Nuffnang Ads

Thursday, March 31, 2011

contest kM: Header Simple Tp Menarik!

Hi,/hihi
Dah lama tak join apa-apa contest blogger. So kali ni nak join contest KM : Header Simple Tp Menarik !..

Yang ini banner contest..
contest kM: Header Simple Tp Menarik!

Ok, yang ni pula header blog aku  :

Nak join, mesti ada syarat-syarat. Apa dia?Ok, ni syaratnya :

1. Jadi follower kM. <done>

2. Buat satu entry contest ni. Letakkan banner kM dan link kan terus pada blog kM. <done>

3. Letakkan header blog korang. Tak kisah, tema apa-apa pun boleh. Asalkan SIMPLE TAPI MENARIK. <done>

4. Tag pada 5 orang blogger dan pastikan yang mereka tahu mereka telah ditag. 
    Ok, aku nak tag :
    1. pqa-amad
    2. athirah
    3. Cik ika
    4. HAJAR hassan
    5. Fizalinolie
Siap. <done>

5. Tarikh tutup : 4 April 2011.

6. Letakkan URL entri ini pada comment box. Jangan letak pada shoutbox.

Sekian..jom kita join contest ni..

/bye





Pemandu wanita membahayakan?

Hi,/hihi
Betul ke pemandu wanita ni kalau drive kereta membahayakan orang lain?? Kalau aku yang jawab, semestinya lah tak.. Kekadang orang laki ni, memandu pun ikut sedap rasa hati je..Tak leh lah nak kata orang pompuan drive macam F1 atau laki drive macam tengah berlumba F1.. Itu semua kena tepuk dada, tanya selera..


Bagi aku laa..bila nak berlaku sesuatu kejadian kemalangan tu, kita tak boleh nak agak..Jadinya, lebih baiklah berhemah ketika memandu..Jangan la pula terlampau slow sangat. Ingatlah, lebuhraya atau jalanraya kat Malaysia ni ada 3 lorong..Kalau nak bawak slow, eloklah duduk kat lorong yang kiri sekali..tak de la driver lain bengang semacam je..Tu memang kerap berlaku. Memang bengang tahap tak ingat ye..Sesedar diri sikit.

Gambar dari En. Google
Malang sentiasa tak berbau.. Kalau ada bau, dah lama negara kita ni kurang berlaku kemalangan..Jadinya, memandulah dengan berhemah..
Korang sokong ke pemandu wanita ni penyebab kemalangan? Cuba citer sikit..
/bye





Dah kena cop mohor, nak buek cam no..

Hi,/hihi
Asal ada majlis kat sekolah je, muka aku dengan sorang lagi cikgu akan dapat cop mohor jawatan tetap dan berpencen kot...Apa keje nya? Huhu buat buku program laaa.. /floor

Sebenarnya keje cikgu ni universal..semuanya boleh dibuat..Tak leh kata tak tahu.. Daripada tak tahu, kena ambil tahu...(Ni alamatnya, makan tauhu la banyak-banyak). Bukan setakat mengajar dalam kelas je..Segala mak nenek perihal sekolah..kena tahu..

Buat buku program ni, orang tengok senang je..Tapi dibelakang tabir..banyak kerenahnya..Untuk program Pidato 1 Malaysia ni, ada gak la aku buat balik sebanyak 8 kali..Ada je penambahan,.Padahal memula kata dah ok. Bila dah cetak..baca berulang-ulang kali...akhirnya dibetul..dibetul dan dibetulkan..

Akhirnya, jadilah macam ni..


Dah tuuu nak kena tambah lak aksesori lain..Bukan manusia je yang nak cantik.. Hahaha..Dah lah tangan ni keras, hasilnya pun ala-ala kadar je la..


Hahaha jadilah reben yang gitu-gitu aje..Habis citer. Kalau ada yang komplen, pas ni nak serah tugas ni kat dia. Huhuhu..

Jadi cikgu ni best..semua keje dapat rasa buat. Boleh jadi Doktor, Peguam, Artis, Kontraktor, Ahli sukan, Mak Andam, Pelakon, Tukang Kebun..dan banyak lagilah..Boleh jadi "SuperTeacher". (Biasa orang kata SuperMom kan..) Korang dulu ada tak cita-cita yang tak tertunai? Jom lah jadi cikgu..
/bye





Wednesday, March 30, 2011

EBOOK Kuasai Industri 2015..

