Nuffnang Ads

Thursday, March 24, 2011

Keputusan SPM: Terbaik dalam tempoh empat tahun

Hi,/hihi
Hari ni kita citer pasal Result SPM je lah...sebab mood cikgunya tengah happy..

Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A , A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon.

Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.
Beliau berkata, seramai 363 calon berjaya mendapat A bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

"Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun,” katanya.
Katanya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula katanya, menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.

"Jadi calon yang mendapat gred Cemerlang Tertinggi adalah masih terlalu sedikit berbanding bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran iaitu 2,773 calon,” katanya.
Abd Ghafar berkata, pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.
Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun.

Bagi gred kepujian (B ,B,C ,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus. - Bernama

"Petikan diambil dari akhbar Utusan Melayu"

/bye





6 idea dari anda:

~~Ticer Wann~~ said...

alhamdulillah..... harap2 kita dpt melahirkan pelajar yang berkualiti rather than kuantiti tp less quality.... :)

Nur Hanani said...

yer, insyaAllah.. :)

Lulu Rahman said...

budak skrg sume da bijak :D

Nur Hanani said...

@Lulu Rahman
yer la,persaingan pun semakin sengit.. :)

nurayunni said...

tahniah untuk cikgu yg bnyk brjasa...

Nur Hanani said...

@nurayunni
yer, cikgu pun memainkan peranan juga bila anak muridnya berjaya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...