru nak buka. Kebetullannya buka ari sabtu ni. Lama dah nak g makan ni. Tapi sebabkan kebanyakkan kedainya di kawasan area KL,jadi niat tu terbantut la skit.

Sedang tengah belek-belek suratkhabar,terbaca la yang ada satu cawangan baru buka kat bangi. Dan dan tu juga aku ajak my sis. Dia ok je. Lepas amik anaknya kat skul, kami terus tuju ke sana. Ramai tul orang. Yerla first day kan. Dah la ada makan-makan. Kedainya cute. Ruang terhad. Disebabkan kita kena pilih sendiri pilihan yogurt yang kita nak,jadinya beraturnya panjang la..

Harga mengikut kiraan timbang,bermula dengan RM5.30 untuk 100gm. Haaa budget budget la beratnya yer..Kang sampai harga RM20 lak satu cup.. Ada pelbagai perisa. Coklat,vanila,peach,kiwi,strawberi, red velvet dan lagi 2 apa ntah. Tadi aku try mix vanila n peach. best..My sis, try mix strawberi n kiwi. Masam tul... Total kitorang bayor tadi ialah RM27.. Mahal gak la... Tapi ok,puas makan..

Pilih la nak perisa apa..pic by google

Pilih top up yang nak..lagi banyak letak,lagi tambah berat,lagi mahal la.. pic by google

Ramai tul orang. Lagi pun ruang nya terhad..First day opening kan..

Ini yang aku beli tadi. Sedap..
Ok,lepas ni kalo nak g lagi senang la..dekat sikit dengan rumah.. Now in happy mood.. :)



0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...