Hi,/hihi
Buku yang bersaiz besar, berat, tebal dan mahal kini menjadi lebih kecil, ringan dan murah dengan kehadiran EBOOK. Kewujudan buku elektronik ataupun EBOOK merupakan satu perubahan yang besar buat pencinta buku. Terdapat pelbagai jenis dan format yang boleh didapati di internet. Ramalan  (dari Majalah PC Bulan April, 2011) turut mengatakan, dalam tempoh masa empat tahun lagi, iaitu 2015..EBOOK akan kuasai industri pasaran gajet.

Antara jenis-jenis EBOOK..




Pada pendapat aku, jikalau fenomena EBOOK ini melanda.. Rasanya, industri penerbitan buku atau majalah di seluruh dunia mungkin akan terjejas dengan kehadiran EBOOK ini. Tetapi, belum mampu untuk menamatkannya. Ini kerana ada peminat tersendiri antara buku dan EBOOK..
Apa pendapat korang? Suka baca buku ataupun ebook?
/bye






Tuesday, March 29, 2011

10 Amalan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan..

Hi,/hihi


Hari ni, aku nak share pasal mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Sekarang ini, adakalanya, saudara sendiri pun kita tak kenal..Kalau terjumpa kat tepi, tengah jalan pun..kita tak tau yang itu saudara kita. Ini biasa berlaku bagi golongan muda yang ambil ringan pasal hal ini.

Jadinya, masa dalam kelas tadi..aku minta pelajar-pelajar aku untuk membincangkan topik ini. Setiap kumpulan membentangkan isi-isi mereka. Sekarang ni aku buat kaedah ini untuk ajar diorang. Biar mereka berfikir sendiri. Hanya dengan cara ini, aku dapat mendengar dan tahu cara pemikiran anak remaja sekarang ni.


Antara isinya :


1. Makan bersama dengan ahli keluarga yang besar seperti masa kenduri ke..makan malam ke..

2. Solat berjemaah bersama.

3. Melakukan aktiviti beriadah ataupun keluar shopping bersama.

4  Menceritakan masalah dengan keluarga terdekat.

5. Mengadakan Hari Keluarga.Ini melibatkan keluarga yang ramai. (Aktiviti ni, keluarga aku ada amalkan. Kitorang ada wujudkan Dana Keluarga dan setiap tahun akan ada aktiviti besar yang melibatkan semua keluarga.)Ini antara penyumbang mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Yang jauh, kita dekat-dekatkan..

6. Ibubapa kena beri masa yang lebih pada anak-anak, Ambil tahu masalah mereka.


7. Melancong.Yang ni, bergantung pada ekonomi keluarga masing-masing. tak dapat yang jauh, yang dekat pun memadai..Cukuplah kalau semua keluarga berkumpul dan membuatkan aktiviti bersama..

8. Melibatkan semua anggota keluarga dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama-sama.

9. Menyambut hari penting (contohnya hari lahir).

10. Yang terakhir..komunikasi antara satu sama lain penting..Kalau dapat telefon bertanya khabar sebulan sekali pun dah OK..kalau nak berjumpa kan susah sikit..

Ok, itu antara 10 amalan yang kalau kita semua amalkan, InsyaAllah, hubungan antara keluarga kita akan bertambah erat.. Akhir kata, "Air yang dicincang tak akan putus". Korang ada tak buat macam tu? ..Ke ada yang nak tambah?Jom kongsi kat sini..
/bye




Discover Your Miracle with Lancôme Maqui Miracle..

Hi,/hihi

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Lancôme MAQUI Miracle merupakan satu produk terbaru yang dapat membantu mengeluarkan Aura dalaman kita dan ianya dapat bertahan selama 12 jam serta yang penting, ianya mempunyai SPF 35/ PA+++, dan ianya juga dapat membuatkan si pemakainya kelihatan berkulit cerah, halus dan sekata.

