Nuffnang Ads

Friday, March 25, 2011

Merah membara semangat waja..

Hi,/hihi
Cuti bebaru ni aku keluar dating dengan mak kesayangan aku..Lama tak keluar berdua pergi shopping dekat town Melaka..Biasa keluar shopping pun kejap-kejap je..Pegi satu tempat, pastu balik..Mak aku kan dah banyak umur, jadinya..cepat penat la kan. So kali ni aku tanya, dia kata okey..so apa lagi, anaknya ni memang kaki shopping..memang onn aje..

Memang dah plan nak kluar rumah pagi..Tak nak tersekat demgan jalan yang sesak. Masa cuti sekolah kan..jadinya, plan awal-awal pagi le. Kitorang pergi Dataran Pahlawan, parking keter dalam bangunan kat situ. Senang, kalau tak..kena pakai kupon la pula. Kan ke leceh..nak kena agak-agak bape banyak nak letak kupon. Lagipun..tak de la keter berjemur. Safety sikit kot..

Lepas pergi Dataran Pahlawan, aku bawak mak aku pergi seberang nya pula..Mahkota Parade. Sian lak tengok mak aku cam dah tak larat, aku suh dia rehat kat kerusi dalam Parkson Mahkota Parade sambil aku jenjalan cuci-cuci mata..


Sambil mak aku duduk rehat, boleh dia bagi signal tangan kata beg tu cantik.. hahaha, memang ye pun..Beg jenama Fossil..Tahan lasak ni. Suai dengan aku yang tak berapa reti nak jaga beg mahal-mahal ni.. Fossil ni pun harganya boleh tahan. Tak silap ingatan aku, dalam RM700 gak lah..


Beg sandang Fossil ni pun, harganya RM500..Tak de less...untuk jenama lain ada lah dapat less 20%. Tapi fossil tak de..Kalau tengok pun dapat agak, beg ni tahan lasak..


Beg tiga serangkai ni cantik..Ada dua warna.Merah dengan hitam.. Cun juga kan..Merah membara semangat waja..Bila pakai yang warna merah ni, automatik kita rasa cam kebal, garang..hahahaha..betul ni..

Akak-akak aku, semuanya dah pakat-pakat nak shopping kat Melaka ni. Diorang kata, senang..banyak gak pilihan. Ada banyak kaunter barangan..Kalau pergi KL memanglah best kan..Tapi tak larat le nak merempuh jalan sesak. Lagipun, Melaka ni dekat je dengan Muar. Senang je..30 minit dah sampai.

Korang suka tak pergi Melaka? Dah pernah naik Melaka River Cruise? Dah pernah masuk Muzium Cheng Ho?

/bye




2 idea dari anda:

amry said...

saya tak pernah sampai melaka lagi.huhu...mak aiii..beg tahanharga nak dekat 1k...ish ish ish...kopakkk kopak..kalau bayak duit boleh la...

Nur Hanani said...

@amry nanti satu hari pergi lah melaka..best gak. Memang mahal..cuci mata boleh laa..tapi kalau dah nak, apa salahnya..beg tahan lasak, tahan lama.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...