Nuffnang Ads

Thursday, March 3, 2011

Dahulu dan sekarang..Jauh sangat berbeza..

Hi,/hihi Pelajar zaman sekarang dengan  zaman dahulu jauh berbeza..Pelajar sekarang ni sangat kurang beradap, dah la tu nak kena ingatkan selalu. Ada aje yang lupa. Ntah apa la yang diingatkan sangat. Bukannya tua..muda lagi..baru belasan tahun.Macamana nak ubah diri sendiri, kalau badan sendiri tak nak berbuat apa-apa. 

Ini tak masuk lagi bab-bab berfesyen ke sekolah. Bila masuk alam remaja ni..Macam-macam la kerenahnya. Yang perempuan sibuk nak bersolek, nak cantik..Siap pakai eye liner,lip gloss, mascara..(Ada pula masa nak bersolek.Kerja rumah tak ada pula masa nak buat).Pakaian tu saje je nak bagi sape ntah tengok. Yang lelaki plak..terikut-ikut dengan fesyen rambut artis.. Bila dipotong, esoknya penjaga datang sekolah..marah-marah kenapa potong rambut anak dia..UIshhh..macamana tu???Semua tempat ada peraturannya..Kena lah ikut peraturan yang dah dibuat. Masuk kandang kambing mengembek.Masuk kandang rimau, mengaum..Betul tak??So, renung-renungkanlah..

Gambar dari En. Google
Kalau zaman aku belajar dulu kat sekolah..sangat hormatkan guru. Kalau guru kata kena buat atau kena hantar..kita mesti buatkan. Kalau nakal pun..ada tahap-tahap kenakalannya. Budak-budak zaman sekarang ni belajar semua nak disuapkan. Macam anak yang manja..bila makan,mak kena suap.Kalau tak disuap,tak makan..sanggup plak menahan lapar..Mungkin tak semua..tapi kebanyakkannya macam tu..

Lagi satu, nak kena guru mengamuk, cakap kuat-kuat..baru nak bertindak. Tak lut dengan perkataan atau kata-kata yang lembut.. Perkataan tolong tu nak kena keluar dari mulut seorang guru, baru la nak dengar sikit. Contohnya, “Cikgu nak awak semua tolong buat kerja rumah pada mukasurat 88.Hantar esok pagi”.
/hmm Kadang-kadang ibubapa ni tak tahu,anak dia kat sekolah macamana. Kalau depan mak bapak..pijak semut pun tak mati. Pandai nak cover. . 

Kalau bagi notis atau apa-apa surat dari pihak sekolah..jarang surat atau notis tu sampai ke pengetahuan penjaga. Bila ada masalah,mulalah penjaga salahkan pihak sekolah..salahkan cikgu..Apa nak jadikan. Kalau dulu-dulu, mak bapak cakap..”Cikgu, kalau anak saya buat salah,cikgu rotanlah anak saya..cikgu buatlah apa yang patut untuk betulkan anak saya”. Tapi zaman sekarang ni, kalaulah anaknya kena rotan..alamatnya surat saman la yang akan melayang kat kita. Huhu..Malaslah nak citer panjang.. Sabar aje lah..

Yang penting, ilmu yang kita beri pada anak-anak didik..kita halalkan dan beri yang secukupnya..Dia nak dengar atau tidak..terpulang pada diri dia. Amanah kita untuk mendidik dah dijalankan. Tak nak di SANA nanti kena soal. 

Perkara ini semua tiada kaitan dengan sesiapa. Hanya rumusan dan pandangan dari mata aku sahaja. Jika anda semua kurang setuju dengan pandangan saya ni..jangan simpan dalam hati. 
Inilah faktanya yang ramai tidak tahu../bye
                                                                                      

2 idea dari anda:

Zyash said...

saya setuju pandangan cikgu...hehe. Siap angkat tangan ne..

Nur Hanani said...

zyash..tu la antara problem remaja zaman sekarang..dah makin melampau-lampau. Ntah pengaruh dari mana tak tau la..Hmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...