Dengan slogannya " Aura is our Science", Ianya merupakan teknologi Aura yang memadankan dua sistem pencerahan iaitu pigmen optik biru dan merah jambu yang dapat memberikan kilauan dari dalam kulit lalu dipancarkan terus pada wajah si pemakai. Setiap individu mempunyai aura yang tersendiri. Disebabkan inilah, sekiranya wajah yang pucat memakai produk Lancôme Maqui Miracle, ianya akan membantu memantulkan aura keserian si pemakai. Terdapat tiga Miracle yang terdiri daripada :

1. Miracle Aura :
    -Recreate your inner light radiance.
    -Natural, shine-free and brightening translucent finish.

2.Miracle Touch :
   -Ultra-fine powders adhere to skin for a poreless-smooth finish.
   -Light, airy sensation all day long.
   -Exclusive luxurious duo sponge helps too create the ideal coverage.

3.Miracle Protection :
   -Our highest UV protection with SPF 35/PA+++ ever in a compact.
   -Mineral rich formula suitable for sensitive skin.
   -12 hr long-wearing.

Macamana?Best kan..
Si pemakai akan kelihatan natural dan tidak seperti memakai bedak yang nampak tidak sekata atau bertompok-tompok. Its just nice to our Malaysian face..Ianya kaya dengan bahan mineral dan mampu membuatkan wajah kita berseri-seri dan menampakkan kulit yang sekata serta kulit yang cerah. Produk ini sangat ekslusif dan didatangkan dengan "duo sponge" yang membantu membuatkan kulit wajah sekata.


Anda boleh juga lihat pada gambar risalah di atas ini bagaimana untuk menggunakan Lancôme Maqui Miracle Compact. Hanya dengan 3 langkah sahaja, anda boleh tampil menawan dan berseri-seri.


Bagaimana ianya berlaku? Ok, jom tengok langkah-langkahnya :


1. Anda haruslah memastikan kulit wajah anda telah dibersihkan dahulu.

2. Gunakan Genifique Serum (seperti gambar 1 dan 2 ) dan buat urutan sedikit pada wajah anda supaya ianya menyerap ke kulit anda dan ini dapat membantu wajah anda nampak lebih cantik (activate skin). Selepas itu, anda boleh memakai pelembap ataupun sunblock pada kulit wajah anda. ( Teknik menggunakan tangan lebih sesuai kerana haba panas dari jari-jemari tangan dapat "blend" yang lebih sekata dan cantik. Selain daripada itu, ianya dapat melancarkan aliran darah di kulit muka kita).

3. Gunakan Teint Miracle (seperti gambarajah 3) dan buatkan sedikit urutan dari dalam ke luar wajah (ketepi). Buat urutan membulat (circular motion). ( Teknik menggunakan tangan lebih sesuai kerana haba panas dari jari-jemari tangan dapat "blend" yang lebih sekata dan cantik. Selain daripada itu, ianya dapat melancarkan aliran darah di kulit muka kita).




4. Lengkapkan solekan anda dengan menggunakan Maqui Miracle Compact. Gunakan permukaan sponge yang sedikit kasar (gambar 1 ) dahulu untuk disapukan pada wajah. Kemudian, diikuti dengan permukaan sponge yang halus (gambar 2) untuk "blend" dan perbaiki foundation tadi..(Sebaiknya, sponge tidak perlu dibasahkan. Terus sapukan pada kulit wajah. Sekiranya ingin sponge dibasahkan, anda memerlukan 2 sponge yang berbeza. Ini adalah untuk menjaga kebersihan sponge dari dicemari bakteria).

Senang je kan..Ok, lihatlah hasilnya..selepas saya menggunakan Lancôme Maqui Miracle..Ada perbezaan kan..


Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Gambar sebelum nampak muka tidak berseri aje..Tetapi selepas saya menggunakan Lancôme Maqui Miracle, ianya telah mengubahkan wajah saya menjadi lebih ceria, kulit nampak sekata dan berseri-seri. Inilah keajaiban Lancôme Maqui Miracle..

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Inilah produk yang ditunggu-tunggu oleh saya..Sangat best bila memakainya. Kulit tidak terasa berat, ringan dan yang penting tahan lama serta ada UV protection. Sebagai seorang pendidik yang banyak masa dihabiskan disekolah dan aktiviti luar..produk ini sangat membantu saya dalam menjaga penampilan. Kalau rasa-rasa dah berpeluh-peluh je..Saya lapkan muka dengan tisu secara lembut, dan kemudian touch up kan sedikit dengan Lancôme Maqui Miracle Compact, dah nampak segar wajah ku..Best sangat.. Suka sangat.

