Nuffnang Ads

Tuesday, February 8, 2011

Cloth Pad..


Terima bungkusan pembelian
Sangat kemas tuan kedai bungkus

Sebelum ni ,aku ada cerita pasal PEMBELIAN SECARA ONLINE kan..So, aku nak cerita pasal CLOTH PAD. Diatas kesedaran untuk mengubah penggunaan pad pakai buang, aku mula berjinak-jinak dengan cloth pad. Dah pakai,lepas tu basuh. Amat praktikal diatas sebab-sebab yang memerlukan penukaran.. /wahaha Menjaga bumi kita yang semakin tenat ni.


Mungkin sesetengah wanita enggan menggunakan cloth pad kerana kesuntukan masa kerana menggunakan cloth pad harus menukar beberapa kali bergantung pada hari tenat anda. Kalau guna pad biasa senang je kan. Dah pakai, basuh-basuh , bungkus dan buang. Mula-mula tu memang akan terasa kepayahan sedikit. Tapi bila dah ok..aku rasa best. Selamat dari segi kesihatan..


Hari tu, masa dapat bungkusan cloth pad ni, aku bercuti di kampung. Aku bawa sekali bungkusan yang aku terima tu. Sampai kat rumah, aku tunjukkan kat mak aku. Mak aku kata kreatif betul orang sekarang ni buat duit. Masa zaman mak-mak aku dulu, memang diorang gunakan kain. Ada sampai satu tahap tu, mak aku offer kat akak aku untuk buatkan cloth pad dari kain napkin dengan kain batik./wahaha  Tapi berjahit dengan cantik la kot. Mak aku kata orang dulu guna macam ni je, Mana ada yang pakai buang tu. Dah pakai, basuh, simpan dan pakai balik. Mak aku setuju bila aku beli cloth pad ni. Bagus katanya..


Sekarang ni banyak jenama cloth pad di pasaran. Aku ada beli 2 jenama, iaitu:
  • BluCotton's Organics Bamboo Velour Cloth Pads
    • Set yang aku beli 2 overnight. Harganya RM84.50. Mahal sikit la.Tapi sangat puas hati.
  • Saffa
    • Set yang aku beli 2 pantyliner,2 medium, 2 heavy, 2 overnight dan 1 wet bags. Jumlahnya RM140 sahaja. 
    • Yang ni boleh pilih warna dan kain yang kita nak. Ikut mana cantik di mata la.
Set Saffa Cloth Pad yang aku beli bersama dengan Wet Bags.
pic dari SINI
KENAPA KENA BERTUKAR KE CLOTH PADS?
  • Kesihatan
    • Kalau yang selalu kena senggugut, akan rasa kurang..
    • Tak kan rasa gatal-gatal. sebab ianya dari kain yang lembut.Bukan plastik.
  • Kos
    • Memang menjimatkan. Beli sekali je. Dah pakai, basuh, simpan dan pakai balik.
  • Keselesaan dan cantik
    • Memang sedap mata memandang sebab dibuat dari kain cotton yang pelbagai warna. Sampai sayang nak guna.
    • Saiz, cutting nya yang sangat selesa bila pakai..
CARA NAK JAGA?
  • Senang je nak jaga. Dah guna tu basuh je la..Kalau kotoran susah nak hilang, letakkan garam dalam air dan rendam. 
  • Cucian tangan yer. kalau nak tahan lama  la.
  • Gunakan sabun baby atau intimate wash sahaja ( aku guna produk Shurah). Sabun basuh baju yang lain-lain tidak boleh.
  • Kalau dekat tempat kerja,bila dah basuh tu,gulungkan bebaik dan masukkan dalam wet bags. Ianya tidak akan berbau. Nanti sampai rumah basuh la bebaik dan jemur. Aku dah cuba..Ok je. Antara nak dengan tak nak je.
  • Kalau pergi kerja luar, duduk dalam hotel, jemur la kat kawasan berangin.(kipas atau penghawa dingin) Sebab cloth pad ni senang kering.
  • Jemur dikawasan yang berangin. Jangan la dekat panas-panas terik.
 So, apa lagi..cuba la. Boleh berjimat cermat, dapat selamatkan bumi kita. /bye
 

1 idea dari anda:

Mama Marcello said...

beli kat mane ni? ada link?
nk try jgk lah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...