Nuffnang Ads

Friday, March 4, 2011

Komputer anda menternak virus? Macamana nak buat???



Hi,/hihi.. Virus? Semua orang kalau tanya apa masalah yang sering berlaku dengan komputer..Mesti salah satu yang utamanya ialah terkena serangan virus. Ada virus jahat, ada yang baik, yang tak degil..Macam-macam nama ada. Virus Trojan ni bagi aku paling jahat la..Kalau kena..nasib baik..format je lah..Kalau tak..kena kuburkan la komputer tu..


Jadinya, macamana nak atasi???

Ada macam-macam perisian antivirus dipasaran. Pilih sahaja yang mana suka.


Dah 3 tahun aku jadi pengguna Kaspersky Intermet Security..
  • Macam aku, aku gunakan Kaspersky Internet Security. Bagi aku, perisian antivirus ni yang terbaik untuk aku guna selama ni. Biar mahal sikit, asal hati tak sakit dikemudian hari..

  • Yang penting, kena guna yang original untuk apa-apa perisian. Tapi yang original ni mahal la pula kan. Kalau tak mampu tu...guna je la yang pirate. Hahahaha...(Jangan ikut kalau takut tau..)
  • Sentiasa mengemaskini Windows dengan Windows Update pada laman web Microsoft. Tapi yang ni kalau kita guna pirate windows..kalau nak update..memang tak lepas. Lagi dia detect kita guna pirate ada la..
  • Kena selalu online kita punya perisian antivirys tu.Baru la boleh dia detect macam-macam virus terkini yang selalu hadir dialam maya ni..
  • Tidak memuat turun program-program komputer yang dicurigai di Internet atau dalam e-mel. Sekiranya mahu memuat turun program komputer itu juga, ia perlu diimbas terlebih dahulu menggunakan perisian anti virus yang telah dikemas kini. Elakkan daripada program-program perkongsian fail P2P seperti Torrent dan Kazaa kecuali anda tahu dari mana fail tersebut di muat turun.
  • Melayari Internet dengan selamat. Pelayar web yang digunakan seperti Mozilla, IE dan sebagainya perlu dikonfigurasikan dengan selamat dan betul di bahagian fungsi sekuriti seperti sentiasa tidak membenarkan pop-up Windows atau tetingkap terbuka. 
  • Sentiasa mengimbas program atau fail komputer yang diperolehi daripada luar dengan perisian anti virus yang telah dikemas kini seperti cakera Flash USB, disket, CD, DVD dan sebagainya .Kena rajin buat tau. Nak pastikan komputer kita sihat..mesti la rajin update antivirus dan rajin scan segala jenis pendrive atau disket atau CD..

Gunakanlah panduan-panduan diatas ni kalau nak komputer kita sihat dan tak selalu sakit.. Kalau sakit, kita sendiri yang susah..Anda ada tak buat langkah-langkah macam ni??

Maklumat lanjut boleh klik SINI. /bye

3 idea dari anda:

apisv2 said...

P2P: peer-to-peer networking..berkongsi file tanpa server dan client;p

Farhanah Adzlan said...

thankz for info..^_^

Nur Hanani said...

@Farhanah Adzlan
OK, sama-sama kongsi ilmu..TQ Sudi baca blog ni..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...