 Harganya sangat berpatutan..
Compact : RM130
Case : RM55

Terima kasih Nuffnang kerana memberi saya peluang untuk mencuba produk terbaru dari Lancome iaitu Lancôme Maqui Miracle Compact.
Anda boleh juga melihat Workshop produk Lancome yang saya hadiri di SINI. Jomlah dapatkan produk ini dipasaran. Anda tidak akan menyesal memilikinya..
/bye





Monday, March 28, 2011

Gempa semakin menghampiri Malaysia..

Hi,/hihi

 
Semakin hari, semakin banyak berita yang kita dengar mengenai bencana alam ni. Baru-baru ni kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun dan disusuli dengan gempa bumi di banyak negara lain.

Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Jadinya, kita tidak sepatutnya leka dengan mengatakan bahawa negara kita jauh dari lingkungan lingkaran api pasifik. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku tanpa diduga.. Betul tak?
Maklumat boleh dibaca di SINI.
/bye 




Nilai duit RM zaman ini..

Hi,/hihi
Tak lama je lagi, 15 Jun hingga 31 Ogos 2011 ni akan diadakan Kempen Turun Harga.. Kita ni sebagai rakyat Malaysia haruslah berbelanja secara berhemah dan ini telah dimaklumkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)..


Nilai ringgit sekarang ni tiada maknanya.. Kalau kita berbelanja barang dapur pun, kalau setakat capai 2 atau 3 barang pun dah mencecah harga RM50. Harga beras Taj Mahal Herba Ponni yang aku makan ni pun dah RM36..Bak kata ayah aku, RM50 sekarang ni dapat apa kalau pergi kedai runcit. Bawak RM50, tinggallah 50 sen je..Memang betul pun kata ayah aku.

Kalau zaman tahun 90-an, waktu ayah aku bekerja kat KL dulu..memang berbaloi gaji yang diterimanya..Walaupun tak banyak..tapi dengan duit tu, cukup untuk belanja abang dan akak aku yang belajar kat UITM dulu..Nak sara 4 orang anak dia yang tengah belajar lagi. Memang berkat sangatlah.. 

Tapi sekarang ni, tengokkan aje abang dengan akak aku..gaji besar mana pun, tak pernah cukup. Mana taknya..Anak-anaknya belajar, tak de pinjaman dari MARA, JPA ataupun PTPTN..Semuanya dari poket FAMA..(Father dan Mother).. Sebulan RM600 nak kena bagi duit belanja belajar untuk seorang anak.. Huhuhuhu.. tersedak aku bila tahu. Boleh bayar duit bulan kereta..

Mak aku selalu ingatkan, kita ni orang perempuan kena pandai jaga kewangan..Kalau agak-agak nak pakai duit, simpanlah seawal mungkin. (ni bukan duit simpanan, ni untuk nak berbelanja). Contohnya, mak aku dah tunjukkan..Mak aku tak pernah bekerja..Tapi, alhamdulillah..berkat pandai jaga kewangan..dah 3 kali ke Makkah dan insyaAllah..bulan 5 ni nak tunaikan Umrah pula..Aku memang tabik springlah kat mak aku..Memang murah je rezeki dia.Dalam dompet dia, mesti senantiasa ada je duit. Kekadang tu ayah aku selalu tanya soalan "Dari mana awak dapat duit ni..Banyak pula simpanan awak". Hahahaha itulah berkat amalan serta pelbagai doa yang diamalkannya dari dulu..

Disebabkan kewangan juga, ada rumahtanggan yang baru dibina, runtuh disebabkan sikap kurang sabar dalam menempuh dugaan hidup.. Kita kena sentiasa ingat, Sabar itu separuh daripada Iman..
Nilai wang sekarang ni semakin kurang nilainya..Betul tak? Jadinya, tepuk dada, tanyalah selera..
/bye





Sunday, March 27, 2011

5 artis wanita paling seksi..

Hi,/hihi
Seksi ke seksa melihatnya???

