Nuffnang Ads

Wednesday, February 2, 2011

Ceritera nak mandi, wangi bersihkan kereta ku yang warna suci itu..



pics dari en google
Hi, /hihi . Hari ni aku dah ada kat kampung. Ada gak cerita menarik aku nak story. Tadi lepas dah duduk 2,3 jam kat rumah, makcik aku telefon. Katanya nak minta aku semak penyata kira-kira Dana Keluarga. So, aku kata dengan mak aku,kita pegi lepas Asar. Oh, family mak aku ada buat Dana Keluarga la. Tiap-tiap tahun ada aktiviti untuk eratkan keluarga. Kalau tak, ada yang tak kenal sedara mara sendiri. Ada la duit keluar masuk yang nak kena semak sebelum hari Jumaat ni. Ada mesyuarat..

Lepas je solat Asar, kami pun bergerak la. Bukan jauh benar pun. Niat dihati nak g basuh kereta aku yang dah lama minta dibersihkan. Sedih tengok.. Sampai je kat car wash, terperanjat aku tengok. Kereta dah macam dekat show room. Melambak-lambak. Sampai parking kat tepi jalan. Aku ingatkan tokei kedai Cina depan car wash buat makan besar. Rupanya semua kereta kat situ tengah tunggu giliran nak basuh. Waaahhhh sangat la banyak. Diorang kata mungkin lepas satu jam lebih baru dapat turn aku. So, dari melangok kat situ, aku pun kata pergi rumah makcik dulu la.

Sampai kat rumah mak cik aku, aku pun semak la penyata kewangan tahunan Dana Keluarga aku. Settlekan apa yang patut dan dalam 6.45 petang pun aku balik la.. Sambung balik niat nak g membersihkan kereta aku yang cute tu. Sampai sana dah lengang skit la. Tunggu lagi 3 kereta. Masa tengah tunggu tu, mak aku pun ada la tanya kat seorang budak yang tukang lap kereta berapa dia dapat gaji? Dia kata sehari dapat lah RM15. Mak aku cakap dengan aku,kesian tengok budak-budak kecil macam ni kerja penat nak dapat duit. Yer la..aku tengok pun kesian. Budak tu kata kerja dari pagi tadi lagi. Aku tengok jam dah nak dekat 7.00 malam. Masih lagi bekerja.

Rupa-rupanya, kereta yang melambak-lambak tu semuanya kereta orang Cina. Diorang kan kena bersihkan rumah, kereta untuk sambutan Tahun Baru Cina ni. Hmm itu amalan diorang la kan..
Bila tengok kereta cute aku berkilat, rasa berbaloi sangat tunggu lama. Cantik sangat dah..:) Bye.. /bye

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...