Nuffnang Ads

Monday, February 28, 2011

Tudung D'Haja..

Hi,/hihi. 
Kali ni aku ke Butik D'Haja di Seremban untuk temankan akak aku. Dia dari dulu nak ke sini untuk memborong tudung D'Haja dengan harga yang murah dan dipilih sendiri oleh dia..Lebih puas hati  katanya. Biasanya apa yang aku beli tu la yang dia ambil tanpa banyak soal..So, kali ni katanya nak pilih sendiri..Layan kan je la..Akak aku pun bukannya ramai sangat pun.2 orang je..Ramai yang datang beli di butik ni bukan setakat kawasan daerah Seremban sahaja..Ada juga yang datang jauh dari KL, Ipoh dan juga Utara..Semua ni beli borong la kot..Nak buat berniaga..:)


Alamat Butik D'Haja :
LOT G13,14
Bangunan Seremban Plaza (MARA),
Negeri Sembilan.


Shop lot untuk harga tudung D'Haja ekonomi

Shop lot untuk tudung D'Haja Eksklusif 

Masa ni ada buat jualan promosi minggu RM5.90. Murah gila kan..Ada juga yang beli tudung D'Haja dengan harga kodi, tapi menjualnya dengan harga yang 3 kali ganda..Sangat mahal. Tapi kalau pergi sendiri kesini, memang puas hati dan berbaloi-baloi. Boleh try sendiri kat muka anda..Ok ke ataupun tidak..

Akak aku pergi sini, terus diambilnya banyak-banyak.Sarung kat muka dia satu persatu. Dia kata murah ler..Naper la kat Ariani jual sampai mahal sangat. Padahal sama je..:) Aku masa ni memang tak de mood nak menambah tudung..So, jadi tukang komen dan pilihkan untuk akak aku je la..Aku cuma ambil satu helai warna pink yang sangat cantik dan 2 helai lagi nak bagi kat mak aku dengan mak cik aku kat kampung tu je..

Harganya sekitar dari RM13.50 sehingga yang paling mahal pun RM22.00 sahaja.. Memang puas hati la..


Tudung untuk mak dengan mak cik yang warna hijau tu..Yang hijau ni ada cetakan bunga Rose. Ada blink-blink lagi gitu..Tapi tak nampak plak kat sini.

Pink ni aku punya la..Suka dia punya visor.Sebab tu ambil juga walaupun satu. Tudung yang macam ni akak aku borong semua warna. Hitam grey, biru , pink, brown dan hijau lumut. Memang cantik la bila dia pakai. Tak sempat nak ambil gambar..:)
 
 
Tudung ni dilonggokkan aje..Harga borong RM9.00 sahaja dan yang paling murah adalah RM4.90. Ni semua nak habiskan stok sedia ada yang tinggal tak banyak. Nak buka stok baru yang banyak tu..

Suasana dalam butik yang ramai orang. Semua tekun memilih..Masa kitorang sampai..nak masuk sini pun payah. Berlanggar-langgar. Sampai dalam pukul 4.15 petang..Jam 4.45 petang baru beransur-ansur kurang.. Yer la,promosi ni pun dah seminggu berjalan dan last day adalah hari Ahad.. Lepas ni harga seperti biasa la. Tetapi masih lagi dalam harga yang ekonomi. Semua orang boleh beli dan melawa..

Buatlah pilihan sendiri. harga murah je.Boleh nampak tak?

Yang ni pula satu kodi ada 20 helai tudung. Harganya aku tanya hanyalah RM300 sahaja. Sangat murah. Ni kalau jual kat luar ada yang sampai RM45. Mahal...Kalau beli kat sini, RM19 sahaja..Tengok berapa bezanya???Melambak-lambak stok dia. Penuh..bertingkat-tingkat..Sekejapan je habis..


Memang murah sangat la dekat Butik D'Haja ni. Seperti slogan nya TERKINI, EKSKLUSIF, EKONOMI.. Tudung pun selesa pakai..Sesiapa yang berminat, boleh la berkunjung ke Butik D'Haja ni. Alamatnya seperti tertera diatas..Anda berminat???
/bye


10 idea dari anda:

Sekamar Rindu said...

salam....

Butik D'Haja di Seremban, boleh pergi ni....

banyak barang2 yg ada kat situ tu..

Nasuha Salleh said...

minatttt! =D
nampak menarik..
kalau ade rezeki nk serbu =p
thanks info..

Nur Hanani said...

@Sekamar Rindu

pergi la..walaupun jualan mingguan murah dia dah habis..tapi harga tetap ekonomi. u duduk kat area seremban eh??

Nur Hanani said...

@Nasuha Salleh

minat ke nasuha..pergi la..ada banyak jenis tudung. Macam yang dalam Majalah Nona tu pun banyak..Memang harga sangat ekonomi..

KatekateKite said...

dah penah pegiiiii!!!!
dah lame dah, tahun lepas....
memang best! murah2 lak tu!
beli tudung syiria sangat selese!
lagi satu tudung awning bling2 untuk mak, mak pon suke pakai tudung tu!
tatau bile nak pi lagi!
-----------------------------------

Cer tengok, cer tengok! | JOM tengok VIDEO singe gatal + miang! =D
Janganlaaa rendahkan orang lain ;( Jom sama sama tingggi! =D

~~Ticer Wann~~ said...

wahh cm best jak tgk tudung2 nih..tp jaoh aa nk g.. sis..sy follow sis ni... xtau nk tgl jejak kt ner... i'm ur 57th follower.. do follow me back ya..:)

Shahiran said...

Biar betul. murah sangat nih. Tudung bawal kelantan pun hanya dari RM20 - RM60.

Nur Hanani said...

@Shahiran
Memang murah. Beza banyak dengan kat luar. Diorang buat semuanya sendiri. Dari beli kain sampai menjahit. Sebab tu kos dia murah..Ramai yang datang sini beli banyak-banyak untuk dijual..

Anonymous said...

Assalamualaikim, klu dari LCCT terminal ke Seremban jauh tak? Kira2 nye tmbang teksi brp yer? O any alternative transport yg murah? Tq in advance.

Nur Hanani said...

@Anonymous
Kalau dari LCCT ke Seremban by car dalam 50 minit. Tambang teksi mahal juga. Tak pernah tanya. Cara yang elok, teksi lah rasanya. Kalau ada kereta lagi bagus. Sebab dari Seremban nak ke D'Haja..jaraknya dalam 5 minit. Sorry, tak dapat nak bantu.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...