Nuffnang Ads

Wednesday, February 16, 2011

6 Makanan Terbaik, KULIT SIHAT..

Hi, /hihi

Kulit sihat yang licin,lembap, halus lagi berseri menjadi idaman setiap setiap wanita. Kita juga boleh memiliki kulit wajah sihat dengan mengikuti panduan pemakanan yang betul. Mungkin sesetengah kulit bermasalah dikaitkan dengan aspek genetik. Tetapi ia masih boleh dirawat dan dikawal. Atau kita berasakan belum menemui produk penjagaan kulit yang serasi dengan jenis kulit kita. (ini aku la..tak jumpa yang sesuai)

Sekiranya kita inginkan kulit nampak menarik, kita perlu amalkan pemakanan betul.  Berikut adalah 6 makanan yang menjanjikan kulit sihat berseri lagi menawan. Sebab ni la aku buat entri pasal nak jaga kulit ni. Sebab aku ada masalah dengan kulit muka aku..Hmmm /blush

 Salmon
Makanan terbaik lagi berkhasiat terutamanya sumber asid fatty omega-3 untuk kulit. Lemak penting ini yang mampu meransang kekuatan otak anda, juga aspek penumpuan sel-sel epidermal bagi menyimpan pelembapan.Ni orang Jepun suka makan kan..Patut la kulit diorang cantik je...


 Karot
Kandungan pigmen berwarna oren dipanggil beta-karotena dipercayai membantu meratakan warna kulit dan menambah seri wajah apabila dimakan. Karot juga membantu mengelakkan penuaan pramatang akibat pendedahan keterlaluan kepada sinar matahari.Haa aku ada buat entri pasal TIPS KECANTIKAN DENGAN KAROT sebelum ni. Klik SINI.. Sumber yang lain ialah kentang, cili merah, grapefruit merah.


 Avokado
Orang yang menggunakan lebih banyak minyak zaitun mempunyai kurang kedut-kedut wajah berbanding mereka yang menggunakan butter. Buah ini kaya dengan Vitamin B bagi membantu kulit anda kelihatan licin dan berseri. Sumber lain ialah kacang almond, peanut butter.


Kekacang
Ini termasuk kacang hitam, kacang hijau, kacang soya dal dan kacang tanah. Kekacang tersebut membantu melicinkan kedut-kedut pada wajah. Ianya kerana ia adalah kesan isoflavones, antioksidan penting, terdapat dalam kekacang. Sumber yang lain ialah alfalfa, tempe dan taufu.


 Anggur
Ianya dapat membantu melindungi kita daripada serangan jantung dan strok, antioksidan dalam anggur turut membantu keanjalan kulit daripada kendur. Sumber yang lain ialah jus anggur, blueberries.


Air
Walaupun ianya tidak seenak air sirap tetapi ia adalah senjata terbaik bagi melindungi kulit daripada Nampak kusam, tidak bermaya.Kelebihan minum air ini bagi mengunci kelembapan dalam kulit kita. Ia meransang kadar kadar metabolic dan menambah kelembapan kepada kulit kering. Kita hanya perlu meminum air lapan gelas sehari untuk meransang peredaran darah pada lapisan luar kulit badan kita. Sumber lain ialah seleri, buah pic, tembikai.

Hmm bila dah baca ni, 6 makanan diatas ni selalu gak kita makan kan.Tapi tak tahu khasiatnya.Makan je yang kita tahu..So, lepas ni boleh la rasanya membuatkan kulit muka kita berseri dan segar. Ye tak??

8 idea dari anda:

Hani said...

salam perkenalan...info ni bagus..saya tambah lagi 3..madu,kismis dan kurmaa.. :)

anyway, tuk kulit saya tambah lagi 2..vco dan marine collagen..

sila jemput ke blog saya untuk window shopping product vco...ada capsule.., skincare..murah dan berkualiti..product UTM..rm45 dah dapat 120 capsule VCO ..sila la yer melawat www.livingactive2u.blogspot.com

Nur Hanani said...

@Hani

OIC,yer la..kismis,madu dan kurma pun amat baik..Thanx yer tukar-tukar pendapat. Nanti saya singgah blog u k..:)

Tayra said...

i pun ada mslh kulit jg huhu :(
thanx 4 d info ya :P

Nur Hanani said...

@Tayra

Ok, Sama-sama kongsi ilmu. Jom la kita cuba dan amalkan.Mana tau kulit boleh terubat sikit. :)

zmah said...

Terima kasih...info yang baik.

musa said...

Good info. Saya pun ada produk baik untuk kulit. Jenguklah kat blog saya

Musa said...

Lupa lak letak blog saya, disini.. kemon, kongsi info follow memfollow blog

hanani0210 said...

@musa
oh ye ke..nanti saya g jengah blog awk tu. :) TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...