Nuffnang Ads

Thursday, March 24, 2011

Keputusan yang membanggakan untuk tahun 2010..

Hi,/hihi

Semalam keputusan SPM 2010 dah diumumkan..dan ianya sangat membanggakan..Tahun ni sekolah aku mencatatkan keputusan yang tidak dijangka. Sangat membanggakan warga pendidik yang telah banyak bertungkus-lumus dan berkorban masa..Pelajar terbaik sekolah aku adalah merupakan anak seorang guru sendiri dengan memperolehi 10 A+.. Semua subjek mendapat A+..Wow..sangat membanggakan seorang ibu yang juga guru di sekolah ini..Tersenyum menangis cikgu tuuuu.....

Fail peribadi, Majalah sekolah dan sijil-sijil yang akan diberi kepada 48 orang pelajar kelas aku..Kelas yang paling ramai. Tak menang tangan nak handle sesorang.. huhuhu

Sebagai seorang guru kelas, prestasi untuk kelas aku..memang baguslah..ramai juga yang memperolehi keputusan yang tidak dijangka. Ramai juga pelajar yang layak memperolehi sijil LCCI..Kelas aku ni mengambil paper Prinsip Akaun..

Manakala untuk subjek MPV Grafik Berkomputer pula..ada juga calon yang mendapat keputusan A...Sangat menggembirakan hati seorang guru yang mana saya ni dipanggil last minit untuk dipinjamkan ke sekolah sekarang ni..Masalah yang mana guru sebelum ini meninggalkan kerja yang tidak selesai..akulah yang menjadi mangsa untuk menyelesaikan segala masalah serta membantu apa yang patut aku buat..Alhamdulillah..sekurang-kurangnya pengorbanan aku dari segi masa dan kewangan berbaloi juga...Sebab sebelum ni tak de pelajar yang mendapat keputusan A dan kali ni, ada calon dapat result A dan ramai juga yang dapat B+...Terubat jugalah penat lelah aku menyelesaikan masalah kerja kursus diorang dulu..

Yang lelain pula..sebab anak buah aku, iaitu anak akak aku memperolehi 9A..Masa call dia tanya result..memang happening sekolah dia tengah buat pengambilan slip untuk pelajar cemerlang. Anak buah aku, Afiq Farhan ni sekolah kat SBP Integrasi Pekan, Pahang.. Akak aku yang tak sihat pun, boleh sihatlah bila dapat ambil result anak dia..Itulah perasaan seorang ibu. Apabila sesuatu kegembiraan itu dapat menutupi segala kesakitan yang sedang ditanggung.. Tahniah kak..

Sekarang ni aku tengah menjejak pelajar aku yang memperolehi A dalam Subjek MPV Grafik Berkomputer.. Sebelum ni aku ada janji..siapa dapat result A, akan ada hadiah dari cikgu..So, sape nak hadiah tu...cecepat bagitau...
**Mood : Happy : Gred Purata Keseluruhan naik...**

/bye


0 idea dari anda:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...