Nuffnang Ads

Monday, March 28, 2011

Gempa semakin menghampiri Malaysia..

Hi,/hihi

 
Semakin hari, semakin banyak berita yang kita dengar mengenai bencana alam ni. Baru-baru ni kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun dan disusuli dengan gempa bumi di banyak negara lain.

Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Jadinya, kita tidak sepatutnya leka dengan mengatakan bahawa negara kita jauh dari lingkungan lingkaran api pasifik. Sekarang ni macam-macam boleh berlaku tanpa diduga.. Betul tak?
Maklumat boleh dibaca di SINI.
/bye 




4 idea dari anda:

nur anis said...

seram la pulak..tapi tu la.. tak ada apa yang mustahil..

Kejora said...

salam,

menakutkan...minta dijauhkan!!

Nur Hanani said...

@nur anis
yerlah..tak de apa yang mustahil.. dunia dah semakin tenat.

Nur Hanani said...

@Kejora
Tulah, marilah kita ramai-ramai berdoa, minta dijauhkan segala mala petaka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...