Nuffnang Ads

Thursday, February 17, 2011

Tudung Pearl Haya..Entri paling banyak orang terjah..

Hi. /hihi. Hari ni aku nak story pasal entri yang paling banyak orang cari di Google dan terjah masuk ke blog aku ni merupakan entri TUDUNG OHH TUDUNG PEARL HAYA..

Entri paling atas..Tudung Pearl Haya..
Ini nampak sangat orang perempuan yang baca.. Ramai orang mencari-cari Tudung Pearl Haya ni. Jadi aku pun nak buat ulasan sikit la.. Yer, ramai yang jatuh cinta lepas kali pertama beli dan pakai tudung Pearl Haya ni. Aku la salah seorang yang terjebak dalam ni. Dah la sekolah aku dekat dengan Butik Pearl Haya Senawang ni. Sejengkal je. Tak sampai 5 minit dah sampai..Satu lagi butik Pearl Haya di Shah Alam. Jauh la sikit nak pergi kan..So,kita pegi yang dekat je..:)

Koleksi Pearl Haya aku..Yang baru berjinak-jinak../blush

Sekali masuk Butik Pearl Haya, mesti amik lebih dari 3.Baru puas. Hehehe
Dah pakai, gantung dengan hanger yang beli dekat Butik Pearl Haya gak. Kalau masa beli tu, boleh request nak kotak atau tak nak. Kalau tak nak, kotak tu boleh tukar dengan hanger tudung. 3 Kotak, dapat 1 hanger.
Apa sebab wanita-wanita diluar sana minat beli dan pakai tudung Pearl Haya ni? Walaupun harganya, bagi aku mahal..tapi orang sanggup ketepikan duit atau pejam mata masa nak bayar tu atas alasan keselasaan semasa pakai tudung. Yer la...kita ni pakai tudung bukan kejap-kejap kan.. Berjam-jam lamanya. Jadi keselesaan adalah perkara utama masa kita nak membeli. Ni tak kira la nak beli apa perkara sekali pun.. 


Bagi aku yang cerewet dalam bab-bab nak beli ni..pun jadi pejam mata masa nak bayar. Tapi untuk tahun ni, Pearl Haya ada buat penurunan harga bagi tudung-tudung jenamanya. Dan untuk menampakkan keaslian tudung ini dan membezakan dengan tudung ciplak Pearl Haya diluar, butik ini ada buat perkhidmatan untuk menambah button jenama pada bahagian hadapan luar tudung. Untuk yang Chiffon Pearl Haya, button ni memang dah ada tersedia masa kita beli. 


Pada orang yang belum lagi mencuba,berjinak-jinak..saya nasihatkan jangan beli!!!! Kalau nak poket anda tidak nipis. Hehehehe..Kalau tak..tiap-tiap bulan kena ketepikan sikit budget gaji anda untuk menambah koleksi Pearl Haya anda..  /wahaha


Klik SINI untuk entri Tudung Ohh Tudung Pearl Haya.

11 idea dari anda:

Masrom said...

ramai yang minat crite pasal tudung ni.. pasni leh buat bisnes tudung sendiri plak...

beela said...

dah siap tutorial request =)

Nur Hanani said...

@beela

tq Beela..Tapi cikgu ubah dia punya link dah..install widget guna linkwithin.. :)

ida khairani said...

mahal sangat ka? berapa range harga? selesa mcm mana tu.. sungguh tidak up to date..

Nasuha Salleh said...

wahhh berminatnye!!
(sambil kira duit dalam poket)
ngehehe
My Recent Post: Makan Ayam Dengan Bahan Kimia

Nur Hanani said...

@ida khairani

Mahal gak la Ida..boleh tengok kat website PearlHaya..Yang paling mahal cecah RM200 gak la..yang paling standard harga RM89.90

Nur Hanani said...

@Nasuha Salleh

Rupa Cantik, Harga pun cantik la.. Tunggu masa sale.murah..tapi kaler yang kita nak ofcoz dah tak de n size tak kena..

tamanraudhah said...

Beri Laluan

Nilai 1g Morhabshi sama dengan 1g EMAS. Benarkah?

Zara Sofea said...

Dah jumpa tudung pearl haya murah. Cuba tgk facebook telekung travel sharzlin. Yg bratus2 jadi 50 hinggit jer. Tp design dh byk abis la. Apa lg, jom terjah!!!

suzana rahman said...

Hanani..saya baru je tergila gilakan PH..tiap bulan mesti beli satu..cuba melupakan tk dapat..akan tersentak bila ternampak org memakainya..oo tu PH..bye bye ariani..peminat tegar ariani suatu waktu dahulu....

suzana rahman said...

Hanani..saya baru je tergila gilakan PH..tiap bulan mesti beli satu..cuba melupakan tk dapat..akan tersentak bila ternampak org memakainya..oo tu PH..bye bye ariani..peminat tegar ariani suatu waktu dahulu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...