Nuffnang Ads

Thursday, February 24, 2011

Rombongan dari Sumatera Barat,Indonesia..


Hi, /hihi. 
Hari ni rombongan lawatan sambil belajar dari Sekolah Menengah Pertama (SMP) Negeri 1 Kota Payakumbuh, Sumatera Barat, Indonesia datang ke sekolah aku. Jumlah yang datang, 37 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring.. Tepat jam 9 pagi, satu bas pesiaran tiba di perkarangan sekolah aku. Acara sambutan dimulakan dengan paluan kompang dan pencak silat. Rombongan diarak masuk kedalam dewan sekolah dan penayangan Montaj sekolah pun ditayangkan..
 
Dah la tugas aku kali ni untuk buat buku program..So,lepas tetamu duduk..aku dengan sopannya..bagi la kat 3 orang tetamu yang duduk dikerusi empuk itu..Diikuti dengan pemberian goodies bag kepada tetamu.
Setelah ucapan dah selesai..acara penutupnya adalah persembahan tarian dan nyanyian oleh pelajar.. Jadinya..pas tu diorang dibawa melihat demonstrasi memanah oleh pelajar elit sekolah aku.. Dan kemudian, mereka dibawa masuk ke dalam makmal MPV aku…

Dalam makmal,aku dah bagitau dengan anak-anak murid aku untuk demonstasi kepada rombongan pelajar yang datang.. Terer gak diorang ni..Kalau dalam kelas..mulut tak leh diam..Sampaikan aku saletip kan mulut diorang lah…

Jom layan gambar yang aku amik ni..

Goodies bag..Yang kertas kaler pink tu yang aku buat..

Isi dalam goodies bag..

Rombongan lawatan masuk ke dalam Makmal MPV..Buka kasut yer..

Studen Grafik tengah buat demonstrasi..Berminat budak-budak ni..sampai kena kata times up..Kalau tak,leka tengok budak-budak aku buat demo..

Dah lepas tengok demo, diorang diberi peluang untuk try plak..

Inilah antara yang ditunjukkan oleh anak murid aku..Kepala berapi..

Ni pun...
Jadinya..sekian dulu laporan aku untuk rombongan lawatan kali ini..Apa pandangan korang pasal hasil anak murid grafik aku??Ok ke tidak??/bye 

4 idea dari anda:

leyzajamil said...

wow! saya pun tak pandai buat grafik mcm anak murid nani buat tu..student zaman skrg bijak cerdik belaka ;D

Nur Hanani said...

@leyzajamil
Tu lah..dapat yang minat dengan grafik..diorang akan buat sungguh-sungguh..Kadang-kadang cikgu pun terkagum.:)

Hafiz said...

Salam ziarah... terima kasih sebab comment kat blog saya... any way... good n3 nie... by the sharing is caring... :)

Nur Hanani said...

@Hafiz

Ok, thanx sudi baca..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...