Nuffnang Ads

Tuesday, March 29, 2011

Discover Your Miracle with Lancôme Maqui Miracle..

Hi,/hihi

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Lancôme MAQUI Miracle merupakan satu produk terbaru yang dapat membantu mengeluarkan Aura dalaman kita dan ianya dapat bertahan selama 12 jam serta yang penting, ianya mempunyai SPF 35/ PA+++, dan ianya juga dapat membuatkan si pemakainya kelihatan berkulit cerah, halus dan sekata.

Dengan slogannya " Aura is our Science", Ianya merupakan teknologi Aura yang memadankan dua sistem pencerahan iaitu pigmen optik biru dan merah jambu yang dapat memberikan kilauan dari dalam kulit lalu dipancarkan terus pada wajah si pemakai. Setiap individu mempunyai aura yang tersendiri. Disebabkan inilah, sekiranya wajah yang pucat memakai produk Lancôme Maqui Miracle, ianya akan membantu memantulkan aura keserian si pemakai. Terdapat tiga Miracle yang terdiri daripada :

1. Miracle Aura :
    -Recreate your inner light radiance.
    -Natural, shine-free and brightening translucent finish.

2.Miracle Touch :
   -Ultra-fine powders adhere to skin for a poreless-smooth finish.
   -Light, airy sensation all day long.
   -Exclusive luxurious duo sponge helps too create the ideal coverage.

3.Miracle Protection :
   -Our highest UV protection with SPF 35/PA+++ ever in a compact.
   -Mineral rich formula suitable for sensitive skin.
   -12 hr long-wearing.

Macamana?Best kan..
Si pemakai akan kelihatan natural dan tidak seperti memakai bedak yang nampak tidak sekata atau bertompok-tompok. Its just nice to our Malaysian face..Ianya kaya dengan bahan mineral dan mampu membuatkan wajah kita berseri-seri dan menampakkan kulit yang sekata serta kulit yang cerah. Produk ini sangat ekslusif dan didatangkan dengan "duo sponge" yang membantu membuatkan kulit wajah sekata.


Anda boleh juga lihat pada gambar risalah di atas ini bagaimana untuk menggunakan Lancôme Maqui Miracle Compact. Hanya dengan 3 langkah sahaja, anda boleh tampil menawan dan berseri-seri.


Bagaimana ianya berlaku? Ok, jom tengok langkah-langkahnya :


1. Anda haruslah memastikan kulit wajah anda telah dibersihkan dahulu.

2. Gunakan Genifique Serum (seperti gambar 1 dan 2 ) dan buat urutan sedikit pada wajah anda supaya ianya menyerap ke kulit anda dan ini dapat membantu wajah anda nampak lebih cantik (activate skin). Selepas itu, anda boleh memakai pelembap ataupun sunblock pada kulit wajah anda. ( Teknik menggunakan tangan lebih sesuai kerana haba panas dari jari-jemari tangan dapat "blend" yang lebih sekata dan cantik. Selain daripada itu, ianya dapat melancarkan aliran darah di kulit muka kita).

3. Gunakan Teint Miracle (seperti gambarajah 3) dan buatkan sedikit urutan dari dalam ke luar wajah (ketepi). Buat urutan membulat (circular motion). ( Teknik menggunakan tangan lebih sesuai kerana haba panas dari jari-jemari tangan dapat "blend" yang lebih sekata dan cantik. Selain daripada itu, ianya dapat melancarkan aliran darah di kulit muka kita).




4. Lengkapkan solekan anda dengan menggunakan Maqui Miracle Compact. Gunakan permukaan sponge yang sedikit kasar (gambar 1 ) dahulu untuk disapukan pada wajah. Kemudian, diikuti dengan permukaan sponge yang halus (gambar 2) untuk "blend" dan perbaiki foundation tadi..(Sebaiknya, sponge tidak perlu dibasahkan. Terus sapukan pada kulit wajah. Sekiranya ingin sponge dibasahkan, anda memerlukan 2 sponge yang berbeza. Ini adalah untuk menjaga kebersihan sponge dari dicemari bakteria).

Senang je kan..Ok, lihatlah hasilnya..selepas saya menggunakan Lancôme Maqui Miracle..Ada perbezaan kan..


Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Gambar sebelum nampak muka tidak berseri aje..Tetapi selepas saya menggunakan Lancôme Maqui Miracle, ianya telah mengubahkan wajah saya menjadi lebih ceria, kulit nampak sekata dan berseri-seri. Inilah keajaiban Lancôme Maqui Miracle..

Klik gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Inilah produk yang ditunggu-tunggu oleh saya..Sangat best bila memakainya. Kulit tidak terasa berat, ringan dan yang penting tahan lama serta ada UV protection. Sebagai seorang pendidik yang banyak masa dihabiskan disekolah dan aktiviti luar..produk ini sangat membantu saya dalam menjaga penampilan. Kalau rasa-rasa dah berpeluh-peluh je..Saya lapkan muka dengan tisu secara lembut, dan kemudian touch up kan sedikit dengan Lancôme Maqui Miracle Compact, dah nampak segar wajah ku..Best sangat.. Suka sangat.

 Harganya sangat berpatutan..
Compact : RM130
Case : RM55

Terima kasih Nuffnang kerana memberi saya peluang untuk mencuba produk terbaru dari Lancome iaitu Lancôme Maqui Miracle Compact.
Anda boleh juga melihat Workshop produk Lancome yang saya hadiri di SINI. Jomlah dapatkan produk ini dipasaran. Anda tidak akan menyesal memilikinya..
/bye





12 idea dari anda:

Anna Syue Fashion House said...

mcm besh je neh... tringinnye nak try!heee

Nur Hanani said...

@Anna Syue Fashion House
Memang best tau..Try lah. u takkan rugi.. :)

shahjiehan said...

ni sunblok ke?? laki bleh pakai x?

jom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Jom katakan tidak pada "Legging"

Nur Hanani said...

@shahjiehan
Ni bukan sunblock. Ni Compact foundation.Tapi ada UV protection.. Laki pun boleh pakai apa..

Fizalinolie said...

Wah! mcm best.. Tapi saya memang tak suka tukar2 foundation...Yang saya pakai sekarang pun foundation Sendayu... Hehehe. Apa2 pun selamat berkenalan, thanks singgah d blog saya =)

Nur Hanani said...

@Fizalinolie
memang best pakai ni. Selamat berkenalan juga.. :)

Hazey said...

All the best dear!

*wink

Lin Elier said...

Lawa lawa! Tak sempat nak bertegur ari tu... kalut nak balik dah...

Nur Hanani said...

@Hazey
Terima kasih..All the best untuk awak juga.. :)

Nur Hanani said...

@Lin Elier
Thank you..aah, tak de bertegur sape pun, masing-masing lepas snap gambar terus balik. Mungkin satu hari nanti k.. :) Nice to know u.. :)

Lin Elier said...

Awakkk! Tahniah! Tahniah ya! nnt mana tahu dapat jumpa kat opis Nuffnang karang

Nur Hanani said...

@Lin Elier
awak pun sama..tahniah.nanti bolehlah tegur sape kalo jumpa lagi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...