Nuffnang Ads

Monday, February 21, 2011

Bahaya Mengintai..Flat Shoes Dan High Heels..

Hi,/hihi. Topik hari ni mengenai High heels atau Flat shoes...
Flat shoes
Entri kali ni untuk pengetahuan aku juga..Ini, kaum wanita kena baca tau...

Kasut mungkin tidak dapat dilepaskan dari fesyen wanita. Tapi, Tahukah Anda, flat shoes sama bahayanya dengan kasut bertumit tinggi. Meskipun nampak lebih selesa saat digunakan dan aksesori yang cantik, sesungguhnya flat shoes dapat menyebabkan sakit pada kaki, seperti bengkak pada ibu jari kaki hingga menyebabkan peradangan, rasa ngeri pada punggung belakang dan juga berisiko mengalami arthritis atau radang sendi.
Boleh mengakibatkan arthritis atau radang sendi.

Menurut seorang konsultan bedah Ortopedik, Mike O’Neil, seseorang yang mengenakan kasut tumit tinggi ataupun high heels dalam jangka waktu lama atau lebih dari 6 bulan berisiko menimbulkan berbagai masalah pada kesihatan tubuh.

Memburukkan lagi postur badan..

Flat shoes memang boleh mengurangkan terkehel. Akan tetapi, flat shoes juga boleh berbahaya kerana pemakai kasut ini cenderung berjalan dengan cara menyeret langkahnya. Padahal ini berbahaya kerana memburukkan lagi postur tubuh. Kasut ni juga dapat melonggarkan tulang sendi dan urat daging. Selain itu, flat shoes boleh menyebabkan radang sendi pada tempurung lutut.
High Heels..
Sementara itu, kasut tumit tinggi berbahaya kerana pemakainya boleh tergeliat dan boleh menyebabkan patah tulang kaki. High heel juga boleh menyebabkan peradangan pada jantung kaki. Bengkak pada ibu jari kaki kerana beban tubuh bertumpu pada hujung kaki, sakit pada lutut dan punggung.

Pemakainya akan nampak seksi..

Walaubagaimanapun, ramai kaum wanita yang menggilai high heel kerana boleh membuatkan betis nampak seksi dan pelengkap aksesori dalam berfesyen. Tinggi kasut yang berukuran 3-7 cm dapat menambahkan tinggi tubuh secara. 

Kalau dah dua-duanya bahaya..Nak pakai apa?Bukannya tak boleh pakai langsung flat shoes atau high heels ni..Tapi ada batasnya la kan.Sendiri tahu la mana yang terbaik kan.. :)

Jadi, apa pilihan anda?? High heel atau flat shoes? Menurut Mike O’Neil, tinggi kasut yang ideal adalah sekitar ukuran 1 inchi atau 2.5 cm.

All Pics dari En. Google..

4 idea dari anda:

Kaseh said...

kalau dua2 dah bahaya..berkaki ayam la jawabnya nih..hehehe

Alin Marlini said...

pakai jek selipar jepun..ngeh..ngeh..

hanani said...

@Alin Marlini

aah selipar jepun pun skang dah pelbagai pattern yang cantik..

Honey Lalala said...

Rasanya pakai kasut cam scholl xpun clarks lagi bagus kot.. selesa dan xtinggi.. flat tu sebab xde alas lembut kot.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...