Nuffnang Ads

Thursday, March 10, 2011

Pendaftaran SPM 2011..

Hi,/hihi

Minggu ni je aku dok main kejar-kejar dengan anak-anak murid aku yang tak seberapa nak ramai tu. 18 orang aje..tapi macam 36 orang.. Payah benar diorang ni nak ambil berat pasal masa depan sendiri. Kalau ikutkan hati ni, lantaklah kan..Tapi disebabkan tanggungjawab..mengejar jugaklah diorang ni. Bukannya apa. Yang datang, dah selesai dah semuanya siap dengan salinan i/c. Yang kejap datang kejap tak datang...Yang datang tapi menyerong ke tempat lain.. Macam-macam perangai bebudak ni.. Sekarang ni tengah kejar lagi sorang budak. Esok last nak submit. Nak kena daftar online lagi..(Nasib tu bukan kejer aku.Kejer guru peperiksaan SPM).


Ok, ni je subjek yang diorang amik untuk tahun SPM 2011 ni. Tapi..hmmmmm macam ambil 15 subjek plak aku rasa..

Subjek teras :
1103 : Bahasa Melayu
1110 : Bahasa Inggeris
1223 : Pendidikan Islam
1249 : Sejarah
1449 : Matematik
1511 : Sains


Subjek Elektif :
7449 : Grafik Berkomputer
           Pendidikan Seni Visual


Yang aku geram tu, ada lak yang memandai-mandai tak nak amik pakej yang ditentukan. Bukannya banyak pun. 8 Subjek je. Tu pun tak nak...Aduhaiiiii.. Nak melayan kerenah dia je..Tensen je cikgunya..Sape kata jadi cikgu senang? Tanggungjawabnya besar tau.. Sampai ke akhir hayat kita menanggungnya.

Untuk membuat sebarang semakan mengenai PEPERIKSAAN SPM 2011 atau PENDAFTARAN ONLINE SPM 2011, boleh klik kat SINI. 
Anda bolehlah membuat sebarang semakan mengenai peperiksaan di website LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
/bye


2 idea dari anda:

Mohd Firdaus said...

cikgu mengajar ape??

Nur Hanani said...

subjek MPV Grafik berkomputer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...