Nuffnang Ads

Friday, February 18, 2011

TIPS BUAT DUIT..6 Petunjuk SUKSES Mengelola Kewangan..

Hi, /hihi. Hari ni kita story pasal kewangan plak yer.. Ni topik penting ni.. Semua orang inginkan tahap kewangan yang stabil, mantap kan?? Tapi ramai juga yang gagal nak handle situasi ini. (macam aku la dulu). Mula-mula kerja, dapat pegang duit sendiri..macam-macam list dalam kepala otak. Itu nak beli,ini nak beli..Walaupun perangai tu masih lagi ada sampai sekarang,tapi ditahap yang terkawal oleh minda laa..


Kebijaksanaan kita mengatur perbelanjaan dan tabungan akan meletakkan kita dalam paras yang selamat. Terutamanya dalam waktu kecemasan yang memerlukan wang yang pantas.. Namun, sejauh mana kita boleh jadi pengelola kewangan yang bijak????


Jom baca ni..6 Petunjuk yang menunjukkan kita Sukses dalam mengelola kewangan kita...

  • LEBIH BANYAK MENABUNG DARI BERBELANJA
    • Tiap-tiap bulan, jumlah tabungan tidak pernah susut. Malah ianya dapat bantu kita meneruskan kehidupan tanpa harapkan bantuan orang lain.

  • TIDAK MEMILIKI HUTANG.
    • Dalam kes ni, kena bijak la  kan. Memang la akan ada hutang kereta dengan rumah di bank. Tapi kalau bab-bab yang lain kalau shopping ke..lebih baik guna tunai ye.Kalau ada hutang ni..buat pening kepala je..

  • MAMPU BERSARA AWAL.
    • Kalau orang dah berjaya..tiap-tiap bulan ada income lain yang masuk,boleh la bersara awal. Tapi kalau macam aku ni keje gomen..kena la tunggu tempoh bersara wajib tu..

  • HARGAI KOMITMEN TERHADAP WANG.
    • Kalau kita nakkan sesuatu barangan tu..kita mesti nak beli kan..Jadi kena la hargai wang dan barang yang kita dah laburkan tu..

  • SELALU BERSIKAP SKEPTIS(Ragu-ragu).
    •  Sikap ragu-ragu ni kena ada. Macam jualan murah tuu...Kadang-kadang ada yang sampai tertipu. Padahal tak la sales gila-gila pun kan..Jadi, FIKIRKAN SEDALAMNYA SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN..

  • MEMILIKI ASET SENDIRI.
    • Aset yang biasanya semua orang ada seperti rumah, kenderaan, hartanah dapat menentukan kejayaan jugak..Jadi bila dah tua,bersara..kita ada tempat untuk berteduh..

Jadi, secara keseluruhannya...KITA,kena la jadi seorang pengelola kewangan yang baik untuk diri kita sendiri. Kawal minda kita dan bukan Minda mengawal kita.. (yer ke ni?kalau salah, minta dimaafkan yer).
Pic dari En. Google..

5 idea dari anda:

Miaainis said...

gud info....sambil tu kita buat jugak side income ea,for info follow me

TanyaLelaki said...

Salam webmast.. maleh eden nak menyimpan, kalau takdo duit camno nak simpan? kalau ado pun tak simpan eaahh.. guno jo la..
jangan marah eaa.. eden gurau jo.

Tips ni mmg baguih la untuk orang nak simpan duit.. eden sokong la 100%.. ha-na-ni apo maksud eaa?

ohh!! Sakitnya Pertama Kali ku

hanani said...

@TanyaLelaki

ikut mana yang mampu je la simpan. Sikit pun tak pe. Ha-na-ni tu nama saya..tak de makna lain..

nohskywalker said...

salam singgah dari blogger baru..simple ways untuk diikuti dan tidak memeningkan kepala..nice entry :D

hanani said...

@nohskywalker

TQ nohskywalker..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...