Nuffnang Ads

Wednesday, March 2, 2011

Mitos.Bukan Gula-gula Mentos tau..


Hi,/hihi. Ini nak cerita pasal mitos yer..bukan gula-gula mentos..Mitos ni apa? Ayat paling mudah nak faham ialah ianya adalah merupakan satu kepercayaan. Tapi ianya bukanlah sesuatu perkara benar yang boleh diguna pakai secara bulat-bulat..Hari ni nak cerita mengenai mitos berkaitan kulit.

Ok, antara mitos-mitos yang biasanya kita percaya berkenaan pasal kulit ialah :


Mitos 1:  
Kerap bersihkan wajah  dengan  pembersih dapat membuatkan kulit wajah kita ni bebas dari masalah kulit dan muka kurang berminyak-minyak.

Faktanya yang sebenarnya silap. 
Makin kerap kita bersihkan wajah kita, ianya akan membuatkan kulit wajah kita kering. Ianya akan memaksa kelenjar minyak pada wajah menghasilkan lebih banyak minyak dan membuatkan kulit kita lagi bertambah minyak..
Apa yang patut kita buat hanyalah membersihkan wajah secara teratur. Dua kali sudah memadai. Kalau yang beragama Islam..masa kita ambil air sembahyang tu pun dah kira kita bersihkan wajah juga. Tak perlu menggunakan pembersih wajah..


Mitos 2 : 
Haa,ni lagi satu. Biasanya orang laki yang suka buat. Basuh wajah dengan gunakan sabun badan. 
Mana boleh guna sabun badan..sebabnya kandungan dalam sabun badan keras dan tidak sesuai untuk kulit wajah kita yang lembut, halus ni. Gunalah pembersih wajah yang banyak dipasaran sekarang . Produk khas untuk lelaki pun banyak untuk dipilih..janganlah ambil mudah. Sama je caranya kalau pakai sabun badan tu. Selalunya makwe atau isteri yang akan tolong belikan. Kadang-kadang, ada yang bagitau malulah orang lelaki nak beli-beli barang macam ni..Helloooo, sekarang ni ramai lelaki metroseksual yer..(yang lebih menjaga penampilan mengalahkan perempuan).Kalau muka dah sopak...lagi malu.Tak de self confidence.. Betul tak??

Mitos 3 : 
Minum kopi membuatkan kulit kering. Betul ke?? /hmm
Memang betul lah..Kafein mendorong air keluar dari dalam tubuh badan kita sehingga membuatkan tubuh kekurangan cecair. Ni paling payah nak kurangkan.Aku suka minum air kopi. Macam-macam jenama ada dalam stok aku kat rumah ni. Kopi Radix, DCL Red Guara, Aik Cheong..Huhuhu macamana plak ni..Belasah je la.. Asal minum air masak putih banyak-banyak ok la  kan.Untuk bagi balik cecair dalam tubuh badan..

 
Jadinya,kita kena buangkan segala mitos-mitos yang ada dalam benak kepala ingatan kita ni. Jangan silap percaturan pulak. Bahaya akibatnya. Jangan sampai menangis dikemudian hari. /floor.
Renung-renungkan dan Selamat beramal../bye

5 idea dari anda:

SyedGraphiX said...

ehh ehh.. sy bkan student graphic pun. hehee.
cuma minat ajaa.. umo baru 18 ;)
slamat bkenalan.. :P

Nur Hanani said...

@SyedGraphiX

OIC..tak pe..nanti boleh sambung dalam bidang yang u minat..

Anonymous said...

mitos 1 ckap xyah pkai pencuci muka.. mitos 2 sruh pkai pncuci muke plak.. cmne tu?? zz

Nur Hanani said...

@Anonymous
ini mesti tak baca bebetul ni. Mitos 1 cakap, jangan kerap basuh muka.Maknanya,tetaplah basuh muka..
Mitos 2 tu cakap,basuh muka guna pencuci muka yang suai..jangan gunakan sabun badan..paham???

Anonymous said...

sye xrse sye salah bace plak..

quote mitos 1..
"Tak perlu menggunakan pembersih wajah"


quote mitos 2
"Gunalah pembersih wajah yang banyak dipasaran sekarang"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...