Nuffnang Ads

Thursday, February 3, 2011

Rambut Gugur.. Oh My Gucci !! /omg

pics dari en Google
Perkara rambut gugur ni memang menjadi masalah buat diriku. Hari-hari nak kena sapu lantai rumah. Kadang-kadang bila tengok rambut yang dikumpulkan tu rasa nak nangis je..Mana taknya, hari-hari ada je gugur. Tak tahu la apa masalahnya. Kenapa ye /hmm

Kalau ikutkan fakta, memang setiap manusia akan ada rambut yang gugur. Cuma bezanya antara banyak atau sedikit. Kebiasaannya rambut gugur antara 50 hingga 100 helai dalam sehari. Wahhh baca pun dah takut kan. Ini kan pula orang yang mengalaminya. (aku la tu) Kalau dah gugur, mestilah tumbuh balik. Rambut yang baru akan mengambil masa 10 hingga 14 hari untuk tumbuh. Rambut gugur banyak.Yang tumbuh alahaiii sedikit.. Macamana ni?? /hmm


Faktor yang menyumbangkan rambut gugur:
  • Mula-mula fikir mungkin sebab aku ni pakai tudung. Tapi itu bukan penyumbang paling besar.
  • Tekanan / stress (haa,ni mungkin bagi aku. Keje mengajar budak-budak ni nak kena sabar banyak.Kadang-kadang tertekan..)
  • Cara hidup
  • Orang yang ada penyakit kronik.(aku tak la kronik)
  • Wanita yang selepas bersalin.(betul ke ni yer?)
  • Pemakanan yang tidak seimbang. (aku rasa yang ni betul la)
Jadi untuk kurangkan rambut gugur, aku cuba tip-tip mudah seperti :
  • Pilih syampu yang sesuai. Sekarang aku guna syampu DOVE.
  • Masa nak bilas rambut tu, aku guna air sejuk la.Tak de alat pemanas air. Gunakan air sejuk,barulah kulit kepala rasa segar.
  • Sebelum aku nak pakai tudung, aku akan pastikan rambut aku kering dulu.
  • Masa nak kering tu, aku guna tuala dan gonyoh-gonyoh secara perlahan. Kemudian biarkan kering sendiri.
  • Aku jarang gunakan pengering rambut. Panas sangat la. Terasa sampai ke kulit kepala.
  • Pilih sikit yang bergigi penuh dan rapat-rapat.Bukan jarang-jarang tu.
Untuk yang aku dah buat selama sebulan ni, so far kurang dah rambut gugur. Tapi masih ada.Cuma tak banyak je. Untuk yang dah kronik sangat tu, kenalah jumpa Dr. Pakar yer. Jangan dibiarkan.Nanti botak, tak cantik la..Betul tak?? Aku kalau banyak rambut dah gugur,memang risau sangat. Walaupun aku bertudung. Anda macamana?


1 idea dari anda:

Sekamar Rindu said...

salam....

singgah sini folo balik blog awak..

:)))**27

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...