Nuffnang Ads

Saturday, February 12, 2011

Lebuhraya Utara Selatan sebelum exit Tampin,Alor Gajah..

Hi, /hihi.Semalam lepas waktu persekolahan.. aku bersiap-siap nak pergi ke Tampin. Dalam perjalanan tu, aku perasan ada 3 kenderaan yang berhenti di tepi jalan kecemasan lebuhraya. Uishhhh dalam hati aku berkata, mana taknya boleh kemalangan..Kadang-kadangkan tak perasan, kenderaan yang berhenti tepi jalan ni boleh membawa malapetaka.. So ada satu situasui tu aku sempat ambil gambar..


Haaaa..cuba tengok.Bas tu dah senget sebelah dah. Dalam bas tu ada penumpang pulak tu. Kalau la aku yang duduk dalam bas tu, dah seriau dah aku. Patut la, sebelum lalu kawasan ni, ada serpihan tayar di tengah-tengah highway ni. Dah la dekat dengan kawasan maut 1 Januari 2011 haritu. Gerun betul tau.. Aku rasa pemandu dia ni bawak tak laju sangat kot. Kalau tak.mau berpusing-pusing bila tayar dah meletup.. Siap parking cantik lagi tepi jalan kecemasan tu..


Lepas tu, malamnya pulak..aku perhati pemandu-pemandu kat Malaysia ni memang jaguh Formula F1 lah..Masing-masing memandu kereta macam nak kejarkan emas je yang ada dekat depan jalan tu.. Bukan main laju. Yang aku pelik tu, bukan setakat kereta yang berkuasa kuda yang besar je berdesup laju. Yang kecik-kecik pun bukan main handal lagi.. Pada hal aku tengok kat meter kereta aku dah 120KM/jam dah.. Itu pun terlebih 10km/jam laju.. Mana taknya berlaku kemalangan. Eiiiiiii takut ko... Buatnya malang tak berbau,nangis tak hingat nanti.


Sebab tu, bila aku pergi keje pagi-pagi yang gelap tu, aku tak suka guna highway PLUS ni. Aku rela kluar duit lebih sikit untuk bayar tol LEKAS. Walaupun ada less kalau kita lalu tol PLUS sebelum 7 pagi kan..Aku tak nak la..Takut..Kalau pagi-pagi lagi banyak lori yang berlumba-lumba. Tak tau aku diorang ni nak kejar apa. Dah la besar..Kita yang memandu  kereta kecik-kecik ni jadi takut dibuatnya. 


Ada dalam 3 kali kemalangan kereta berlaku depan mata aku. Kereta siap berpusing-pusing dan aku masa tu betul-betul belakang dia..Nasib aku baik sangat. Kereta tu pusing ke tepi jalan dan aku sempat brek..Nasib aku pun tak laju..Dan biasanya berlaku waktu hujan, jalan licin.. Start dari tu..aku memang lalu highway LEKAS je la.. Lekas sampai pun ye juga.Tak banyak kenderaan. Cuma bayar tol lebih sikit la.. /wahaha


4 idea dari anda:

Zyash said...

Area situ memang selalu kemalangan..ZYASH selalu terserempat, dah dua kali..bus pulak 2..yg dulu paling latest pun ZYASH ade kat sane..Pas 2 ZY kene semput teruk sebab asap2 dari kenderaan lain dan Asap rokok..Wall Sticker
Lagi RM6.31cen nak Cashout

Nur Hanani said...
This comment has been removed by the author.
Nur Hanani said...

yer,betul..Takut bila nampak kejadian kemalangan berlaku depan mata kita. So, hati-hati dijalanraya..Biar lambat,asalkan selamat.

hanani said...

@Nur Hanani

tersilap taip..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...