Nuffnang Ads

Tuesday, March 29, 2011

10 Amalan yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan..

Hi,/hihi


Hari ni, aku nak share pasal mengeratkan silaturrahim antara keluarga. Sekarang ini, adakalanya, saudara sendiri pun kita tak kenal..Kalau terjumpa kat tepi, tengah jalan pun..kita tak tau yang itu saudara kita. Ini biasa berlaku bagi golongan muda yang ambil ringan pasal hal ini.

Jadinya, masa dalam kelas tadi..aku minta pelajar-pelajar aku untuk membincangkan topik ini. Setiap kumpulan membentangkan isi-isi mereka. Sekarang ni aku buat kaedah ini untuk ajar diorang. Biar mereka berfikir sendiri. Hanya dengan cara ini, aku dapat mendengar dan tahu cara pemikiran anak remaja sekarang ni.


Antara isinya :


1. Makan bersama dengan ahli keluarga yang besar seperti masa kenduri ke..makan malam ke..

2. Solat berjemaah bersama.

3. Melakukan aktiviti beriadah ataupun keluar shopping bersama.

4  Menceritakan masalah dengan keluarga terdekat.

5. Mengadakan Hari Keluarga.Ini melibatkan keluarga yang ramai. (Aktiviti ni, keluarga aku ada amalkan. Kitorang ada wujudkan Dana Keluarga dan setiap tahun akan ada aktiviti besar yang melibatkan semua keluarga.)Ini antara penyumbang mengeratkan lagi hubungan persaudaraan. Yang jauh, kita dekat-dekatkan..

6. Ibubapa kena beri masa yang lebih pada anak-anak, Ambil tahu masalah mereka.


7. Melancong.Yang ni, bergantung pada ekonomi keluarga masing-masing. tak dapat yang jauh, yang dekat pun memadai..Cukuplah kalau semua keluarga berkumpul dan membuatkan aktiviti bersama..

8. Melibatkan semua anggota keluarga dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan rumah bersama-sama.

9. Menyambut hari penting (contohnya hari lahir).

10. Yang terakhir..komunikasi antara satu sama lain penting..Kalau dapat telefon bertanya khabar sebulan sekali pun dah OK..kalau nak berjumpa kan susah sikit..

Ok, itu antara 10 amalan yang kalau kita semua amalkan, InsyaAllah, hubungan antara keluarga kita akan bertambah erat.. Akhir kata, "Air yang dicincang tak akan putus". Korang ada tak buat macam tu? ..Ke ada yang nak tambah?Jom kongsi kat sini..
/bye




6 idea dari anda:

nikaviolet said...

selalu buat mkn2 besar...selalu nye mkn steamboat..buat sndiri je...then setiap tahun mesti buat hari keluarga....g melancong lah mne2...

cik bihah said...

betul2.. =)

Nur Hanani said...

@nikaviolet
Bagus tu..boleh tambah eratkan lagi hubungan family. :)

Nur Hanani said...

@cik bihah
Aah..betul betul betul :) cam upin ipin lak :)

Azreem said...

1. buat aktiviti masak beramai-ramai..hehehehe..
2. masa kat rumah tu kurangkan guna handphone. kecanggihan handphone ni banyak bawak kesan kepada hubungan kekeluargaan..

Post Terkini: Kenali taktik pasukan bolasepak antarabangsa

Nur Hanani said...

@Azreem
yer la..memang betul pun. Kurangkan penggunaan telefon di rumah..ambil masa kat rumah tu untuk eratkan hubungan keluarga.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...