Nuffnang Ads

Tuesday, March 8, 2011

Khurafat..ada ke puja pokok petai??konfius jap.

Hi,/hihi. Ni nak cerita pasal khurafat ni. Bukan filem Khurafat tu..ni cerita pasal puja pokok petai. Perkara ni berlaku kat Kepala Batas. 

Ok,apa yang aku tahu, petai ni ada khasiat dia yang tersendiri. Petai juga buah yang membuat bau mulut dan bau kentut yang sangat tidak sedap.
/wahaha




Kenapa diorang dok puja pokok petai tu?



Antara sebabnya yang ramai dok puja-puja pokok tu sebab katanya pokok tu mengeluarkan air dan diorang kata pokok petai tu 'menangis'.Tempat kejadian di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, Kepala Batas. Hahaha lawak pulak bila aku baca cerita ni..Kenapa la percaya sangat dengan benda-benda khurafat macam ni. Siap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) keluarkan notislah untuk ditampalkan dekat kawasan tu.

Kalau ada yang datang nak puja pokok petai ni, denda tidak kurang RM3000 akan dikenakan atau penjara tidak lebih 2 tahun ataupun dua-duanya sekali..Ishhhhh..buat naya je. Tak yah la dok puja-puja..Kita orang Islam ni kan, tak yah la nak percaya benda-benda yang mengarut ni..


Ramai yang datang untuk melihat kejadian aneh tu, dan ada yang sanggup nak tadah air dari pokok petai tu untuk dibuat sebagai ubat la kot..Hehehe, ada gak yang sanggup nak minum ek??Pelik tapi benar.. 

Gambar dar En. Google.
Tapi, yang aku baru tahu, petai ni mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang dikombinasikan dengan serat.Kombinasi kandungan ini mampu memberikan tenaga yang segera, namun cukup lama dan cukup besar efeknya. Kajian membuktikan dua bahagian petai mampu memberikan tenaga yang cukup untuk melakukan aktiviti berat selama 90 minit. Macam-macam penyakit yang boleh sembuh..tapi kena makan..bukannya menyembah pokok petai tu..

Fikirkan dan renungkan lah sendiri ye../bye

4 idea dari anda:

sissyira said...

salam

teruk benor perangai...

~~Ticer Wann~~ said...

haishh mcm2 hal la sekarang ni... percaya benda2 cm 2... apa nk jadi la... mkn petai ng sambal belacan pn sodap.. ehh ttba je

beliamuda said...

huhu..

pokok petai menangis? mudah sangat masyarakat kita terpangaruh dengan benda2 macam ni?

itu air kencing serangga la. aduh, sungguh mereka yang minum itu dah meminum najis. kesian.

insaflah segera.

Nur Hanani said...

beliamuda>betul tu. Air yang keluar tu boleh bawa maut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...