Nuffnang Ads

Tuesday, February 1, 2011

Penjagaan Tudung

pics dari SINI
Hi, /hihi Sekarang ni pelbagai fesyen tudung sedang hangat di pasaran. Ada yang dekat tudung tu ada aksesori batu-batu yang lip lap gemerlapan. Pendek kata, Tudung Beraksesori la.. Masa beli tu, cantik je kan aksesori nya. Ada yang fikir banyak kali masa nak membeli. Sebab nak menjaga aksesori masa membasuh atau menyimpan. 

So, jom kita kongsi tip membeli tudung jenis ni :
1.Masa nak beli tu, jangan la pilih aksesori yang berat-berat. (nanti tak seimbang dengan wajah plak)
2.Yang paling elok, pilih la yang ringkas tetapi elegen dan sesuai dengan bentuk wajah dan tubuh badan.
3.Pilih la material kain yang tidak terlampau ringan atau jarang. (kan kita bertudung untuk menutup aurat)


Contoh tudung aksesori yang tengah hot di pasaran :

pics dari SINI
pics dari SINI
pics dari SINI
Cara macamana nak jaga tudung :
  • MEMBASUH :
    • Janganlah basuh dengan mesin basuh kalau nak hayat tudung tu tahan lama. Kalau nak juga guna mesin basuh, basuh je la tudung dengan gunakan karung basuhan (ada banyak jual.Paling senang nak jumpa dekat Cosway). Jangan dicampur dengan pakaian lain. Yang paling selamat, basuh dengan tangan. Tudung tu kan kainnya lembut. Tak lah kotor sangat pun.. 
    • Bagi tudung yang beraksesori, janganlah direndam untuk mengelakkan ianya rosak atau berkarat.
    • Bagi tudung yang ada blink-blink dekat awning, jangan digosok padanya kerana ianya mudah tertanggal. Jadi, masa nak basuh tu terbalikkan tudung dan bersih dengan perlahan-lahan. Masa nak mandi tu,basuh la skit-skit. Janganlah disimpan banyak-banyak baru nak basuhkan.. Kang lama la plak dalam bilik air semata-mata nak basuh tudung.
  • MENJEMUR
    •  Masa nak jemur, eloklah jangan diperah sangat sampai tak ada air menitis pun. Jemur dalam keadaan basah,dan sepit. Kalau tudung berawning, gunakan hanger dan sepit pada hanger.
    • Janganlah jemur kat tengah-tengah panas. Biarlah kat tempat berangin pun dah cukup. Ye tak?
  • MENGGOSOK
    • Bukan semua tudung kena gosok. Kalau jenis selendang atau lycra berawning tak yah gosok pun.
    • Tudung bawal yang bersulam tu kena la gosok. Tapi terbalikkan la tudung tu dulu yer.
  • MENYIMPAN
    • Bila nak simpan, letakkan la tudung pada tempat yang betul. Boleh menggunakan penyangkut khas, atau simpan dalam kotak yang ada pembahagi agar tudung boleh disimpan mengikut warna dan jenis fabriknya.



pics dari SINI

pics dari SINI

Ok,boleh la ikut cara nak jaga tudung macam kat atas ni.. Anda plak jaga tudung macamana??Jom la kongsi-kongsi ilmu../bye




3 idea dari anda:

leyzajamil said...

gud tips..
kemas tak menyemak.

Nur Hanani said...

@leyzajamil
kalau semak..nak pandang pun tak suka. Lagi satu, nanti nak cari warna tudung yang nak pakai pun payah kan.. :)

Surianti Ishak @ Yan @Sue said...

saya share yer tip ni.. tqvm yer..http://doterishak.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...