Nuffnang Ads

Thursday, February 17, 2011

3D Model..Pentaksiran Berasaskan Sekolah..

Hi, /hihi. Semalam kat skul, aku ajar student aku perisian 3D Studio Max version 9.0. Ini adalah untuk pentaksiran pelajar ye. Aku ajar benda yang senang je untuk tahap diorang. Aku minta diorang hasilkan 4 objek model 3D dengan menggunakan LINE dan teknik LATHING.. (Pelajar kena buat sendiri yer. Hanya gunakan LINE dan mereka kena gunakan daya fikir untuk fikirkan bentuk yang akan dihasilkan oleh mereka). Bukan amik yang dah siap tu je..Aku bagi contoh, aku cakap aku nak macam yang ini..



Lepas dah tunjuk contoh, aku bagi demonstrasi macamana nak hasilkan gambar macam kat atas tu. Aku suruh pelajar-pelajar aku buat yang senang je dulu. Minta diorang hasilkan botol, gelas dan pinggan mangkuk. Untuk yang tak pandai...susah gak ye nak dapatkan bentuk 3D yang smooth dan cantik.


Banyak kali la..budak-budak aku ni angkat tangan minta aku pergi kat PC diorang tunjukkan personally.. Bila hasilnya dah berjaya..senyum.. Akhirnya hasil yang diorang dok padam buang akhirnya berjaya. Last sekali aku minta diorang masukkan tekstur pada botol dan lantainya supaya nampak lagi menarik.. Aku nak diorang belajar lagi lebih dan lepas ni nak ajar bebudak aku ni animasi model.. Budak-budak lagi berminat aje..Siap minta installer nak install kat rumah.


Sebenarnya, bebudak ni susah yer nak tarik perhatian diorang...kena bagi semangat yang diorang boleh buat walaupun pada mulanya try and error banyak kali.. Lepas dah semuanya berjaya, siap tanya...esok kita nak belajar apa lagi cikgu... Hehehe...

Haaa ada sesiapa yang terer dalam 3D Studio Max ni? Boleh la kongsi-kongsi ilmu dengan cikgu ni.. /bye

2 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...