Nuffnang Ads

Monday, February 21, 2011

Macam robot..

PICS DARI EN GOOGLE
Hi,/hihi. Hari ni aku rasa macam robot..Gila penat.. Bermula dengan kelas yang bermula dari jam 9 Pagi sehinggalah 1.05 tengahari.. Kelas yang non-stop.. Rasa macam lenguh kaki..ini nasib tak pakai high heels.. Kelas bersambung dengan mengajar Grafik didalam makmal MPV. Nasib baik la,sejuk..dan yang penting tidak berkasut..Waaahh rasa selesa,aman je.. :) (Ini la kelebihan cikgu MPV Grafik). 


Dalam pada tu..ada plak dapat sms dari seorang pembekal barang,kata nak hantar PC yang diservis..Lagiii rasa lega. Bukan apa, kesian kat budak-budak yang nak belajar terpaksa kena share dengan kawannya.. Kat sini guna PC DELL dan segala servisnya dihantar terus ke DELL..Jimat duit.:) Bukan murah yer nak ganti alatan yang rosak tu. Sekurang-kurangnya duit yang ada boleh buat benda lain untuk kegunaan pembelajaran dalam kelas. Dah siap je pasang 3 PC, time nak install software Adobe Photoshop tak dapat plak.. Esok kang nak ajar cara nak buat poster kat bebudak ni..Tapi....PC DELL ni hanya boleh terima software original je..hangin betul la aku..Nasib la ada 3D Studio Max yang boleh install..so,tak de la hangin sangat..


Penat betul hari ni..Ni pun pada waktu ni masih lagi kat sekolah. Orang lain smua dah balik..Cuma tinggal yang sessi petang je.Aku masih lagi disini, mengharapkan ketenangan sebelum nak drive dalam keadaan yang panas lagi lenguh kaki ni..Nasib la ada dapat bubur lambuk.Boleh la makan time lapar nanti. Tak yah masak dah balik rumah nanti. Hari ni makan bubur je sampai malam..


Esok ada lagi tugas yang menanti..Nak siapkan stok inventori, nak buat brochure untuk lawatan sambil belajar dari Paya Kumboh, Bukit Tinggi Indonesia (betul ke nama tempat ni??), nak kemaskan makmal..nak ada mesyuarat lagi...Nanti kang diorang datang lawat tengok sempoi je la plak kan...WaaaaaaWaaaa..nak nangis rasanya..Dulu ada Kak Zuri yang tolong buatkan kejer ni smua..Kak Zuri..Tolong...Penat nak buat smua sorang-sorang...Macam robot dah ni haa....


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...