 
Metro Ahad telah menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara dan senarai lima yang teratas ialah :
1.Fasha Sandha
2.Rozita Che Wan
3.Zila Bakarin
4.Rebecca Nur
5.Jue Aziz

Apa pendapat korang?Wajar ke sampai buat kajian mengenai artis paling seksi ni??
Nak baca lagi?Klik SINI.
/bye





Seni Hiasan Lampu didalam Masjid sungguh memukau..

Hi,/hihi
Sekarang ni kalau kita pergi ke Masjid, kita boleh tengok pelbagai jenis seni hiasan lampu yang ada kat dalam masjid tu. Bukan calang-calang lampu tau..Harganya kekadang mencecah beratus ribu ringgit jugalah..

Lampu Masjid Mesir awal abad ke 20
Dalam sejarah kesenian Islam, terdapat satu barangan kesenian yang dibuat khusus untuk masjid dan diberi nama lampu masjid. Lampu masjid diperkenalkan sewaktu zaman pertengahan Islam pada abad ke 13 dan 14 Masihi di kawasan seperti Mesir, Syria dan Turki. Lampu masjid adalah sejenis lampu minyak yang selalunya diperbuat daripada kaca. 

Lampu masjid sering dihiasi dengan ayat al-Quran yang berkaitan dengan cahaya sebagai mana firman Allah yang bermaksud: Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar, pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (iaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (an-Nur: 35)
Maklumat lanjut dari SINI.

Jom kita tengok seni hiasan lampu yang terdapat didalam masjid..








Gambar diperolehi dari En. Google
Begitu indah cahaya lampu yang disinarkan dari lampu chandeliar yang menampakkan kemewahannya.. Kalau pergi kemana-mana masjid..mesti akan ada lampu chandeliar ni..Sangat memukau mata memandang.. Alhamdulillah dengan kurnianNya..Semoga ibadah yang kita lakukan didalam masjid itu akan lebih diberkati oleh Nya..Amin...
Korang minat tak dengan lampu chandeliar ni?
/bye




Saturday, March 26, 2011

Sah kopi KLUANG RailCoffee tak halal..

Hi,/hihi
Sekarang ni kita kena waspada dengan setiap apa makanan atau minuman yang kita ambil. Mesti tengok, kedai makan yang kita nak pergi tu menjaga kebersihan atau kita rasa was-was..baik tak yah masuk..Kalau nak selamat, masak  aje lah kat rumah..Kompem halal.. 


Berbalik pada citer KLUANG RailCoffee ni..memang betullah tak halal.. Korang boleh baca di artikel akhbar Harian Metro, dengan tajuknya Kopi Campur Gelatin Babi. Jabatan Agama Islam Johor melakukan pemeriksaan di premis ini dalam satu operasi bersepadu bersama Jabatan Kesihatan, Majlis Perbandaran Kluang dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada Januari lalu.

Sebabnya, pelbagai aduan orang ramai yang mendakwa terdapat penggunaan tulang babi dalam kopi yang dijual kepada pelanggan termasuk di kalangan umat Islam yang sering berkunjung ke premis ini. Pengusaha premis ini memiliki kilang sendiri bagi memproses kopinya.

Pada 19 Januari lalu, sampel telah diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengetahui kandungan sebenar kopi yang digunakan. Pada 14 Mac lalu, keputusan ujian diserahkan Jabatan Kimia di mana antara lain menyebut terdapat kandungan gelatin babi pada bahan minuman itu.

Nampak sedap, tapi tak HALAL..Ramai oran Islam yang dah jadi mangsa pemilik kedai ni yang tak bertanggungjawab.. Sepatutnya pihak yang berkenaan, sebar dan bagitahu maklumat mengenai HALAL atau HARAM ni.. Gambar dari SINI.

Gelatin babi itu dikatakan digunakan bagi meningkatkan lemakpada kopi yang dijual. Patutlah sedap semacam jek. Manakala terdapat kandungan alkohol dalam madu yang digunakan di premis itu. Kopi yang mengandungi gelatin babi itu turut dihidangkan kepada pelanggan beragama Islam. Ishhh takutnya..Jadinya, baiklah beli kopi yang dah tentu-tentunya dibuat orang Melayu. Macam Kopi Radix atau CNI ke..Lagipun, kedai ni mana ada tanda HALAL..ni yang kita orang Islam kena selalu alert.. Jadi darah daging ni tau..

