Nuffnang Ads

Wednesday, February 2, 2011

Panduan membeli secara ONLINE..

pics from en google

Hi, /hihi. 
Hari ini, aku ada satu info yang menarik juga untuk dikongsi dan panduan untuk aku yang suka membeli barang secara online. Banyak tau aku beli barang guna online. Agaknya, posmen pun dah tau nama aku yang selalu membeli ni. Tapi bila posmen ni nak hantar barang je..semedang aku atau tak de sape-sape kat rumah. Alamatnya, esoknya la aku kena pergi ambil sendiri dekat pejabat pos.

Ok, kembali ke tajuk asalnya..Kadang-kadang kita nak beli barang pun, kita nak kena tahu juga siapa yang menjual..Ada ke feedback yang tak baik dari pembeli yang lain. So far ni, alhamdulillah..apa yang aku beli selalunya akan sampai pada aku. Cuma lambat dengan cepat je la..

Antara barang yang selalu aku beli ialah :
  • Tudung..(Paling banyak dalam senarai aku)
  • Pinggan mangkuk (Corelle)
  • Tupperware
  • Perfume
  • Cloth Pad (haa...ni nanti aku nak cerita lagi detail)
So, kadang-kadang takut gak kan kena tipu.. Jadi hari ni nak cerita pasal panduan masa nak membeli online. 
Panduannya : 

1.Bandingkan harga .
(Banyak kedai online yang jual barang yang sama. Cuma harga yang berbeza. So, kena rajin la sikit. Sama cara macam kita shopping dekat mall. Ada yang kalau kita beli banyak, tuan kedaii online akan bagi harga murah lagi pada kita. Rajin-rajin la tanya..) 

2.Reputasi peniaga. 
(Pilih la kedai yang banyak menerima komen yang baik-baik je dari pembeli. Maklumbalas dari pembeli kepada perkhidmatan yang diberikan akan memberi jaminan wang yang kita dah laburkan tu.)


3.Berhubung dari semasa ke semasa.
(Lepas kita dah beli barang, sentiasa la selalu berhubung dengan tokei kedai. Ini sebab, beli secara online memerlukan kita membayar dahulu, baru lah barang akan diposkan. Banyak juga kejadian yang pembeli ditipu..Sentiasa berhubung, sehingga lah barang kita sampai di tangan kita.)


4.Duit bank yang cukup.
(Haaa..ni penting la kepada kita yang nak membeli. Cara paling pantas, guna la CIMB Clicks atau Maybank2U..Jadinya,kena la check duit ada dalam bank.Kalu tak,lupakan la niat untuk membeli..)


Sekian sahaja yang dapat saya kongsikan. Biasanya kalau kita berniat baik..orang lain pun akan macam tu juga..  /bye

0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...