Nuffnang Ads

Thursday, March 3, 2011

Cuba, Jangan tak Cuba..Jimat duit, cara tradisional untuk kulit cantik.

Hi,/hihi.. Jom cuba ini ..




Untuk mendapatkan kulit wajah yang licin :
Ambil segenggan beras, goreng sehingga garing. Kemudian, tumbuk sampai hancur dan sapukan seperti pencuci muka. Lepas tu, bilas dengan air sejuk. Ini macam bedak sejuk asli la. Memang lepas buat ni kulit muka akan terasa tegang dan sedap je.  Cuba lah..




Untuk haluskan kulit muka :
Ambil buah tomato dan kisar hingga halus. Lumurkan pada muka dan biarkan ianya menyerap kedalam kulit. Ikut suka nak berapa lama..kalau nak kesan yang baik,tunggu la selama 20 minit.. Lepas dah buat ni, mesti kulit akan terasa lembut dan licin..


Untuk lembapkan muka :
Ambil beberapa kelopak kubis, kemudian tumbuk hingga lumat. Campurkan kubis tadi dengan madu. Gaul bagi sebati dan sapukan pada muka. Lepas tu, bersihkan dengan air sejuk. Amalkan selama 7 hari dan akan dapat rasakan perbezaan lepas tu. 


Cara yang murah, tradisional dan tiada bahan kimia.Memang sesuai untuk kulit yang sensitif atau alahan pada produk bahan kimia..
Jom la cuba.. /bye

7 idea dari anda:

Fieda said...

sng kan guna cara tradisional ni....duit pun jimat....:)

shilazizi said...

salam kenalan, just blogwalking...
petua-petua yang pernah diamalkan.

CikNiza said...

salam kenal cikgu...hhee
sy odw jadi cikgu..insyallah..hehe :p

Nur Hanani said...

TQ cik Niza..ODW jadi cikgu?tahniah..

KiD said...

waaahh.. cikgu hanani bagi petua.. kid ni bekas cikgu je.. hehehee

Nur Hanani said...

@KiD Petua bebiasa je.Murah..saya hanya cikgu biasa je..kena berjimat-cermat :)

oktant said...

As-Salam. Petua-petua tradisional di atas mmg baik utk kulit. InsyaAllah ia akan berkesan. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...