Nuffnang Ads

Wednesday, February 9, 2011

Nak Tak Tips Cantik??? Jom la baca...

Ok, hari ni nak cerita pasal tips kecantikan plak. Sambil-sambil buat entri ni,aku pun belajar sekali. Ni gara-gara kulit muka aku terbakar dek kerana jemur di tengah padang semalam. Sunburn yer kulit muka aku.. Sedih..
Bahan-bahan masakan seperti sayur-sayuran , buah-buahan bukan saje untuk dimakan tetapi boleh juga digunakan dalam mencipta ramuan kecantikan. Jom, baca tips-tips ni. 



Yang pertama,
Hilangkan Kemerahan dengan Masker Timun.
  • Sagat sebiji timun dan campurkan dengan satu sudu besar yogurt serta satu sudu besar buah kranberi yang siap dilecek.
  • Campurkan semua bahan-bahan tadi agar menjadi satu adunan.
  • Sapukan bahan-bahan tadi menjadi masker pada wajah, leher dan dada yang kemerahan.
  • Biarkan 5 hingga 10 minit dan bilas hingga bersih. 

Yang kedua,
Kulit Wajah Tegang dengan Timun
  • Sagat timun, pastikan hancur.
  • Ambil tepung ubi kayu dan campur sedikit air,kemudian masukkan timun. Kacau hingga rata dan pastikan bancuhan tidak terlalu cair.
  • Sapu pada wajah, dan biarkan kering. Bilas dengan air sejuk. Hasilnya mesti menakjubkan.


Yang ketiga,
Wajah Cerah Semulajadi dengan Lobak Merah.
  • Parut sebatang lobak merah hingga halus. Ambil sebiji telur dan asingkan bahagian kuning sahaja. Kemudian, perahkan limau nipis dalam satu sudu kecil.
  • Campurkan kesemua bahan tadi hingga sebati.
  • Sapukan pada wajah dan biarkan hingga kering.
  • Akhir sekali bilas wajah dengan air sejuk dan jangan cuci muka dengan sabun pencuci muka.
Lobak merah menjadikan kulit berseri dan mulus, manakala kuning telur serta limau nipis untuk menegangkan kulit muka.

Aku nak try hari minggu ni la tips-tips kecantikan ni..waktu bekerja ni tak sempat nak belek-belek kulit muka..Jom la cuba.. :)


2 idea dari anda:

fayadrahim said...

cm best je tips2 ni...
bleh cbe nih..
tq

Nur Hanani said...

Memang best fayadrahim. Kalau buat tiap-tiap minggu mesti ada kesan yang baik..Jom la sama-sama cuba. TQ sudi jengah blog saya ni. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...