Nuffnang Ads

Tuesday, February 22, 2011

Adobe Photoshop..Aktiviti 1..

Hi,/hihi..hari ni aku ngajar bebudak form 4 untuk langkah permulaan untuk hasilkan gambar yang cantik sikit..Jom try..

Setting :
-Buka perisian Adobe Photoshop dan buat satu fail baru dan tetapkan setingnya seperti berikut.
Name : Poster
Preset Sizes : 640 X 480
Width : 640 pixels
Height : 480 pixel
Resolution : 72  pixels/inch
Mode : CMYK Color
Contents : Wh
-Selepas itu save fail anda. 

Buang kawasan yang tidak diperlukan :
Dengan menggunakan ikon Magic Wand Tool, kita akan  membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti di bawah ini.
Buat pilihan seperti di bawah (nampak garisan putus-putus tu??)dan tekan kekunci delete.


Namakan layer1 kepada buku:



Salin layer buku dengan memilih Layer > Duplicate Layer dan klik ok.



Kita akan dapati layer buku tadi telah disalinkan dan layer yang disalinkan itu automatik dinamakan dengan buku copy.

Dengan mengaktifkan layer buku copy, pilih  Filter > Blur > Gaussian dan setkan radiusnya kepada 30 pixels dan kilk ok.


Kemudian seretkan layer buku copy supaya ia berada di bawah layer buku.


Haaa cuba tengok apa hasilnya...Boleh la cuba yer..

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...