Nuffnang Ads

Tuesday, February 8, 2011

MPV Grafik Berkomputer di sekolah harian biasa..

Keratan dari SINI
Ok, hari ni aku nak cerita pasal subjek MPV (matapelajaran Vokasional). Subjek MPV ni bukan semua sekolah ada. Macam aku ni mengajar MPV Grafik Berkomputer. So sekolah yang ada di negeri aku ni hanya ada 3 sahaja. Ada juga Produksi Multimedia, itupun hanya ada 3 sekolah juga. Kalau sekolah Vokasional tu banyak la kan. Ni bukan yer,ni adalah sekolah harian biasa je.

Subjek MPV ni membantu pelajar mendapatkan ilmu kemahiran yang boleh membantu mereka selepas persekolahan. Samada mereka ni nak bekerja ataupun melanjutkan pengajian mereka.
Pelajar-pelajar MPV kena siapkan 8 Modul Pentaksiran. Kiranya Pentaksiran Berasaskan Sekolah la.. 

Kesemua 8 Modul tu kena lengkap dan ianya bermula dari Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 5.Pelajar akan dapat sijil dari Lembaga Peperiksaan Malaysia ye. Memang sijil ni bernilai sangat. Maknanya, diorang akan dapat dua sijil, iaitu sijil SPM dan sijil MPV. Modul-modulnya pula menggunakan perisian :
  • 1.       Adobe Photoshop
  • 2.       Macromedia Freehand
  • 3.       Macromedia Flash
  • 4.       3D Studio Max
Bestkan. Dah la banyak masa dalam bilik MPV yang berhawa dingin. Masa banyak k. Sekali belaja dalam 3 jam atau 2 jam..Pelajar sekarang memang beruntung. Mereka je yang tak nak amik peluang yang ada untuk tambah ilmu.

Modul-modul yang diajar pula merangkumi  :
1.Asas dan teori grafik
2.Pemerolehan grafik.
3.Animasi 2D
4.Penghasilan poster
5.Penghasilan montaj
6.Aplikasi persembahan(pameran)

Memang best masuk kelas ni. Sangat santai. Cikgu nya pun tak lah marah tak tentu pasal..Ok ok aje..
Lepas ni akan update lagi pasal kelas MPV ni ye.. Banyak yang nak dikongsi../bye

5 idea dari anda:

BANIE said...

mmg best pun... :D

Noor Azeerah said...

mmg best pun..
sy ex student mpv produksi multimedia..
smk tun mamat tangkak johor

Anonymous said...

btl3.. mmg best..
sya plak kenal dgn cgu yg ngajar sabjek ni..

Wayne

Asri Ayie said...

kelas yg terbaik.... kelas MPV Grafik Berkomputer 2006-2007, Smk Tun Abdul Razak Selekoh (STARS) Perak....Rase nak balik je zaman tu.....

yesterdayrising said...

hai, nk tnya ada tak modul grafik berkomputer soft copy?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...