Nuffnang Ads

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM 2010: SMS Tunku Munawir terbaik kebangsaan

Hi,/hihi

Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), muncul sekolah terbaik peringkat kebangsaan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ia merupakan kejayaan bagi tahun kedua berturut-turut.Pengetuanya Sabuddin Sani berkata, pada tahun 2010, sekolahnya mencatatkan peningkatan terbaik bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu sebanyak 0.89 berbanding tahun sebelumnya iaitu 0.97.

"Daripada 266 calon yang menduduki SPM, seramai 143 orang memperoleh semua A dalam semua mata pelajaran yang diambil, manakala seramai 16 orang daripada mereka mencatatkan sebagai pelajar terbaik, dengan memperoleh pangkat A dalam semua mata pelajaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Bernama

"Petikan dari akhbar Utusan Melayu"

/bye




0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...