Nuffnang Ads

Sunday, February 27, 2011

Ekspo Produk Perikanan..

Hi,/hihi. Semalam, aku keluar dating dengan akak aku satu famili ke Jusco Seremban 2. Kitorang berempat je la..Akak aku datang Seremban, naik komuter dari Bangi. Saje jalan-jalan..Anak dia beria-ia nak naik komuter. Dah lama tak naik.Biasanya naik kereta je kan..So, aku la jadi driver la..Dalam keadaan yang tak berapa pasti jalan yang aku lalu tu..tetiba nampak bangunan Jusco..So,betul la..Tarik nafas lega../wahaha.


Memang rezeki aku masa tu bagus la..Masuk je, terus dapat parking. Depan pintu Jusco lak tu.. Bagus..tak le penat jalan pergi parking. Masuk je pintu utama, terus nampak ada macam-macam produk orang melayu kat situ. Abang ipar aku memang suka kalau ada ekspo yang macam ni..Dia suka membeli..:) Rupanya ekspo produk perikanan. Semua barang yang dijual adalah daripada ikan..Macam-macam la yang ada dijual dengan harga yang murah.





Macam-macam produk yang berasaskan ikan ada dijual dekat sini.Ekspo ni habis 27 Februari..Sempatlah sebelum balik tu, kitorang beli produk ikan tu, macam otak-otak dengan sata. Akak aku la banyak membeli-belah kat sini..Jam 8 malam baru hantar dia balik naik komuter..Duduk dalam ni tak terasa masa cepat berlalu..


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...