Nuffnang Ads

Monday, March 28, 2011

Nilai duit RM zaman ini..

Hi,/hihi
Tak lama je lagi, 15 Jun hingga 31 Ogos 2011 ni akan diadakan Kempen Turun Harga.. Kita ni sebagai rakyat Malaysia haruslah berbelanja secara berhemah dan ini telah dimaklumkan oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)..


Nilai ringgit sekarang ni tiada maknanya.. Kalau kita berbelanja barang dapur pun, kalau setakat capai 2 atau 3 barang pun dah mencecah harga RM50. Harga beras Taj Mahal Herba Ponni yang aku makan ni pun dah RM36..Bak kata ayah aku, RM50 sekarang ni dapat apa kalau pergi kedai runcit. Bawak RM50, tinggallah 50 sen je..Memang betul pun kata ayah aku.

Kalau zaman tahun 90-an, waktu ayah aku bekerja kat KL dulu..memang berbaloi gaji yang diterimanya..Walaupun tak banyak..tapi dengan duit tu, cukup untuk belanja abang dan akak aku yang belajar kat UITM dulu..Nak sara 4 orang anak dia yang tengah belajar lagi. Memang berkat sangatlah.. 

Tapi sekarang ni, tengokkan aje abang dengan akak aku..gaji besar mana pun, tak pernah cukup. Mana taknya..Anak-anaknya belajar, tak de pinjaman dari MARA, JPA ataupun PTPTN..Semuanya dari poket FAMA..(Father dan Mother).. Sebulan RM600 nak kena bagi duit belanja belajar untuk seorang anak.. Huhuhuhu.. tersedak aku bila tahu. Boleh bayar duit bulan kereta..

Mak aku selalu ingatkan, kita ni orang perempuan kena pandai jaga kewangan..Kalau agak-agak nak pakai duit, simpanlah seawal mungkin. (ni bukan duit simpanan, ni untuk nak berbelanja). Contohnya, mak aku dah tunjukkan..Mak aku tak pernah bekerja..Tapi, alhamdulillah..berkat pandai jaga kewangan..dah 3 kali ke Makkah dan insyaAllah..bulan 5 ni nak tunaikan Umrah pula..Aku memang tabik springlah kat mak aku..Memang murah je rezeki dia.Dalam dompet dia, mesti senantiasa ada je duit. Kekadang tu ayah aku selalu tanya soalan "Dari mana awak dapat duit ni..Banyak pula simpanan awak". Hahahaha itulah berkat amalan serta pelbagai doa yang diamalkannya dari dulu..

Disebabkan kewangan juga, ada rumahtanggan yang baru dibina, runtuh disebabkan sikap kurang sabar dalam menempuh dugaan hidup.. Kita kena sentiasa ingat, Sabar itu separuh daripada Iman..
Nilai wang sekarang ni semakin kurang nilainya..Betul tak? Jadinya, tepuk dada, tanyalah selera..
/bye





4 idea dari anda:

Kancilbiru said...

betul tu...RM50 sekarang ni dah macam sploh hinggit...sekejap jer habis..

shahjiehan said...

huhh..g kl... 200 tu kejap je habis!!! grrr.... gerammm


jom baca dan komen Sarang labah-labah sebesar pokok!

Nur Hanani said...

hmm tulah kan..nilai ringgit dah semakin turun. :(

memel said...

tao x pe, rm50 tu kalau da pecah kan, macam air je habis nye.duit ohh duit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...