Nuffnang Ads

Tuesday, March 22, 2011

Keasyikan drama Korea, Segalanya indah..

Hi,/hihi
Aku memang minat betul dengan drama Korea ni..Jalan cerita yang meruntun jiwa, melihat pemandangan yang begitu mengasyikkan..sangat best..Drama Korea yang sampai sekarang aku ingat mestilah Winter Sonata..Penangan drama ni memang hebatlah..Kalaupun tak dapat nak ke Korea..bila tengok drama dia pun jadilah..

Kini, kita boleh tengok drama Korea ni di One HD saluran 393 Astro B.yond.. Drama Korea yang ditayangkan adalah ekslusif iaitu ianya adalah tayangan pertama selepas tayangannya di Korea pada bulan Januari lepas..Memang bestlah tengok melalui saluran One HD ni. Gambar yang sangat jelas, cantik dan sistem bunyi nya vassss...

Sekarang yang tengah ditayangkan antaranya drama Love You Thousand Times..


Drama ni mengisahkan Baek Sae Hoon (lakonan Ryu Jin) dan isteri, Lee Sun Young (Go Eun Mi) terdesak untuk memiliki anak tetapi masih belum berjaya. Ibu Sae Hoon mencadangkan SunYoung menggunakan ibu tumpang bagi mendapatkan anak tanpa pengetahuan Sae Hoon. Kemudian, muncul Go Eun Nim (Lee Soo Kyung) yang menawarkan diri sebagai ibu tumpang namun keadaan menjadi kelam-kabut apabila wanita ni jatuh cinta dengan adik Sae Hoon iaitu Kang Ho (Jung Gyu Woon).

Memang bestlah..Drama Korea ni menunjukkan sifat kekeluargaan yang menebal, tidak menunjukkan kekayaan yang ada dan mereka sangat menghormati ibu bapa dan menyayangi kanak-kanak, rakan dan masyarakat setempat.. Memang ada nilai-nilai murni yang baik dan sepatutnya, perkara macam ni perlu diperbanyakkan dalam drama tempatan kita...

Korang dah tengok?Suka tak drama Korea?
/bye





15 idea dari anda:

linziana said...

me love my princess..its a lovy dovy romantic drama..but its cute.hehehehehe.oh boleh tak tido malam kalu layan citer korean nih

Taufan Bin Ribut said...

same cam mak saye suke tengok drama korea ni..ape yg best pon x tau lah kan..hahaha..

saya_arief said...

xminat korea[titik]
:D

Nur Hanani said...

@saya_arief
tak minat ke..tak pe.. :)

Nur Hanani said...

@Taufan Bin Ribut
Hanya orang yang minat dan ikuti je yang akan tahu best ke tak.. :)

saya_arief said...

xminat, tapi masih menanti seru untuk minat.
haha.
:D

Nur Hanani said...

@saya_arief
sekali dah terjebak..mesti nak tengok je..cayelah.. :)

Wahida Nasution Thakhrim said...

suka juga tdk drama korea ni.. ceritanya tak meleret2.. lagipun lagunya banyak sedap2..

Nur Hanani said...

memang best kan wahida citer ni.. :)

yuyu lar said...

TQ sudi jadi follower yuyu...

cite korea mmg best...skrg tgh nak abiskan drama playfull kiss..ngeh ngeh ngeh...hehehee

Nur Hanani said...

@yuyu lar
best gak drama playfull kiss ni.. :)

Ietams said...

yes! memang best One HD channel ni..
seronok layan cerita korea.
kita sama minat la..
saya pun mmg follow citer eun nim ni.. syiokk !

Nur Hanani said...

@Ietams
kita ni memang peminat citer Korea la...best best best.. :)

Mancis said...

aku pun minat drama korea. citer loving you thousand times aku dah tengok habis dah.. best citernya.. tapi heroin dia akhirnya mati pasal kena kanser....huhuuh...


acah jer.. dia tak mati..

Nur Hanani said...

@Mancis
dah tengok abis ke?Beli DVD?tak sabar nak tahu ending dia apa... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...