Nuffnang Ads

Friday, March 11, 2011

CUN ! Bila hero kampung cuba-try-test Awek glemer..

Hi,/hihi

CUN ! Bila hero kampung cuba-try-test Awek glemer.. Wah..tajuknya pun dah buatkan kita nak masuk panggung tengok kan..Pelakunnya semuanya CUN..Mula-mula dapat tahu pasal filem ni pun melalui nyanyian soundtrack filem CUN iaitu lagu Cun Selalu ni lah. Gabungan vokal hero dan heroinnya. Sape lagi kalau bukan Remy Ishak dengan artis jelita Maya Karin (Mungkinkah jelita dan CUN dengan INNERSHINE PRUNE PLUS?). Santai giler je la..Bila dengar pun rasa happy je..Tak berat pun..

Maya Karin ni mula bekerjasama dengan Remy Ishak dalam filem Anak Halal, teater Natrah dan terbaru, pasangan itu akan muncul dalam filem Cun, arahan Osman Ali yang bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Mac ini.


Lagu Cun Selalu ni ciptaan Nurzaidi Abd. Rahman. Memang santai je kan dengar. Betul tak?

Sinopsis Filem Cun


Luna Latisya seorang pengacara terkenal, bercinta dengan Ryan Hidayat, seorang pelakon. Program yang diacarakannya (Meletops) memerlukan beliau menerjah kehidupan peribadi selebriti tanahair. Yang terkini, ‘Meletops’ ke rumah Ryan Hidayat untuk kejutan hari lahirnya. Namun lain pula yang terjadi apabila Ryan ditemui bersekedudukan dengan seorang artis baru, Siti Senjakala. Luna berang lalu terus memandu pergi bersama Tom, pembantu peribadinya. Tom membawa Luna ke kampung halamannya di Utara Semenanjung. Sampai di kawasan kampung, kereta Luna tersekat di kawasan lumpur, memaksa Luna dan Tom bermalam di dalam kereta.


Keesokannya, mereka ditemui oleh Atan, kawan baik Tom di kampung. Mereka dibawa ke rumah Atan. Pada awalnya Luna sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran kampung. Setelah beberapa hari, kereta Luna masih belum siap. Luna tiada pilihan, kecuali terus bermalam di rumah Atan. Namun keluarga besar Atan yang cepat mesra menyebabkan Luna mula menyesuaikan diri. Adik Atan, Manis, gadis `istimewa’ sangat sukakan Luna. Kereta sudah siap, tibalah masa Luna perlu kembali ke Kuala Lumpur. Luna yang mula jatuh hati dengan persekitaran dan orang-orang di situ meminta izin untuk tinggal lebih lama. Semua orang gembira dengan keputusan Luna. Luna dan Atan semakin rapat, walaupun sering tak sependapat.


Luna kini mengenali kehidupan kampung yang selama ini begitu jauh daripada dirinya. Daripada bermain lumpur di sawah, menunggang kerbau, hinggalah memasak di dapur kayu, semua sudah dipelajarinya. Orang popular sepertinya, lambat-laun pasti dapat dijejaki. Krew penerbitan ‘Meletops’ dapat menjejaki Luna. Ryan turut serta untuk memujuk. Luna tiada pilihan, kecuali pulang ke KL apabila Atan menghalaunya setelah menyangka Luna adalah tunangan Ryan yang selama ini cuba disembunyikan oleh Luna. Luna kini kembali mengacara. Candy, penerbit rancangan ‘Meletops’ sentiasa mahukan rancangannya mengungguli carta teratas.

Cantik, jelita je tengok Maya Karin ni. Adakah kerana INNERSHINE PRUNE PLUS?
Tanpa pengetahuan Luna, Candy menjemput Atan menjadi tetamu rancangannya. Atan bersetuju. Merekapun bertolak ke KL menaiki lori Atan. Rancangan bersiaran secara langsung, Atan dibawa masuk… Luna dan Atan terkedu apabila bertentang mata. Atan marahkan Luna kerana menyangka Luna menipu dan mempermainkannya. Luna pula marahkan Candy kerana memperalatkan mereka berdua untuk menaikkan lagi carta rancangan ‘Meletops’.


Baca sinopsis pun dah nampak gambaran jalan citer Filem CUN ni kan..
Apa kata kita tengok Trailer Filem Cun pula..



Kalau nak tengok lebih lanjut, bolehlah KLIK SINI. CUN! MOVIE.
Apa lagi yang ditunggu, setkan tarikh la pas 31 Mac 2011 ni untuk masuk panggung tonton CUN! Jom kita...
/bye

11 idea dari anda:

leyzajamil said...

mentang2 nani cun..
maaf nak komen ni..
macam tak best je nani crita ni, harap aje muka glemer tapi jalan cerita & mutu lakonan mcmna lak? sbb da terkena tu yang cakap macam ni..
tapi klua artikel metro smlam Faizah Elai dapat pujian berlakon filem ni rasanya..

Nur Hanani said...

Nani cerita tak best ke atau jalan citer ni tak best?Dah terkena dengan filem apa?nak tau gak..gosip2.. :D

Sharinginfoz said...

apa lagi layan citer ini

KiD said...

pergghhh... giler cun awek2 tuh... ekekekeeke

Nur Hanani said...

hahaha..layan CUN. :)

Chempaka Sari said...

jom join contest kat page Cun! Movie di facebook. best kot hadiah dia..

Diraz said...

@leyzajamilTapi citer ni review oleh blogger n wartawan majalah/surat khabar mmg menarik. Ada wartawan ckp lagi best dari Merong.. Dorang kata jln cite perfect.. Pilihan pelakon mmg terbaik.. kita tunggu dan lihat.. jom ke panggung!!

Nur Hanani said...

@Diraz
wow..lagi best dari HMM? Ni yang lagi tambah nak pergi panggung ni..Hero n Heroin filem ni pun ada chemistry kan..mungkin pasal tu kot.. :)

hasrul hassan said...

Salam. Saya sukalah Maya Karin ... hmmm ... ohhh .... adehhh...

riff said...

heroinnya cumell bangat. :D

hanani said...

riff> heroinnya memanglah sangat cun.. :)sape tak kenal maya karin ni kan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...