Nuffnang Ads

Tuesday, February 22, 2011

Mana kunci aku??

PIC DARI EN GOOGLE
Hi,/hihi. Hari ni merupakan hari yang gelabah, cuak buat aku. Biasanya lepas je aku masuk makmal, kunci bilik aku akan terus je dalam beg merah aku..Tapi disebabkan kecuaian dan rasa macam banyak sangat kejer nak buat..aku terlupa nak simpan kunci.. Tak pernah lagi aku main letak je kunci atas meja bilik aku. Dah la hari ni ramai yang kluar masuk bilik aku..Cuai betul aku...


Pada mulanya memang tak perasan..Hari ni aku minta tolong anak-anak murid aku untuk mengemaskan makmal bagi nampak bersih dan tersusun..budak-budak ni nak kena bersuruh..Kalau tak,memang haram la nak ringan tulang. Selalunya aku ada pembantu makmal yang 24/7 duduk dalam makmal..Tapi kali ni tak de. Jadi apa-apa kerja pengkeranian dan penyelarasan makmal aku la yang kena buat dan kena minta tolong anak-anak murid aku yang bebaik ni.Kalau tak..parah la aku..Untuk 2 minggu ni tetiap hari balik lewat../floor


Jadinya, dalam kesibukan aku tadi...kunci aku telah hilang..Cuak betul..Yer la, macamana aku nak kunci bilik ni.Nak pergi pejabat minta duplicate key boleh..tapi leceh la..Puas satu-satu bilik dalam makmal ni aku cari..Tapi tak jumpa..So, aku duduk kejap untuk tenangkan diri..Pas tu aku sms cikgu yang lagi satu, samada perasan tak kunci aku.Dia kata tak de..Pas tu aku rasa,ni mesti sorang lagi cikgu yang terambil ni..Aku sms dia..Tak lama pas tu, dia kol...Haaaa sah la kunci aku ada dalam poket sluar dia.. Lega sangat.. Dia pun pelik, kunci sape yang dia amik..Suka hati je,amik barang orang atas meja yer... :) 


So,Pengajarannya disini..segala barang-barang penting..haruslah disimpan dalam beg. Jangan bertangguh-tangguh kerana kita ni kan mudah lupa..Umur pun semakin meningkat.Bukannya semakin berkurangan umur kita ni..Ingat-ingat la sikit..../bye


2 idea dari anda:

Teratai Ibunda Catering said...

bnd nh blaku kt sy selalu.hehe

Nur Hanani said...

@Teratai Ibunda Catering

Itu la..makin bertambah umur..makin cepat lupa..takut bila cari-cari tak jumpa..TQ sudi baca dan komen..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...