Makanan atau minuman ni kita kena jaga, kena ambil tahu HALAL atau tak kedai yang kita nak pergi ni.. Betul tak???

Akhbar KOSMO 26 Mac 2011 memberikan maklumat terbaru yang mengatakan pihak KLUANG RailCoffee tidak mengetahui serbuk kopi miliknya bercampur gelatin babi dan telah membuat laporan Polis mengenai perkara ini..

/bye





Friday, March 25, 2011

Merah membara semangat waja..

Hi,/hihi
Cuti bebaru ni aku keluar dating dengan mak kesayangan aku..Lama tak keluar berdua pergi shopping dekat town Melaka..Biasa keluar shopping pun kejap-kejap je..Pegi satu tempat, pastu balik..Mak aku kan dah banyak umur, jadinya..cepat penat la kan. So kali ni aku tanya, dia kata okey..so apa lagi, anaknya ni memang kaki shopping..memang onn aje..

Memang dah plan nak kluar rumah pagi..Tak nak tersekat demgan jalan yang sesak. Masa cuti sekolah kan..jadinya, plan awal-awal pagi le. Kitorang pergi Dataran Pahlawan, parking keter dalam bangunan kat situ. Senang, kalau tak..kena pakai kupon la pula. Kan ke leceh..nak kena agak-agak bape banyak nak letak kupon. Lagipun..tak de la keter berjemur. Safety sikit kot..

Lepas pergi Dataran Pahlawan, aku bawak mak aku pergi seberang nya pula..Mahkota Parade. Sian lak tengok mak aku cam dah tak larat, aku suh dia rehat kat kerusi dalam Parkson Mahkota Parade sambil aku jenjalan cuci-cuci mata..


Sambil mak aku duduk rehat, boleh dia bagi signal tangan kata beg tu cantik.. hahaha, memang ye pun..Beg jenama Fossil..Tahan lasak ni. Suai dengan aku yang tak berapa reti nak jaga beg mahal-mahal ni.. Fossil ni pun harganya boleh tahan. Tak silap ingatan aku, dalam RM700 gak lah..


Beg sandang Fossil ni pun, harganya RM500..Tak de less...untuk jenama lain ada lah dapat less 20%. Tapi fossil tak de..Kalau tengok pun dapat agak, beg ni tahan lasak..


Beg tiga serangkai ni cantik..Ada dua warna.Merah dengan hitam.. Cun juga kan..Merah membara semangat waja..Bila pakai yang warna merah ni, automatik kita rasa cam kebal, garang..hahahaha..betul ni..

Akak-akak aku, semuanya dah pakat-pakat nak shopping kat Melaka ni. Diorang kata, senang..banyak gak pilihan. Ada banyak kaunter barangan..Kalau pergi KL memanglah best kan..Tapi tak larat le nak merempuh jalan sesak. Lagipun, Melaka ni dekat je dengan Muar. Senang je..30 minit dah sampai.

Korang suka tak pergi Melaka? Dah pernah naik Melaka River Cruise? Dah pernah masuk Muzium Cheng Ho?

/bye




Roscani ku buat hal laaaa...

Hi,/hihi


Nape  la Roscani buat hal pula..susah la tak de dia..Hidup rasa tak sempurna bila dia tak de. Semalam dah hantar pergi masuk wad Hospital Seremban..Menurut kata doktornya, mungkin mengambil masa sebulan untuk Roscaniku duduk diam kena rawat dalam wad..Huhuhuhuhu..sedihnya..nasib baik ada warranty lagi..

Nampak gayanya, kena mulakan pencarian yang baru la pas ni.. Aku tak leh lah kalau tak de jam tangan ni.. Lagipun, tak pe laa, beli je lah yang baru. Ingat nak beli yang sempoi-sempoi  je.. Rasa nak survey Swatch, Alba ataupun Bonia lah.. Jam tangan Bonia yang aku beli masa tahun 2003 (dapat gaji pertama) tu masih lagi elok..Nape la pula Roscani ni buat hal. Geram betul lah..Beli mahal, kualiti kureng..

Jomlah cari satu hujung minggu ni.. Tolonglah bagi cadangan..jam tangan apa yang tahan lama???
/bye




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...