Nuffnang Ads

Sunday, February 20, 2011

Mampukah MRT atasi kesesakan?

Hi, /hihi. Apa topik kali ni??/hmm Citer pasal MRT laaa...Apa tu MRT?Ianya adalah singkatan untuk Mass Rapid Transit.. Jadi, mampu ke MRT ni atasi kesesakan dibandaraya Kuala Lumpur tu??




Projek Sistem Pengangkutan Pantas (MRT) yang dijadual bermula pada Julai tahun ni, panjangnya ialah 150 kilometer sementara kos pembinaan dianggarkan RM36.6 bilion. Rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.Projek ni dijangka siap tahun 2020..Huhu lama tuuuu..Masa tu umur aku pun dan banyak..Harap-harap panjang la umur..

Projek ni bertujuan menangani kemelut pengangkutan awam yang membebankan kehidupan pengguna yang mendiami kawasan Greater Kuala Lumpur (Greater KL).  Kawasannya meliputi Kuala Lumpur, Putrajaya, Ampang Jaya, Petaling Jaya, Subang Jaya, Shah Alam, Kajang, Klang, Sepang dan Selayang.

Apa istimewanya bina MRT?
MRT dijangka menawarkan  khidmat sehingga dua juta perjalanan penumpang sehari berbanding 480,000 oleh sistem rel bandar buat masa ini.

Pembinaan projek MRT ni juga untuk membantu mengelakkan kesesakan jalan raya dan menggalakkan rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan awam.

Jalan sesak..
Keadaan sesak dalam LRT/ Komuter..
Banyak negara-negara maju yang dah guna MRT ni..Contohnya Hong kong, Singapore, Taipei dan banyak lagi..Lihat contoh ni:

MRT Hong Kong
MRT Singapore
MRT Taipei

Tapi persoalannya.. 
Adakah rakyat Malaysia akan mahu menggunakan MRT sedangkan mereka tahu tempoh masa perjalanan dari pintu ke pintu akan akan mengambil masa yang lama berbanding jika mereka menggunakan kenderaan sendiri?????(Suruh kongsi kereta pun susah nak buat..Inikan pula nak suruh jalan kaki pergi stesyen MRT).
Jadi kita tunggu je la tahun 2020 untuk melihat keberkesanan Projek MRT ni..Yer la..tahun 2020 kan tahun Malaysia Maju..

Jika berminat nak dapatkan maklumat mengenai Projek MRT ni, boleh la klik SINI.

PICS DARI EN. GOOGLE..

2 idea dari anda:

oshin said...

perghh terbaek ah . insyallah mampu kot MRT ney menyelesaikan masalah kesesakan ;)

Nur Hanani said...

@oshin

Yer,harapnya jadilah.. Bila lagi nak dapat status negara maju..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...